
Photo by Inzmam Khan from Pexels
Sub Topik
Zaman sekarang, memang dah menjadi kebiasaan untuk seseorang itu membuat pembiayaan bank tak kiralah untuk pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya.
Jarang kita dengar seseorang membeli kereta baru secara tunai. Ada tu ada, tapi tak ramai.
Disebabkan semakin ramai yang memohon untuk mendapatkan pembiayaan, pihak bank dan juga syarikat kewangan telah mengetatkan syarat kelulusan sehingga ada pemohon gagal mendapatkan pembiayaan.
Disebabkan itulah, kita perlu tahu beberapa faktor yang menyebabkan permohonan sesuatu pembiayaan itu ditolak.
1. Salah Pilih Bank
Setiap bank mempunyai syarat kelulusan mereka yang tersendiri. Jadi loan anda mungkin diluluskan oleh Bank A tetapi tidak untuk Bank B. Dan untuk pengetahuan anda lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menjejak permohonan pembiayaan dan juga status pembiayaan anda.
Jika permohonan pembiayaan anda ditolak oleh satu-satu bank, bank lain pun mungkin akan melakukan hal yang sama walaupun anda telah memenuhi syarat kelayakan mereka.
Amat penting untuk anda memilih bank yang tepat berdasarkan syarat kelulusan yang dinyatakan mereka.
2. Skor Yang Rendah

Kebanyakan bank ada akses kepada skor setiap pemohon. Skor ini bergantung kepada tahap kewangan seseorang dan kemampuannya untuk membayar balik pembiayaan.
Sekiranya skor anda rendah, potensi untuk pembiayaan anda diluluskan juga adalah rendah.
Baca: Fahami CCRIS Dan CTOS Untuk Lulus Pinjaman
3. Debt to Service Ratio (DSR)
Nisbah hutang merupakan formula yang digunakan oleh setiap bank untuk menilai kemampuan anda membayar balik pembiayaan. Setiap bank pula mempunyai nisbah DSR yang berbeza-beza.
Jadi amat penting untuk anda buat homework terlebih dahulu bagi melihat bank mana yang sesuai dengan DRS anda.
Baca: Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji
4. Dokumen Tak Lengkap

Anda ingin memohon pembiayaan ribuan ringgit, malah ada yang nak pinjam sehingga ratus ribu ringgit. Jadi tentulah perlu sediakan kesemua dokumen yang diperlukan.
Tanpa dokumen yang lengkap, proses permohonan bukan saja akan memakan masa yang lebih lama, tetapi permohonan tersebut berpotensi untuk ditolak.
Sebelum menghantar borang permohonan tersebut, semak beberapa kali untuk memastikan semuanya telah pun lengkap diisi dan dikepilkan dokumen sokongan seperti yang diperlukan.
Semua bakal peminjam mahukan pembiayaan mereka diluluskan dengan cepat dan mudah. Oleh itu, pastikan anda memenuhi segala kriteria yang diperlukan oleh bank pilihan anda.
Baca: Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah
5. Cek Kena ‘Tendang’
Jika anda mempunyai cek tendang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tangguhkan dahulu niat anda untuk mendapatkan pembiayaan. Ini kerana kebanyakan bank akan menolak permohonan peminjam sekiranya pemohon tersebut mempunyai 2 atau lebih cek tendang dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Mungkin zaman sekarang tak ramai yang pakai cek, tapi ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan permohonan pembiayaan kita akan ditolak.
6. Muflis

Perkataan ini sangat ditakuti setiap orang. Individu yang muflis tidak layak untuk mendapatkan pembiayaan baru, pembiayaan semula dan apa jua kemudahan pembiayaan yang lain.
Sebab itulah anda dinasihatkan berhati-hati dalam merancang kewangan kerana takut ia akan memakan diri sehingga diisytihatkan muflis.
Sumber Rujukan: Hasrul Hassan
Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.
- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo