Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2019 – Tabiat membeli-belah dalam talian berkembang pesat disebabkan oleh faktor-faktor seperti harga berdaya saing, kesenangan serta aksesibiliti yang ditawarkan oleh dunia e-dagang. Mengimbas kembali permulaan pasaran e-dagang, pelanggan perlu menunggu lebih daripada seminggu untuk menerima pesanan mereka dan lebih lama lagi jika produk dihantar dari luar negara. Namun, Shopee berjaya mengurangkan masa penghantaran kepada kira-kira dua hingga tiga hari menerusi sistem penyisihan dan penjejakan bungkusan yang lebih baik, operasi lebih cekap dan hubungan lebih rapat yang terjalin dengan rakan-rakan logistik.

Hari ini, Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan serba baharu – Shopee24 Express Delivery (Shopee24) – penghantaran ekspres yang pasti menjadi penukar permainan industri besar. Shopee24 menjamin penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee jika pesanan dibuat sebelum 2pm (kecuali Ahad dan hari cuti umum). Jika tidak, penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma. Shopee24 ditawarkan untuk lebih daripada 10,000 barangan berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Drypers, Dove, Dettol, Khind, Philips dan banyak lagi.  Semua barangan boleh dikenal pasti menerusi tag “Shopee24”.  Buat masa ini, Shopee24 boleh didapati untuk pengguna di Lembah Klang bagi menunaikan permintaan pengguna yang mahu penghantaran segera apabila mereka membeli-belah dalam talian.

“Penghantaran merupakan aspek penting dalam pembelian dalam talian. Kami mendapati bahawa pengguna bukan sahaja mahu menerima barangan yang dibeli dalam talian dalam keadaan baik namun semakin ramai juga mahukan penghantaran yang lebih cepat. Oleh sebab itu, kami memperkenalkan perkhidmatan Shopee24 Express Delivery untuk menunaikan permintaan bagi penghantaran lebih pantas, bermula dengan Lembah Klang dan seluruh Malaysia pada masa akan datang. Sebagai sebuah platform e-dagang, keupayaan untuk menjamin penghantaran ekspres bagi pelbagai produk tanpa mengenakan caj yang tinggi bukan sahaja akan mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian tetapi juga dijangka memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi lebih kesenangan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Untuk merayakan pelancaran Shopee24 dan memastikan tawaran yang terbaik, Shopee juga memperkenalkan kempen Shopee 7.7 Orange Madness. Dari 24 Jun hingga 7 Julai, pengguna Shopee boleh menikmati diskaun hebat dan merebut tawaran promosi khas serta menyertai permainan dan banyak lagi:

  • Jualan Kilat Shocking Sale RM0.77 – Shocking Sale Shopee akan berlangsung setiap hari, sehingga tujuh kali sehari dengan tawaran harga serendah RM0.77.
  • Hadiah Terjamin “One or Not”? – Pengguna boleh membeli dari senarai yang mengandungi lebih daripada 40 barangan bernilai tinggi termasuk Xiaomi Mi 9T, Samsung Galaxy S10, Haier 50” Ultra HD Smart LED TV, drone DJI Tello Boost Combo, set Nintendo dan Jam Tangan Pintar Fitbit Versa Health & Fitness pada harga RM1 sahaja.  Jika pelanggan tidak terpilih sebagai pembeli, Shopee jamin bayaran balik RM1 ke dalam kad kredit atau Shopee wallet mereka.
  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM27.
  • Jumlah baucar bernilai RM7 juta untuk direbut dan diskaun hingga 90% untuk semua kategori.
  • Shopee Quiz pada12.00pm setiap hari kerja yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi sehingga dua juta Shopee Coins apabila mereka menjawab lapan soalan dengan betul. Mereka akan mendapat hayat tambahan apabila merujukkan kawan untuk turut menyertai kuiz.

Pelancaran kempen Shopee24 dan 7.7 Orange Madness berlangsung semasa Rumah Terbuka Hari Raya Shopee dalam suasana meriah dan bergaya.  Tetamu-tetamu dan wakil media jemputan menikmati jamuan makan tengah hari di W Kuala Lumpur dan dilimpahi hadiah-hadiah menarik daripada cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti.

