Jauh Perjalanan Dengan Universal Traveller

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2019 – Jauh perjalanan, luas pengalaman. Inilah salah satu manfaat mengembara tetapi pelancong tetap perlu memastikan bahawa mereka membawa barangan keperluan yang sewajarnya untuk menikmati perjalanan yang selamat, tanpa kerisauan dan selesa di mana sahaja mereka pergi, sama ada ekspedisi ke Nepal mahupun percutian romantik ke Paris. Berikut adalah beberapa petua asas tentang cara untuk mengembara dengan selesa dan penuh bergaya tanpa berbelanja banyak dan memberikan peluang berjimat dan berbelanja membeli cendera hati seperti rantai kunci Menara Eiffel untuk rakan-rakan dan keluarga.

Memilih Bagasi Anda

Selain cukup besar untuk membawa segala barangan keperluan, bagasi anda juga perlu kukuh dan tahan lama. Jika anda merancang untuk membeli-belah, Beg Urbanite Ledge 28 Inci berwarna biru gelap, baldu merah dan merah jambu mekar cukup besar untuk menyimpan semua buah tangan anda. Bagi mereka yang gemar mengembara, bagasi Urbanlite Ray sememangnya terbaik. Beg beroda pemutar 360 darjah untuk menjamin pergerakan lancar di atas permukaan berbeza, ini tidak mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang lain meskipun ditarik merentasi jalan berbatu pada waktu tengah malam. Dengan kunci kombinasi kualiti premium, barangan anda pasti selamat dan terlindung.

Menyusun Pakaian dengan Teratur

Anda pasti kagum dengan begitu banyak ruang yang boleh anda ‘tambah’ dengan pelbagai kaedah susunan berbeza. Mereka yang merantau ke seluruh pelosok dunia telah berkongsi petua dan cara untuk menyusun kandungan dengan kemas, malah ada yang mencadangkan anda melipat dan mengatur pakaian secara menegak supaya anda boleh memuatkan lebih banyak barang. Di samping itu, alat simpan atur seperti beg vakum dan kiub penyimpanan yang bergaya daripada Universal Traveller akan membantu anda menyusun pakaian dan aksesori dalam beg-beg lebih kecil. Ini membolehkan pakaian dalam beg pakaian diambil tanpa mengeluarkan seluruh kandungan bagasi.

Kekal Hangat

Jika anda melancong semasa musim sejuk, pakaian musim dingin wajib dibawa. Dapatkan pakaian selesa yang tampak bergaya, seperti jaket buku yang ringan dan dilapisi bulu lembut, kot musim sejuk dan baju sejuk berkait dengan sulaman bunga agar anda boleh memuat naik gambar-gambar menarik di Instagram. Jika anda mengembara sekeluarga, anda boleh memadankan aksesori musim sejuk dengan pakaian anak-anak, termasuk sarung tangan, topi musim sejuk comel dan sarung kaki bulu biri-biri. Mungkin anda hanya akan melancong pada bulan Disember tetapi jadilah pembeli pintar dan dapatkannya sekarang pada harga di luar musim. Mengapa tunggu sehingga musim dingin untuk membeli pakaian dingin dan membayar harga lebih mahal untuk barangan yang sama? Malah, anda juga akan menerima hadiah percuma seperti beg kain dan penutup telinga apabila anda membeli sekarang.

Klik Untuk Memenuhi Segala Keperluan Perjalanan Anda

Tidak perlu bersusah-payah memandu ke pelbagai tempat untuk mencari keperluan perjalanan kerana anda boleh mendapatkan segalanya di kedai rasmi Universal Traveller di Shopee. Ini termasuk adapter kembara kepada beg galas kegunaan lasak, kantung dan kunci mahupun but salji, beg kasut, pemanas, penimbang bagasi dan bagasi kanak-kanak yang boleh dibeli di hujung jari.

Universal Traveller akan menganjurkan Super Brand Day pertama di Shopee pada 16 Mei. Walaubagaimanapun, sambutan akan diadakan pada 13 Mei hingga 17 Mei dengan hari bertema supaya rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun hebat sehingga 70%, di samping tawaran hebat serta promosi eksklusif.

