CyberScout Bangunkan Model Pengedaran Insurans Siber Inovatif dengan Dua Perkongsian Baharu di Asia Tenggara

CyberScout jalin kerjasama dengan Pioneer Insurance & Surety Corp. (Pioneer Insurance) dan MSIG Mingtai Insurance Co. untuk bawakan tawaran insurans siber berasaskan retainer dan terbenam yang pertama kepada pasaran Asia Tenggara. Mereka akan bersama-sama menyediakan perkhidmatan yang memenangi anugerah, termasuk respons pelanggaran 24/7 berbilang bahasa, bantuan siber pengguna, perkhidmatan perunding jarak jauh dan forensik data kepada individu dan perniagaan bersaiz kecil serta sederhana di Taiwan dan Filipina.

SCOTTSDALE, Arizona, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ — CyberScout, standard emas untuk identiti dan perkhidmatan pertahanan data, dengan sukacitanya mengumumkan dua perkongsian global baharu yang akan memperkenalkan penyelesaian insurans siber yang boleh diakses di Asia Tenggara. Individu-individu dan perniagaan-perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana akan menerima perkhidmatan CyberScout yang memenangi anugerah dan terbaik dalam kelasnya melalui model pengedaran yang mantap dan inovatif yang direka untuk mendekati pasaran besar-besaran Asia yang kurang mendapat perhatian.

Pasaran insurans siber global dijangka mencecah nilai $14 bilion menjelang tahun 2022, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 28 peratus, menurut Laporan Pasaran Insurans Siber. Walau bagaimanapun, sifat rumit risiko-risiko siber dan model-model pengedaran lapuk dahulunya pernah mengehadkan pertumbuhan pasaran untuk segmen-segmen pasaran yang sebelumnya diabaikan ini.

Jaringan respons global dalaman CyberScout mengatasi halangan-halangan berkenaan dan dikuasakan oleh perkhidmatan termasuk respons pelanggaran 24/7 dan bantuan siber pengguna, platform pengurusan risiko antarabangsa, sokongan berbilang bahasa, perkhidmatan perundingan jarak jauh dan forensik IT/data serta sokongan jualan dan pemasaran untuk rakan-rakan kongsi baharu.

Penyelesaian ini dibenamkan ke dalam portfolio produk, perkhidmatan dan pelanggan sedia ada tanpa perlu memilih untuk terlibat bagi memberi khidmat. Ini benar-benar menganggap Insurans Siber sebagai Insurans Kebakaran baharu; risiko sejagat yang tidak dapat diabaikan oleh mana-mana individu mahupun perniagaan.

“Kedua-dua perkongsian baharu ini akan menyediakan akses kepada keupayaan respons global yang berkualiti tinggi kepada pengguna dan audiens Asia pasaran besar-besaran yang mana dahulunya tidak disediakan kepada mereka,” kata Pengarah Urusan CyberScout Matt Cullina. “Pioneer Insurance dan MSIG Mingtai merupakan rakan-rakan kongsi sempurna untuk menyebarkan pesanan bersama kami bahawa industri insurans akan bangkit dan melindungi perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana yang lemah serta pengguna yang dahulunya tidak mendapat akses kepada insurans siber.”

“Produk-produk pasaran besar-besaran berkualiti tinggi yang dapat dibenamkan dalam seluruh portfolio pelanggan sedia ada dapat merendahkan risiko pengagregatan, menonjolkan inovasi dan mengurangkan perselisihan dalam proses penajajaminan,” tambah Tom Spier, Pengarah Komersial, Pasaran Global CyberScout. “Kami berasa gembira untuk menjadi bahagian kecil dalam evolusi dari segi bagaimana siber akan diagihkan pada masa depan. Respons pakar global akan menyokong kepakaran tempatan dari perspektif bahasa, perundangan dan perundingan. Kami yakin bahawa ini akan bersama-sama menjadi antara portfolio paling pantas berkembang seumpamanya dengan permintaan pelanggan yang sebenar menyokongnya.”

Latar Belakang CyberScout
CyberScout menetapkan standard emas untuk identiti dan perkhidmatan pertahanan data—bermula dengan perlindungan proaktif kepada pendidikan serta resolusi yang berjaya. Sejak tahun 2003, CyberScout menggabungkan pengalaman di lapangan dengan perkhidmatan peribadi sentuhan tinggi bagi membantu pelanggan-pelanggan komersial dan individu-individu mengurangkan risiko dan memaksimumkan pemulihan. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.CyberScout.com .

Source: CyberScout

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.