Jasmine Food Menang Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest Malaysia selama 15 Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ — Jasmine Food Corporation (Jasmine) Sdn Bhd telah membuktikan syarikatnya sebagai jenama yang boleh dipercayai oleh pengguna setelah menerima anugerah “Jenama Dipercayai Platinum” dua belas kali berturut-turut dalam Kategori Beras daripada Reader’s Digest Malaysia. Anugerah ini diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, Lim Swee Keat, semasa upacara penyampaian “Anugerah Jenama-jenama Dipercayai Reader’s Digest” 2019 pada 11 Jun 2019.

Anugerah Jenama-jenama Dipercayai Reader’s Digest yang berprestij ini disampaikan kepada pemimpin-pemimpin industri merentas enam negara Asia yang cemerlang dalam aspek-aspek Kebolehpercayaan dan Kredibiliti, Kualiti, Nilai, Pemahaman tentang Keperluan Pelanggan, Inovasi dan Tanggungjawab Sosial. Diundi oleh ribuan pengguna, skor terakhir dihitung dengan mendarabkan jumlah undi terakhir berserta skor purata untuk enam kategori.

“Kemenangan 15 kali berturut-turut oleh Jasmine Food sebagai jenama yang paling dipercayai di Malaysia dalam kategori Beras telah mengukuhkan kedudukan kami untuk membantu sektor makanan dan minuman Malaysia berkembang. Kini, kami telah menetapkan penanda aras utama, bagi menjamin pembangunan sihat industri ini dan memastikan kepuasan pelanggan yang lengkap. Kami akan terus mendukung kepercayaan kami dan terus menambah baik perkhidmatan dan produk kami untuk mengekalkan piawaian setinggi mungkin,” kata Lim.

Sebagai peneraju pasaran dalam industri beras Malaysia, Jasmine Food Corp telah menyediakan rangkaian luas produk beras selama lebih tiga dekad lamanya. Pada tahun 1996, Jasmine menjadi subsidiari Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan juga mula mengimport pelbagai jenis beras dari Thailand, Myanmar, China, Vietnam, India, Pakistan, Australia dan AS. 

“Kami mencipta dan menyediakan pelbagai jenis produk yang paling sesuai dengan keperluan pelanggan yang pelbagai. Produk-produk kami terdiri daripada beras wangi, beras putih import dan tempatan, beras basmati khas, beras perang, beras pulut dan bihun. Selain daripada kepelbagaiannya, kami turut memastikan semua produk kami berkualiti tertinggi bagi mendapatkan kepercayaan pengguna. Ini dapat dilihat menerusi kedudukan kami di Malaysia – salah satu pengeluar beras yang terbesar dan paling dipercayai di negara,” tambah Lim.

Kepercayaan adalah penting untuk mana-mana syarikat menurut Tinjauan Pandangan Global PWC 2018. Ia menyatakan bahawa selain daripada harga, “kepercayaan terhadap jenama” adalah antara tiga sebab utama orang ramai memilih suatu produk. Oleh itu, Lim menambah, “Anda memerlukan kepercayaan untuk memenangi hati pelanggan anda, selain untuk memastikan perniagaan anda terus berkembang.”

Bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna, Jasmine Food menyediakan waranti jaminan termasuk jaminan pulangan wang balik bagi pembelian produk terpilih. Pelanggan akan dibayar balik sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pembelian mereka.

Selain itu, untuk kekal membangunkan perniagaan mereka, Jasmine Food juga terus menginovasi menerusi teknologi, di samping menjalin perkongsian yang lebih kukuh bagi memanfaatkan nilai mereka. 

Antara produk-produk inovatif daripada Jasmine Food termasuk beras basmati bijirin panjang, gebu, yang lebih rendah lemak, indeks glisemik dan mengandungi lebih banyak serat yang lebih baik untuk pesakit diabetes. Ini sejajar dengan matlamat jenama ini untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat, dengan sokongan penuh dan perkongsian oleh institut kesihatan negara, Tung Shin Hospital, Pusat Derma Darah Kebangsaan, Persatuan Diabetes Kebangsaan dan Institut Jantung Negara (IJN).  

Terdahulu, Jasmine Food Corporation turut dianugerahkan dengan Anugerah Pemenang Jenama berprestij selama 4 tahun, dari tahun 2007 hingga 2017 dan dikurniakan dengan Anugerah Superbrands Malaysia selama lebih sedekad. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.jasmine.com.my

Sumber: Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.