Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

PASAY, Filipina, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ — Huawei memperkenalkan Penyelesaian PV Pintar Kediaman dan Komersial FusionSolar inovatifnya, serta Penyelesaian PV Pintar FusionSolar 6.0 untuk LCOE yang optimum dengan modul-modul PV dwimuka di Pameran Solar Filipina 2019.

Penyelesaian PV Digital untuk Keselamatan Unggul & Pengalaman Lebih Baik

Penyongsang Tiga Fasa SUN 2000 5-20KTL & Penyelesaian Pengoptimum Generasi ke-2 375W-P2 membuat kemunculan sulungnya di APAC. Ia akan diaplikasikan untuk senario kediaman serta komersial berskala kecil dan juga atas bumbung industri. Penyongsang ini melaksanakan pelbagai pengesan titik kuasa maksimum (MPPT) bagi memperoleh kuasa maksimum daripada deretan PV.

Penciptaan Pandangan Fizikal Modul Auto <5 saat oleh Pengecaman Imej AI: Pengenalpastian Imej daripada templat susun atur modul melalui penugasan Aplikasi untuk menghasilkan susun atur fizikal modul dengan cepat bagi tujuan pemantauan.

Perpasangan Pengoptimum <1.5 minit melalui Prestasi Cip Set yang Hebat: Huawei memperkenalkan penyongsang pintar dengan cip set Hisilicon terbina dalam, yang dikenali sebagai teknologi turbo digital yang membolehkan penyongsang berkomunikasi dengan pengoptimum dengan lebih pantas dan lebih andal berbanding sebelum ini.

AFCI untuk Mengurangkan Risiko Kebakaran Secara Proaktif: AFCI (Penyampuk Litar Rosak Arka) Huawei dapat mengesan dan mengesahkan pengarkaan DC dengan tepat, penyongsang dihentikan dengan pantas dalam masa 2 saat dan eksport-Sifar bagi menjamin keselamatan pemilik PV.

Diagnosis Lengkung I-V Pintar untuk Semakan Kesihatan Modul Besar-besaran Secara Jarak Jauh: Pengimbasan lengkung I-V deretan penyongsang besar-besaran satu klik dalam sistem pengawasan bagi mengenal pasti modul yang berprestasi rendah dan mengeluarkan laporan diagnosis secara automatik. Tidak perlu pemeriksaan di lapangan

Pemulihan PID untuk Melanjutkan Kitaran Hayat Modul: Penyongsang mengaplikasikan voltan terkawal antara PV- kepada PE untuk meningkatkan voltan deretan ke tanah bagi memulihkan kesan PID Modul.

Menerusi tarikan-tarikan serba baharu, ciri-ciri keselamatan unggul dan pengalaman lebih baik yang disebutkan di atas, penyongsang pintar siri SUN2000 15-20KTL Huawei memenangi Intersolar Award di Intersolar 2019 pada minggu lalu di Munich, Jerman.

Penyelesaian PV Digital untuk LCOE Optimum

Di acara ini, Huawei turut mendemonstrasikan Penyelesaian PV Pintar FusionSolar 6.0 terkemuka yang meliputi senario-senario berskala utiliti. Penyelesaian ini menyepadukan teknologi maklumat digital dan AI dengan fotovolta dengan teliti.

Hasil 2% Lebih Tinggi, FusionSolar 6.0 + Modul PV Dwimuka: Berbanding penyelesaian biasa, Penyelesaian PV Pintar FusionSolar dengan berbilang-MPPT meningkatkan hasil sebanyak lebih 2% dan kecekapan O&M turut ditingkatkan sebanyak lebih 50%.

Algoritma Penjejakan MPP Pintar Menjurus kepada Hasil yang Lebih Luas, Lebih Pantas & Lebih Tinggi:  Algoritma berbilang puncak berpaten Huawei mencapai penjejakan pada puncak kuasa tertinggi dalam masa 200 milisaat. Dengan 9 MPPT, ia dapat mengurangkan ketakpadanan deretan dengan berkesan.

Diagnosis Lengkung I-V Pintar Mencapai LCOE >8% Lebih Rendah dengan FusionSolar 6.0:

Analisis data raya dapat menemui unit berprestasi rendah secara proaktif, mencapai revolusi daripada penyelenggaraan pasif kepada penyelenggaraan pencegahan yang aktif.

Tambahan pula, aplikasi AI yang selanjutnya mengubah operasi dan penyelenggaraan loji PV ke arah “Pemanduan berautonomi”. Sehubungan dengan itu, LCOE (Kos Tenaga Elektrik Terlaras) akan dikurangkan sebanyak lebih 8% yang dapat mempromosikan penaiktarafan pintar yang komprehensif dalam industri PV.

PV Pintar Huawei komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh perunding global IHS Markit, Huawei berada di kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang untuk empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018.

Huawei akan terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelaburan pasaran dan akan terus berkongsi pengalaman yang berjaya dan kelebihan teknologi bersama pelanggan kami. Kami mengharapkan semakin ramai rakan kongsi bekerjasama untuk mempromosikan pembangunan pasaran solar di APAC.

Sumber: Huawei

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.