Adakah Malaysia Menuju Ke Arah Pemulihan Kewangan?

Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan dengan wabak Covid-19, adakah masyarakat Malaysia sudah mengubah cara mereka menguruskan wang? Persoalan yang lebih penting, adakah negara kita kini menuju ke arah pemulihan kewangan dengan pembukaan sektor ekonomi secara berkala? Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021) meneliti dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa rakyat Malaysia kini berdepan lebih banyak kesukaran untuk menyimpan wang pada setiap bulan.

52% daripada responden berjaya menyimpan kurang daripada RM500 sebulan ataupun tidak dapat membuat sebarang simpanan, dan ianya merupakan satu peningkatan berbanding tahun lepas (49%). Sementara itu, 21% pula bergantung harap sepenuhnya kepada gaji yang diberi pada hujung bulan. Ini kerana mereka tidak mampu menyimpan wang pada setiap bulan (peningkatan kecil daripada 19%). Namun begitu, seramai 76% rakyat Malaysia beranggapan bahawa kewangan mereka adalah terkawal — di antara mereka ini, 33% masih membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia telah mula memandang serius tentang penyimpanan wang untuk kecemasan semenjak pandemik melanda. 63% daripada responden memilih “dana kecemasan” sebagai sebab utama mereka menyimpan wang, diikuti pula dengan pencen (49%), melancong (40%) dan pembelian harta/rumah (38%). Semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan mereka (15% berbanding 30% pada tahun 2020 yang menyatakan bahawa simpanan KWSP mereka cukup untuk persaraan). Sungguhpun begitu, hampir separuh daripada mereka ini (45%) masih belum mula merancang untuk persaraan mereka.

“Melalui RMFLS tahun lalu, kita melihat bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan dana kecemasan. Tetapi, pandemik yang berpanjangan ini terus mempengaruhi ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia setiap hari. Kesannya terhadap kebolehan masyarakat untuk menyimpan wang adalah jelas. Tetapi, simpanan wang bukanlah satu-satunya cara untuk menguruskan wang. RinggitPlus akan terus berusaha untuk mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kewangan dengan lebih baik melalui cara holisitik yang juga merangkumi pengurusan hutang yang cekap dan cara lain untuk menggandakan wang mereka,” kata Hann Liew, Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus. 

Selain daripada simpanan, rakyat Malaysia bersikap lebih terbuka mengenai cara menggandakan dana mereka melalui pelaburan automasi seperti matawang kripto dan penasihat robo. Hampir separuh (49%) daripada rakyat Malaysia menyatakan yang mereka tertarik atau mahu melabur dalam matawang kripto.

Kajian ini mendapat 3,033 respon dari seluruh negara dan kaedah sampel berstrata telah dilakukan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara Malaysia. 

RMFLS 2021: Hasil Kajian Utama

  • Tiada perubahan yang ketara dalam tingkah laku kewangan peribadi masyarakat Malaysia. Namun, rakyat Malaysia semakin kurang menyimpan — ini berkemungkinan akibat daripada kesan ekonomi wabak Covid-19.
  • Hanya 15% responden dapat menyimpan RM1,500 ke atas setiap bulan, penurunan dari angka 20% pada tahun 2020.
  • Separuh (50%) daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak akan bertahan lebih dari 3 bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.
  • 44% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka, hampir sama dengan 43% yang diperolehi pada tahun 2020.
  • 21% telah mengambil atau merancang untuk mengambil moratorium pinjaman, 2x lebih tinggi daripada anggaran industri.
  • Pemilikan kad kredit menurun pada tahun ini: 45% tidak memiliki sebarang kad kredit (35% pada tahun 2020), 45% mempunyai 1-3 kad (dari 51%), sementara hanya 10% memiliki lebih daripada 4 kad (sebelumnya 14%).
  • Penggunaan e-dompet tetap tinggi di Malaysia pada kadar 89%. Malah, 36% menggunakan lebih daripada 3 e-dompet yang berbeza untuk pembayaran mereka.
  • Walaupun terdapat usaha untuk mendorong pengguna membeli insurans dalam talian, majoriti rakyat Malaysia (65%) masih memilih untuk membeli melalui ejen.
  • Belia dan golongan milenial (18-35 tahun) masih memerlukan pertolongan untuk menguruskan kewangan mereka:
    • 24% tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan melebihi 1 bulan.
    • 57% tidak dapat bertahan lebih dari 3 bulan.
    • 45% membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka. 
  • Golongan ini lebih celik digital dan lebih daripada separuh (63%) belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam matawang kripto.

Memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat keputusan kewangan lebih bijak

Walaupun rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk mempelajari tabiat kewangan yang lebih baik, jelas juga bahawa ramai yang tidak tahu di mana untuk bermula. Untuk mengatasi masalah ini, RinggitPlus melancarkan dua perkhidmatan baru – Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus dan Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus – untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar lebih celik kewangan.

Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus tersedia dalam dua bentuk, Akademi RinggitPlus dan Perancang Kewangan RinggitPlus, yang menawarkan akses kepada perancang kewangan yang diperakui dan nasihat pengurusan wang yang praktikal dengan harga yang berpatutan. Webinar dan sesi konsultasi perseorangan dilakukan sepenuhnya dalam talian supaya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Pelancaran ini selaras dengan Bulan Literasi Kewangan dengan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).  Sepanjang bulan Oktober, rakyat Malaysia boleh mendaftar untuk Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus dan menikmati potongan RM100 dengan kod tawaran “FLM100”.

“Ramai yang beranggapan bahawa hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk berjumpa dan meraih manfaat kewangan melalui perancang kewangan. Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan sokongan perancang kewangan – tidak kira samada anda seorang graduan baru, pengantin baru, ibu bapa baru, atau hampir bersara. Anda cuma perlu melengkapkan diri anda dengan produk dan cara pemikiran yang betul untuk mengurus kewangan anda dengan lebih bijak. Tujuan produk dan perkhidmatan baru kami adalah untuk menjadikan nasihat kewangan lebih terbuka dan mudah diakses oleh semua, sama ada melalui perancang kewangan kami dengan Perkhidmatan Perancang Kewangan RinggitPlus atau melalui kerangka algoritma komprehensif kami dalam Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus yang dibangunkan bersama dengan mangro, satu perkhidmatan teknikal yang ditawarkan oleh kipleX,” tambah Hann.

Pemeriksaan Kesihatan Kewangan RinggitPlus adalah alat penilaian dan cadangan kewangan pertama di Malaysia yang mudah digunakan. Ia membuat penilaian khusus terhadap kesihatan kewangan pengguna dan menawarkan nasihat dari segi 7 bidang kewangan utama – Perancangan Cukai, Pengurusan Hutang, Aliran Tunai, Pelaburan, Matlamat, Perancangan Harta Tanah, dan Pengurusan Risiko. Anda hanya memerlukan 10 minit untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kesihatan kewangan dan cadangan sebagai panduan untuk pilihan kewangan yang lebih baik.

“Ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai masa atau wang untuk mendapatkan pertolongan akauntan peribadi dan penasihat kewangan, tetapi mereka amat memerlukan panduan dari segi kewangan. Dalam masyarakat digital hari ini, rakyat Malaysia mengharapkan alat digital yang lebih baik untuk membantu mereka memahami, mengurus dan merancang kewangan mereka sendiri. Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan RinggitPlus untuk membina alat kewangan layan diri untuk masa depan.” kata Stan Zabolotsky, Ketua Bahagan Pengusaha di kipleX, seorang pembangun usaha di sebalik tabir untuk mangro.

Untuk Bulan Literasi Kewangan, RinggitPlus juga bekerjasama dengan FEN bagi mengatur pelbagai inisiatif untuk meningkatkan tahap literasi kewangan negara, seperti satu webinar mengenai kepentingan perancangan kewangan yang akan tersedia dalam 3 bahasa. Ketahui lebih lanjut di: https://www.fenetwork.my/.

Klik di sini untuk muat turun laporan penuh RMFLS 2021.

*****

Tentang RinggitPlus

RinggitPlus.com adalah laman web perbandingan kewangan yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 1 juta pelanggan di seluruh negara. Setiap hari, kami membantu memberikan lebih nilai untuk wang anda – sama ada anda membuat permohonan untuk kad kredit, pinjaman peribadi atau pelan insurans. Selaras dengan misi kami untuk memperkasa rakyat Malaysia dalam membuat pilihan kewangan yang lebih bijak, kami juga menawarkan perkhidmatan perancangan kewangan yang menyeluruh. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, RinggitPlus merupakan salah satu jenama yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat FinTech Jirnexu Sdn Bhd. Kami mula beroperasi pada 2012 apabila para pengasas bersama syarikat bertemu dan menyedari bahawa mereka mempunyai semangat yang sama untuk memberikan nasihat kewangan serta perkakasan yang diperlukan untuk berbelanja, mengurus dan menyimpan wang dengan bijak kepada sesiapa sahaja.

Tentang kipleX

kipleX merupakan sebuah Studio Inovasi dan firma modal urus niaga (Venture Capital) yang mempunyai minat yang sama terhadap pembangunan dan pelaburan dalam syarikat pemula yang membawa perubahan ke dalam kehidupan di seluruh Asia Tenggara. Firma ini menumpukan kepada pelaburan dalam fintech, proptech, dan mobiliti. mangro by kipleX bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia melalui penyelesaian digital yang membantu mereka mengawal kewangan mereka sendiri. kipleX adalah anak syarikat Green Packet Berhad, syarikat teknologi global yang menyediakan penyelesaian, platform, dan infrastruktur digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kiplex.com dan www.greenpacket.com

Previous ArticleNext Article

PropertyGuru Melancarkan Kempen Penghujung Tahun Untuk Membantu Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Mampu Milik, Fokus Pada Hartanah Di Bawah RM500,000

Kuala Lumpur, 11 November 2025 – Ketika isu kemampuan memiliki rumah terus mempengaruhi keputusan pembelian rakyat Malaysia, PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Malaysia dan pengendali platform PropertyGuru serta iProperty, telah melancarkan kempen penghujung tahun untuk menampilkan rumah berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pemaju yang menawarkan perumahan mampu milik dengan rakyat Malaysia yang mencari rumah berkualiti dan mudah diakses, selaras dengan usaha nasional untuk mempertingkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Melalui kempen ini, pemaju yang mengambil bahagian dengan projek berharga di bawah RM500,000 akan dipaparkan di platform PropertyGuru dan iProperty. Setiap paparan akan mengarahkan pengguna ke halaman carian khusus yang menampilkan senarai hartanah layak, membolehkan pencari rumah meneroka dan membandingkan pilihan mengikut bajet mereka dengan lebih mudah.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata rumah di Malaysia bagi separuh pertama tahun 2025 ialah RM490,376, melebihi paras kemampuan bagi banyak isi rumah dalam kumpulan B40 dan M40 rendah. Namun, pasaran secara keseluruhan menunjukkan  pemulihan kukuh, disokong oleh dasar kerajaan yang proaktif, penurunan kadar dasar semalaman (OPR), serta peningkatan keyakinan pembeli.

Dr Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Harta Tanah, PropertyGuru Group, menegaskan semasa Sidang Kemuncak PropertyGuru & iProperty FutureBuilt 2025 bahawa sektor hartanah kediaman menunjukkan pemulihan kukuh dengan pemaju melaporkan kadar pengambilan yang lebih tinggi untuk pelancaran baharu di kawasan pertumbuhan utama seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang. Sentimen pasaran turut disokong oleh pengurangan kumulatif OPR sebanyak 75 mata asas serta insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2025, termasuk pengecualian duti setem dan insentif pinjaman untuk pembeli rumah pertama.

Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru & iProperty Malaysia, berkata, “Kemampuan memiliki rumah kekal sebagai antara kebimbangan utama rakyat Malaysia hari ini. Kempen penghujung tahun ini memberi tumpuan kepada keterlihatan dan impak – bukan sahaja untuk pemaju, tetapi juga untuk pembeli. Kami mahu membantu pencari rumah di Malaysia mencari kediaman berkualiti dalam jangkauan mereka, sambil memudahkan pemaju berhubung dengan pembeli sedia ada dalam segmen harga penting ini. Dengan menggabungkan kekuatan PropertyGuru dan iProperty, kami memanfaatkan capaian dan data platform kami bagi memudahkan pencarian, perbandingan dan tindakan terhadap pilihan rumah mampu milik.”

Kempen ini memperkukuh komitmen berterusan PropertyGuru Group untuk memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan yakin, sambil menyokong usaha kerajaan meningkatkan kemampuan memiliki rumah dan mobiliti sosial. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari PropertyGuru dan iProperty Malaysia.​