  • Daily Shocking Sale – dapatkan tawaran serendah RM99 untuk bagasi
  • Daily Happy Hour – terima potongan 30% dari jam 8pm hingga 11.59pm dengan kejutan tambahan pada 16 Mei 2019
  • Baucar Hebat Harian – nikmati potongan 15% dengan perbelanjaan minimum RM180
  • Tawaran Hari Ini Sahaja – rebut tawaran, baucar dan hadiah menarik yang sememangnya hebat setiap hari
  • Shopee Live – saksikan pengaliran langsung di aplikasi Shopee pada jam 8.30pm untuk dapatkan petua dan cara untuk menjadi pelancong bergaya. Malah anda berpeluang untuk memenangi baucar daripada Universal Traveller
  • Penghantaran Percuma – nikmati penghantaran percuma di seluruh kedai, terutamanya bagi bagasi tanpa perbelanjaan minimum

Pelopor trend dan pengembara dunia boleh dapatkan Airways, Jean-Francois dan Urbanlite, jenama eksklusif dalam talian Universal Traveller yang amat diminati ramai. Miliki set dua dalam satu beg kulit keras laris Urbanlite Ledge atau Urbanlite Ray yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

“Universal Traveller telah berkembang maju daripada sebuah peruncit pakaian musim dingin kepada jenama pakaian fesyen yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami sentiasa mencipta semula dan mencetus inovasi dalam usaha memenuhi keperluan pengembara moden, dan salah satu cara untuk membawa pembaharuan dalam pengalaman beli-belah pelanggan adalah dengan menerokai perniagaan digital. Kerjasama dengan Shopee untuk menganjurkan Super Brand Day di platform ini membolehkan kami bukan sahaja mencapai 16 juta pengguna tetapi juga menawarkan keperluan perjalanan menjimatkan kos yang bernilai tambah supaya mereka mendapat pengalaman kembara luar biasa, sama ada di dalam atau luar negara,” kata Eric Poh, Pengarah Operasi, Universal Traveller Malaysia.

Bersetuju dengan pandangan ini,  Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami sentiasa berusaha memberi pengguna pilihan barangan keperluan yang lebih luas dan teruja kerana dapat bekerjasama dengan nama yang terkenal dan dipercayai di Malaysia seperti Universal Traveller memenuhi keperluan pengembaraan pengguna kami dari segi fungsi dan gaya, kini menawarkan produknya pada harga lebih rendah daripada harga runcit! Universal Traveller juga merupakan jenama fesyen pertama untuk menganjurkan Super Brand Day di Shopee, menyertai rakan jenama lain yang telah berjaya mengadakan acara mereka. Kami akan terus bekerjasama dengan jenama-jenama supaya pengguna memanfaatkan sepenuhnya Ringgit mereka untuk segala barang keperluan apabila mereka membeli-belah menggunakan platform kami.”

Sertai Universal Traveller Super Brand Day di Shopee pada https://shopee.com.my/m/super-brand-day

Mengenai Universal Traveller

Universal Traveller ialah sebuah organisasi pemenang anugerah yang telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada 1974. Dengan lebih 50 gedung tersendiri di Malaysia, Singapura dan Indonesia, serta gedung e-dagang yang semakin berkembang maju untuk mencapai lebih 3.5 juta tatapan halaman setiap tahun, Universal Traveller adalah salah satu peruncit dalam gedung dan dalam talian terkemuka bagi pakaian musim sejuk, produk dan aksesori kembara di rantau Asia Tenggara.

Di Malaysia sahaja, Universal Traveller bertapak kukuh dengan 37 gedung tersendiri dan 30 kaunter di gedung serbaneka yang dikendalikan di bawah jenama Universal Traveller, Luggage Empire, and Planet 1 Degree.

Sejak pembukaan gedung bagasi pertamanya pada 1974, Universal Traveller telah menimba ilmu dan pengalaman luas selama lebih 45 tahun dalam bidang bagasi menerusi pengurusan dan operasi pelbagai jenama bagasi antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Universal Traveller serta tawaran dan promosi terkini, sila layari www.universaltraveller.com/my/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI