Dana BIMB-Arabesque Global Shariah Sustainable Equity Fund – Menggabungkan ESG dan AI

Pada awal tahun BIMB Investment telah melancarkan Dana BIMB-Arabesque Global Shariah Sustainable Equity atau BGSEF secara maya, dana feeder ekuiti shariah ESG (Persekitaran, Sosial, Tadbir Urus) global yang bertujuan untuk mencapai peningkatan modal dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang bagi pelabur.

BGSEF menawarkan pendedahan global yang pelbagai kepada pelabur dengan 150 saham Shariah-ESG pada setiap masa. BGSEF telah memenuhi syarat sebagai sebuah dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Untuk memberikan konteks mengenai betapa pentingnya faktor-faktor ESG, pandemik COVID-19 telah memberi kita kesedaran bagaimana krisis kemampanan mampu mempengaruhi sektor ekonomi, perniagaan dan masyarakat secara keseluruhan. Krisis COVID-19 juga menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai kelayakan ESG yang tinggi telah menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun ini.

Pihak berkepentingan termasuk para pelabur merasakan penerapan faktor ESG adalah satu keperluan dan bukan keinginan untuk memastikan bahawa syarikat dikendalikan dengan baik. Lebih penting lagi, syarikat akan menjadi lebih lestari dan lebih tahan lama dalam jangka masa yang panjang tanpa menjejaskan etika dan tanggungjawab kepada pihak berkepentingan, terutama isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Pelaburan ESG yang efektif pasti akan menjadi norma baru. BIMB Investment Management Berhad komited untuk menerapkan faktor ESG dalam perstrukturan produk-produknya.

Apakah sebenarnya ESG? ESG merupakan alam sekitar (environment), sosial (social) dan tadbir urus (governance) tetapi apa kesannya terhadap pelaburan? Pelaburan lestari difahami secara meluas sebagai penyatuan elemen ESG ke dalam proses pelaburan dan proses membuat keputusan ketika melabur.

Faktor-faktor ESG merangkumi pelbagai aspek seperti ‘’Bagaimana sesebuah perusahaan memberikan respons kepada perubahan iklim, bagaimana mereka menjaga pekerja-pekerja mereka, bagaimana mereka membangun kepercayaan dan memupuk inovasi, serta bagaimana mereka menguruskan rantaian bekalan mereka?’’

Kini, ramai pelabur menyedari bahawa faktor ESG di pasaran modal adalah strategi yang baik dan membawa kepada pasaran yang lebih lestari dan berpotensi untuk mentransformasi masyarakat ke arah yang lebih baik. Prestasi lestari korporat yang baik dikaitkan dengan tadbir urus korporat yang baik, akan membawa kepada peningkatan keputusan kewangan serta penghasilan pulangan kewangan yang lebih bagus.

BGSEF mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam proses pelaburannya dan menerapkan pemeriksaan secara aktif untuk patuh Shariah dan sejajar dengan prinsip United Nations Global Compact (UNGC) dalam proses pembinaanya.

ESG dan pelaburan patuh Shariah merupakan falsafah teras kami. Memandangkan situasi pandemik di peringkat global, kami berpendapat bahawa COVID-19 akan meninggalkan kesan yang ketara kepada pasaran modal untuk tahun-tahun yang akan datang. Ia membuatkan pelaburan ESG semakin relevan untuk pelabur masa kini yang ingin memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhannya.

Penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau “AI”) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning) semakin dikenali secara meluas. Ia mempengaruhi kehidupan kita setiap hari dan penerapanya dalam perkhidmatan kewangan.

Dengan BGSEF, kami mensasarkan dana ekuiti global yang menggunakan teknologi AI dan data besar dengan pendekatan pelaburan kuantitatif secara sistematik dan juga mengambil kira ESG untuk melabur ke dalam syarikat dengan prestasi kewangan masa hadapan yang mampan. Pendekatan pelaburan ini telah terbukti berfungsi dengan baik dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu ini. Di BIMB Investment, kami berhasrat untuk menjadi pemimpin dalam penyelesaian pengurusan kewangan generasi akan datang.

Untuk mencapai matlamat ini, kami telah bekerjasama rapat dengan Arabesque Asset Management (Arabesque), sebuah syarikat pengurusan aset global yang merupakan pakar dalam AI dan penyelidikan untuk menerapkan AI pada pengurusan portfolio yang menilai prestasi dan kesinambungan syarikat di seluruh dunia.