Ahli Shopee Selebriti Skuad Shalma Ainaa, Sophia Liana, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Zoey Rahman, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Nora Danish, Elyana dan Ifa Raziah turut hadir dan menerima hadiah tanda penghargaan kerana sokongan mereka yang berterusan kepada Shopee.  Nikmati tawaran khas sebanyak 17% bagi kedai rasmi pelbagai selebriti di Shopee sepanjang kempen 7.7 Orange Madness.

Selain daripada itu, pengguna boleh mengikuti siaran Shopee Live dan menyaksikan sesi penstriman langsung setiap hari oleh jenama dan penjual tentang produk terkini dan ulasan mengenainya. Mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah, mendapatkan baucar menarik dan berbual dengan selebriti terkenal dan tokoh berpengaruh apabila mereka menjadi juruacara siaran. Shopee Live adalah ciri terbaharu Shopee yang telah menyiarkan kandungan menarik termasuk pengumuman jantina bayi Sarimah dan juga menyaksikan lebih 2,000 unit lipstik terbaharu Beautyra dijual dalam beberapa minit. 

Manfaat rakan kerjasama:

Berpegang teguh kepada slogan iklannya “Creating Safe and Connected Communities”, kipleHome, sebuah penyelesaian pengurusan kediaman akan memperkenalkan Shopee24 dalam aplikasinya untuk membolehkan pengguna kipleHome merasai kesenangan membeli-belah tanpa batasan. Untuk memperingati pakatan berkongsian dengan Shopee, kipleHome akan mengagihkan jumlah baucar Shopee bernilai RM10,000 kepada pengguna kipleHome untuk pembelian pertama kali dari laman koleksi khas Shopee24 bermula 1 Julai 2019.  Perkhidmatan Shopee24 akan memanfaatkan lebih daripada 80,000 pengguna berdaftar kerana kipleHome dijangka menarik sejumlah 400 komuniti kediaman menjelang hujung tahun ini.

Dunkin’ Donuts memulakan perjalanan e-dagangnya di Malaysia dengan pelancaran kedai rasminya di Shopee pada 27 Jun. Rakyat Malaysia boleh mendapat baucar donut dan minuman yang boleh ditebus di mana-mana kedai Dunkin’ Donuts di seluruh negara. Untuk merayakan kempen 7.7 Orange Madness, Dunkin’ Donuts menawarkan kepada pengguna tiga donut pada harga RM7.70 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/7-7

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kumpulan UOB Mengambil Alih Perniagaan Pengguna Citigroup; di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam

Anak syarikat United Overseas Bank Limited (UOB) telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih perniagaan perbankan pengguna Citigroup yang terdiri daripada portfolio pinjaman tidak bercagar dan bercagar, pengurusan kekayaan dan perniagaan deposit runcit (Perniagaan  Pengguna) di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam (Cadangan Pengambilalihan).

Sebagai  sebahagian daripada Cadangan Pengambilalihan ini, kakitangan Perniagaan Pengguna akan diserap oleh  UOB. Cadangan Pengambilalihan ini akan memperkukuh dan memperdalam lagi francais UOB di ASEAN. 

Perniagaan Pengguna Citigroup mempunyai nilai aset bersih agregat berjumlah kira-kira S$4.0 bilion dan  asas pelanggan lebih kurang 2.4 juta pada 30 Jun 2021, dan menjana pendapatan berjumlah kira-kira  S$0.5 bilion pada separuh pertama 2021. Tanpa memasukkan kos urus niaga sekali sahaja, Cadangan  Pengambilalihan ini dijangka akan menunjukkan pertambahan serta-merta kepada pendapatan sesaham (EPS) dan pulangan atas ekuiti (ROE) UOB. 

Jumlah pertimbangan tunai untuk Cadangan Pengambilalihan ini akan dikira berdasarkan premium agregat  yang bersamaan dengan S$915 juta ditambah nilai aset bersih Perniagaan Pengguna apabila selesai. Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan dibiayai melalui lebihan modal dan dianggar akan mengurangkan nisbah Ekuiti Lazim Tahap 1 (CET1) UOB sebanyak 0.7% kepada 12.8%, berdasarkan  kedudukan modalnya pada 30 September 2021. Kesan kepada nisbah CET1 dijangka tidak ketara dan  adalah dalam keperluan kawal selia. 

Penyelesaian pengambilalihan di setiap negara adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia berkenaan  yang diperoleh dari setiap negara dan di Singapura. Pengambilahan ini dijangka selesai antara  pertengahan 2022 dan awal 2024, bergantung pada kemajuan dan keputusan proses kelulusan kawal selia. Citigroup akan membantu UOB dan anak syarikatnya (secara kolektif Kumpulan UOB) dengan  penghijrahan pelanggan dan kakitangan Perniagaan Penggunanya bagi memastikan peralihan dijalankan  dengan lancar. 

Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB, berkata, “Pengambilalihan perniagaan runcit Citigroup dalam pasaran utama kami di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam  merupakan peluang hebat yang tepat pada masanya. UOB percaya akan potensi jangka panjang Asia Tenggara dan kami telah mengambil langkah berdisiplin, selektif dan sabar dalam mencari peluang yang  sesuai untuk berkembang. Tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kami berharap untuk menyepadukan  portfolio Citigroup yang berkualiti dan juga mengalu-alukan pasukannya, selain mewujudkan nilai untuk  asas pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan lain kami yang semakin bertambah. Perniagaan  yang diambil alih, bersama dengan francais pengguna serantau UOB, akan menghasilkan gabungan amat mantap yang akan meningkatkan perniagaan Kumpulan UOB di samping memajukan kedudukan kami sebagai bank serantau yang terkemuka.” 

Encik Peter Babej, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Citi, berkata, “Kami berbesar hati untuk  mengumumkan transaksi ini dengan UOB, sebuah institusi pan-Asia yang terkemuka. Kami yakin bahawa  UOB, dengan budaya yang kukuh dan cita-cita serantau yang luas, akan menyediakan peluang yang amat baik dan tempat kerja jangka panjang bagi rakan sekerja perbankan pengguna kami di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Memberi tumpuan kepada perniagaan kami melalui langkah ini akan memudahkan  pelaburan tambahan dalam bidang tumpuan strategik kami, termasuk rangkaian institusi kami di seluruh Asia Pasifik, justeru menghasilkan pulangan optimum untuk Citi.” 

Strategi runcit UOB termasuk mengambil kesempatan daripada kemewahan yang semakin meningkat di  Asia Tenggara, memperoleh dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan melalui platform  perbankan digitalnya, UOB TMRW, di samping memenuhi keperluan kewangan pelanggan melalui  pendekatan saluran omni apabila mereka bergerak ke atas dalam kontinum kekayaan. Cadangan Pengambilalihan ini akan mengembangkan ekosistem rakan kongsi UOB dan dijangka menggandakan  asas pelanggan runcit sedia ada UOB di empat pasaran, sekaligus mempercepatkan sasaran asas pelanggannya lima tahun lebih awal. 

Perniagaan Pengguna Citigroup mempunyai kira-kira 5,000 kakitangan, termasuk pengurusan kanan dan  pasukan yang dilengkapi pelbagai pengalaman. Penghijrahan kakitangan ini akan meningkatkan lagi  kecekapan Kumpulan UOB dan membuka peluang sinergi perniagaan. 

Kumpulan UOB mengalu-alukan pelanggan dan kakitangan Citigroup, yang akan sentiasa dimaklumkan  mengenai perkembangan terkini Cadangan Pengambilalihan pada bulan-bulan akan datang. 

Credit Suisse (Singapore) Limited akan bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Kumpulan UOB  dalam Cadangan Pengambilalihan ini manakala Allen & Overy LLP (Singapura) merupakan penasihat  undang-undangnya.

Pernah dengar ungkapan.. Ada ilmu, duit akan datang dekat kita. Tiada ilmu, duit senang boleh hilang?

Pelaburan yang paling rendah risiko tetapi paling tinggi potensi keuntungannya adalah melabur dalam ilmu.

Adakah kalian….

1. Belum ada ilmu asas pelaburan saham
2. Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
3. Belum tahu masa terbaik untuk beli saham
4. Belum tahu nak pilih saham apa
5. Belum faham cara baca chart
6. Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
7. Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

Jika tergolong dalam kluster ini, jangan risau, kami akan kongsikan solusinya dalam kelas premium Webinar Senang Saham. Kelas premium ini yurannya ribu-ribu di luar sana. Namun yuran kami paling murah di pasaran!

Kalian akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu penting yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Dapatkan seat anda sekarang, ->Webinar Senang Saham