Buang 3 Tabiat Buruk Ini Jika Anda Mahu Menabung

Ramai di kalangan kita yang sering mengalami masalah kesempitan wang di pertengahan bulan. Dapat saja gaji, bayar itu bayar ini, baki yang tinggal pun kadang-kadang cukup-cukup makan saja.

Itu pun kalau pandai berjimat. Kalau tak, tak sampai hujung bulan dah start meminjam pula.

Masalah ini bukan hanya melibatkan mereka yang berpendapatan rendah sahaja, tetapi turut dialami oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Tapi sebenarnya, masalah ini boleh diatasi kalau anda buang 3 tabiat berikut.

1. Boros

Kalau sebut boros, mesti akan dikaitkan dengan orang perempuan yang suka bershopping kan? Tetapi kadang-kadang lelaki pun ada yang boros.

Boros ini akan terjadi bila kita tak tahu nak membezakan antara keperluan dan kehendak. Kalau anda merancang untuk menabung, amat penting untuk anda bezakan antara keperluan dan kehendak ini.

Macam mana nak berjimat kalau semua benda anda nak beli? Gunakan duit anda itu untuk perkara-perkara yang penting sahaja dulu.

Kalau ada duit lebih, fikirkan kembali manfaat barang yang anda mahukan itu. Kalau tak bermanfaat, buat apa hendak bazirkan duit kan?

2. Tiada Belanjawan

Kebanyakan daripada kita memang tak suka nak buat belanjawan. Benda ni nampak macam remeh, tetapi sebenarnya penting untuk kita kenalpasti ke mana kita membelanjakan duit kita setiap bulan.

Kalau anda buat belanjawan terlebih dahulu, senanglah untuk anda tahu berapa bajet yang mungkin anda boleh jimat setiap bulan. Anda jugak dapat mengelakkan diri daripada membeli atau menggunakan duit anda untuk perkara-perkara yang tidak perlu.

3. Rambang Mata

Sikap ini paling bahaya. Terutamanya untuk mereka yang memang sedar yang diri itu kaki shopping. Semua benda hendak dibeli.

Itu cantik, ini cantik. Tak tahu nak beli yang mana, last-last beli je semua. Bahaya kan?

Kalau diri anda itu seorang jutawan tak apa la jugak kan? Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, apa kata kalau anda cuba menjauhkan diri dari shopping mall serta kedai-kedai atas talian.

Window shopping pun jangan. Nanti tak sengaja, duit anda pun terbang sekali.

Semua pasti tahu tentang 3 tabiat buruk di atas bukan? Dan saya percaya, memang ramai yang tak mampu melawan hawa nafsu untuk berbelanja habis wang gaji yang kita dapat bulan-bulan.

Akhirnya, kita langsung tak dapat menabung dan akhirnya terjerumus ke lembah hutang yang berpanjangan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Sumber Rujukan: Usahawan.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.