Kaedah kami yang terbukti secara sistematik menggabungkan lebih daripada 250 metrik ESG dengan isyarat berita dari lebih 30,000 sumber yang diterbitkan di lebih 170 negara dalam 15 bahasa. Dari situ, kita dapat membina portfolio yang pelbagai yang terdiri daripada syarikat yang mematuhi sepenuhnya pada prinsip ESG. Ini telah membuka banyak peluang bagi para pelabur dan pengguna untuk meneroka pelaburan ESG secara terperinci dengan meneliti penglibatan perniagaan syarikat berdasarkan nilai-nilai ESG, memberi kuasa kepada semua orang untuk membuat keputusan yang lebih tepat mengenai bagaimana dan di mana mereka melaburkan wang mereka.

Pelancaran dana BGSEF adalah hasil antara pemimpin dalam pelaburan, pakar matematik, dan pakar AI, untuk mengembangkanlagi perkhidmatan kewangan kepada generasi seterusnya. Salah satu faedah utama untuk menggunakan AI adalah kita dapat menghilangkan pengaruh manusia yang berat sebelah dan melakukan analisis secara objektif. Mengintegrasikan kelestarian melalui rangka kerja S-Ray® milik Arabesque memperkukuhkan maklumat dan menyumbang kepada pulangan penyelarasan risiko yang lebih baik untuk portfolio kami. Kami berharap untuk terus maju atas dua pengganggu kewangan yang hebat iaitu teknologi AI dan kelestarian (sustainability) untuk memberikan pengalaman pelaburan yang baru bagi pelabur.

Dana ini sedia untuk dilanggan dengan jumlah pelaburan awal hanya RM500.

Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam yang terdekat atau melabur melalui Perunding Pelaburan Shariah kami yang rasmi:

Johor Bahru:

No 33B, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Nusajaya, Johor

Tel: 07-2395608, Fax : 07-2395609

Kelantan:

PT 433 & 434, Tingkat 2, Jalan Padang Garong, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7406118 / 012-9087785

Qfalah Agency, Melaka:

Tingkat 1, Taman Masjid Tanah Ria Utama, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Tel: 06-3851076

Anda juga boleh melabur ke dalam dana BGSEF dengan memuat turun aplikasi BEST Invest oleh BIMB Investment. Dengan aplikasi tersebut, anda boleh mula melabur dengan serendah RM10.

Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus dana dan Halaman Serlahan Produk (PHS) di laman web www.bimbinvestment.com.my atau anda boleh menghubungi 1-800-88-1196 untuk maklumat lebih lanjut mengenai dana ini.

Kenyataan

Ini merupakan keterangan ringkas mengenai Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity (“Dana”) oleh BIMB Investment dan ianya tidak lengkap. Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity bertarikh 8 Mac 2021 dan Halaman Serlahan Produk (PHS) sebelum melabur, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungannya. Tarikh pelancaran bagi Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity adalah 8 Mac 2021. Salinan Prospektus dan PHS boleh didapati di Ibu Pejabat BIMB Investment Management Berhad, di laman web www.bimbinvestment.com.my, perunding unit amanah dan pengedar yang diluluskan dan/atau mana-mana cawangan Bank Islam. Kebenaran SC atau pendaftaran Prospektus tidak boleh diambil kira bahawa SC telah mengesyorkan Dana tersebut. Terdapat yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan untuk membandingkan dan mempertimbangkannya sebelum melabur di dalam Dana. Pelaburan di dalam Dana ini terdedah kepada risiko, sila rujuk kepada Prospektus untuk maklumat terperinci. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko di dalam Dana dan harus membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan mendapatkan nasihat professional, jika perlu, sebelum melabur. Pelabur juga perlu ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, boleh turun dan naik dan prestasi masa lalu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasinya pada masa hadapan. Sebarang isu unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung didalamnya. Artikel ini tidak disemak oleh SC.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka di Malaysia. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beribu pejabat di Malaysia, BIMB Investment telah diperbadankan pada 14 September 1993 dan mula beroperasi pada 20 Jun 1994, BIMB Investment beribu pejabat di Malaysia.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196
Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.