Hibah Tahunan dan Bonus Tabung Haji Meningkat 0.25% Bagi Tahun 2017

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pemberian hibah sebanyak RM2.7 bilion kepada pendeposit TH bagi tahun kewangan 2017 pada kadar 4.50 peratus Hibah Tahunan TH dan tambahan 1.75 peratus Hibah Haji. Pengiraan hibah adalah berdasarkan baki tahunan terendah akaun pendeposit.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri; berkata TH telah mencatatkan pendapatan yang baik pada tahun 2017 membolehkan ia memberi hibah yang kompetitif kepada pendeposit.

Turut hadir pada majlis tersebut, YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH; YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah TH.

Sumber: Tabung Haji

Prestasi Hibah Tabung Haji

2012 6.50% Hibah + 1.50% Bonus
2013 6.00% Hibah + 2.00% Bonus
2014 6.25% Hibah + 2.00% Bonus
2015 5.00% Hibah + 3.00% Bonus
2016 4.25% Hibah + 1.50% Bonus
2017 4.50% Hibah + 1.75% Bonus

Alhamdulillah, kita dapat lihat peningkatan bagi tahun 2017. Hibah naik 0.25%, bonus pun naik 0.25%.

Ini berikutan peningkatan prestasi kewangan bagi tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Contoh Pengiraan Hibah Tabung Haji

Jom tengok pula contoh pengiraan hibah bagi tahun 2017 seperti berikut. Kita membuat andaian bahawa anda tidak mengusik langsung jumlah simpanan sepanjang tahun, kerana ia dikira berdasarkan baki tahunan terendah akaun anda:

1. RM1,300

Hibah Tahunan 4.5% = RM,1300 * 4.5% = RM58.50

Hibah Haji 1.75% = RM1,300 * 1.75% = RM22.75

Jumlah Hibah Tahun 2017 = RM81.25 atau 6.25%

2. RM5,000

Hibah Tahunan 4.5% = RM5,000 * 4.5% = RM225

Hibah Haji 1.75% = RM5,000 * 1.75% = RM87.50

Jumlah Hibah Tahun 2017 = RM312.50 atau 6.25%

3. RM10,000

Hibah Tahunan 4.5% = RM10,000 * 4.5% = RM450

Hibah Haji 1.75% = RM9,980 * 1.75% = RM174.65

Jumlah Hibah Tahun 2017 = RM624.65 atau 6.24%

4. RM50,000

Hibah Tahunan 4.5% = RM50,000 * 4.5% = RM2,250

Hibah Haji 1.75% = RM9,980 * 1.75% = RM174.65

Jumlah Hibah Tahun 2017 = RM2,424.65 atau 4.85%

Sekiranya anda baru membuka akaun Tabung Haji dengan bermodalkan RM1,300 iaitu minima untuk masuk ke dalam queue untuk mengerjakan haji, anda akan memperolehi dividen sebanyak RM81.25 dimasukkan ke akaun anda pada hari Isnin 12 Februari 2018.

Tapi seperti contoh di atas, bagi mereka yang mempunyai lebih daripada RM9,980 di dalam simpanan, hibah haji dihadkan pada kadar 1.75% ke atas simpanan RM9,980 tersebut.

Sebab itu kita dapat lihat bahawa jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 dalam Tabung Haji, jumlah hibah bagi tahun 2017 hanyalah 4.85%.

Tabung Haji vs Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Selain daripada menyimpan dalam Tabung Haji, ramai di kalangan rakyat Malaysia turut menyimpan dalam ASB. Kalau ASB ianya dipanggil dividen, kalau Tabung Haji dipanggil hibah.

Nak tahu perbezaan pulangan bagi kedua-dua instumen yang popular ni tak? Boleh baca artikel Simpan Dalam ASB atau Tabung Haji Lebih Untung?

Kita ada membuat perbandingan prestasi ASB dan Tabung Haji bagi tahun 2012 hingga 2016. Walaupun ASB memberikan pulangan yang lebih secara luarannya, tetapi hasil pulangan selepas 5 tahun pasti membuat anda terkejut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.