Cakna Kewangan Summit: Peluang Untuk Belajar Dengan Mentor-Mentor Kewangan Yang Hebat, Secara Percuma

Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21), salah sebuah persidangan online terbesar di Malaysia, bakal diadakan untuk tahun kedua berturut-turut pada 22-24 Oktober 2021.

Program anjuran Be-Hartawan, bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan CGS-CIMB Securities; akan menampilkan puluhan speaker yang pakar dalam bidang masing-masing bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Di antara tokoh-tokoh hebat yang bakal menghiasi CKS21 adalah seperti:

  • Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi UPM & Naib Presiden Malaysian Financial Planning Council (MFPC)
  • Puan Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Group & #1 Islamic Finance Scholar
  • Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd
  • Dr. Hajah Azuraida Shahadan, International Speaker, Motivator & Inspirator
  • Encik Anuar Shuib, Ketua Jabatan Perancangan Kewangan Islam VKA Wealth Planner
  • Encik Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain (Abe Nazz), Pengasas Daimyo Prestige Consultancy & Top 3 Group Agency Manager (GAM) Nationwide
  • Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid, Doktor & Pelabur Hartanah
  • Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah (PPZ-MAIWP)
  • Encik Micheal Teoh Su Lim, CEO Thriving Talents Sdn. Bhd., #1 Most Inspirational Linkedin Icons In Malaysia
  • Encik Radzi Tajuddin, Founder Hi-Home & Hi-Wealth
  • Hajah Rohani, Founder Hijrah Wealth Management
  • Encik Wan Hafizi, Penasihat Syariah & Cryptocurrency Specialist
  • Encik Maher Alias, Pengasas Mahersaham
  • Encik Abdul Halim Khairi Abdul Aziz, Pengasas Aqiqah Center
  • Encik Aiman Salmi, Pengarah & Perunding Cara Tawafuq Consultancy

Dan ramai lagi speaker-speaker hebat sepanjang persidangan tiga hari tersebut.

Para peserta akan belajar bagaimana untuk membentuk minda yang berjaya, bagaimana untuk memulakan perniagaan (online & offline), melabur dalam pelbagai instrumen kewangan (saham, unit amanah, hartanah, mata wang kripto), mengurus kewangan peribadi dan melindungi kekayaan (takaful, hibah, wasiat).

CKS21 ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang mempunyai mindset yang positif, bantu-membantu di antara satu sama lain, dan mempunyai tahap celik kewangan yang baik.

Di samping berpeluang untuk belajar dengan mentor-mentor kewangan secara percuma, ada beberapa hadiah menarik menanti para peserta. Terdapat beberapa pertandingan yang akan diadakan bersempena dengan CKS21 ini, termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt untuk dimenangi oleh para peserta yang kreatif.

Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit

Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021 ini. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.

Mengenai Be-Hartawan

Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat. Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.

Previous ArticleNext Article

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA