Apollo Hospitals Buka Pusat Terapi Proton untuk Kanser Pertama Asia Tenggara

CHENNAI, India, 29 Januari 2019/PRNewswire/ —

Apollo Hospitals Enterprise Ltd. (BSE: 508869) (NSE: APOLLOHOSP), jaringan hospital berbilang kepakaran yang pertama di India, hari ini membuka Pusat Kanser Proton Apollo (APCC), bagi memberi akses kepada pesakit kanser terhadap bentuk radioterapi khusus yang amat tepat dalam membunuh sel-sel kanser. Pusat Kanser Proton Apollo ini dirasmikan di Chennai oleh Yang Berhormat Naib Presiden India, Shri Venkaiah Naidu.

generated by system

Memulakan kemajuan baharu dalam penjagaan kanser, APCC dengan 150 katil berkenaan ialah sebuah hospital kanser bersepadu di Chennai yang menyediakan penjagaan kanser komprehensif 360[o] bertaraf dunia dan menawarkan prosedur rawatan diperibadikan yang khusus tapak/organ paling maju. APCC ini akan menawarkan para pesakit dengan terapi proton berbilang bilik termaju dengan teknologi pengimbasan alur pensel termaju yang menyediakan tahap ketepatan tertinggi.

Bercakap tentang pembukaan pusat ini, Yang Berhormat Naib Presiden India, Shri Venkaiah Naidu berkata, “Kanser ialah punca utama kematian di seluruh dunia dan merupakan punca kematian di India. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Prathap C. Reddy dan kumpulan Apollo Hospitals atas pelancaran pusat terapi Kanser Proton pertama yang akan menawarkan perkhidmatan kepada pesakit bukan sahaja di India, tetapi juga negara-negara jiran kami di Asia Tenggara. Rawatan rintis ini juga menandakan pencapaian baharu dalam perjalanan perubatan untuk negara kami.”

Berucap semasa majlis pelancaran, Dr. Prathap C. Reddy, Pengerusi, Apollo Hospitals Group berkata, “Pelancaran Pusat Kanser Proton Apollo meletakkan India di peta global untuk rawatan kanser yang terbaik dan terkini serta akan memberi harapan baharu kepada pesakit-pesakit kanser bukan sahaja di India, tetapi di seluruh Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika. Dengan rasa bangga, kami dedikasikan Pusat Kanser Proton Apollo ini kepada kesihatan negara.”

Mengenai Apollo Hospitals:

Pada tahun 1983, Dr. Prathap Reddy memulakan usaha rintis dengan melancarkan hospital korporat pertama India – Apollo Hospitals di Chennai. Selama bertahun-tahun, Apollo Hospitals mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat kepada rawatan jantung terbesar di India dengan lebih 160,000 pembedahan jantung. Apollo Hospitals juga merupakan penyedia penjagaan kanser persendirian yang terbesar di dunia dan mengendalikan program transplan organ pepejal yang terkemuka di dunia. Sebagai kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar dan paling dipercayai di Asia, kehadirannya melibatkan lebih 10,000 buah katil dalam 71 Hospital, 3000 Farmasi, lebih 90 Rawatan Asas dan Klinik Diagnostik, berserta 110 Pusat Teleperubatan.

http://www.apollohospitals.com / https://www.apolloprotoncentre.com/
Twitter: @HospitalsApollo

Sumber: Apollo Hospitals
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.