Pembelian Dalam Talian Rakyat Malaysia Meningkat Seiring Keyakinan Terhadap LazMall Yang Bertambah di Jualan 9.9

Pembeli dalam talian menunjukkan trend peningkatan jelas, dengan rakyat Malaysia membeli 10x lebih banyak barangan daripada bulan lepas di LazMall sepanjang 9.9 Biggest Brand Sale (Jualan 9.9) baru-baru ini, yang jelas menunjukkan pengguna semakin yakin membeli-belah dalam talian di destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen. Jenama-jenama LazMall juga mencatatkan peningkatan lebih 3x pengikut kedai sepanjang tempoh jualan.

“Kami sukacita melihat bahawa janji ketulenan 100% dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan kami. Peningkatan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit,” kata Chenxi Zhou, Ketua LazMall, Lazada Malaysia.

Sepanjang Jualan 9.9 Lazada tahun ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari oleh pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar, dan keperluan isi rumah. Ini termasuk jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol, dan banyak lagi yang telah dicari beribu-ribu kali bagi setiap jenama.

Chenxi menambah: “Kebanyakan rakan jenama LazMall mendapati bahawa pengikut kedai meningkat tiga kali ganda berbanding bulan terdahulu apabila menyertai Jualan 9.9 kami baru-baru ini. Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan eDagang utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan kami di seluruh negara.”

Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall, seperti barangan kecantikan, runcit, dan keperluan bayi, yang mencatatkan peningkatan pembelian sebanyak 15x pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya.

Malah, rakyat Malaysia telah membeli lebih 120,000 kilogram serbuk MILO Activ-Go dari LazMall dalam tempoh satu hari di Jualan 9.9. Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah lebih berat daripada 130 kereta Myvi. Rakyat Malaysia juga membeli lebih 14,000 kilogram serbuk kopi Nescafe pada hari yang sama, cukup untuk membancuh lebih 9 juta cawan kopi, yang boleh menolong seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas.

“Apabila pengguna membeli daripada jenama LazMall kegemaran, pengalaman mereka bukan semata transaksi pembelian yang ringkas; malah, menjangkaui seluruh pengalaman beli-belah yang mencerminkan identiti unik jenama menerusi pelbagai cara yang menarik, seperti penstriman langsung atau permainan. Kami sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jenama dalam usaha untuk menambah baik pengalaman beli-belah bagi pelanggan kami,” kata Chenxi.

Dengan lebih 10,000 jenama di LazMall Malaysia, perniagaan dari semua industri menyedari potensi memanfaatkan perkakas pemasaran, teknologi data, dan rangkaian logistik Lazada bagi menyampaikan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan di serata negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, sila layari: https://lzd.co/LazMallMalaysia

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.