Jemput Datang Acara Maya SC InvestSmart Fest, 8-10 Oktober 2021

InvestSmart Fest merupakan acara tahunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertujuan memperkasa para pelabur.

InvestSmart Fest 2021 akan dianjurkan secara maya bermula 8 hingga 10 Oktober 2021, bersempena dengan Bulan Literasi Kewangan 2021 dan Minggu Pelaburan Dunia 2021.

Acara yang diadakan selama 3 hari ini, bertemakan #JagaDiri #JagaPelaburan bertujuan untuk mempromosikan pemerkasaan pelabur dan keyakinan pelabur bagi membolehkan mereka membuat keputusan pelaburan yang tepat tanpa menjadi mangsa penipuan.

Acara Maya ISF 2021 ini akan menggabungkan institusi pasaran modal, persatuan, pemain industri dan agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung. Acara 3 hari tersebut akan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengantara pasaran modal termasuk saham, bon, unit amanah, skim persaraan swasta (PRS), dana dagangan bursa (ETF), pendanaan ekuiti ramai (ECF), pembiayaan rakan setara (P2P), pengurusan pelaburan digital (DIM) dan pertukaran aset digital (DAX).

Acara ini akan menampilkan ceramah, perbincangan panel dan sesi ‘fireside’ oleh pakar industri terkemuka untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pasaran modal Malaysia dan peluang pelaburan yang sedia ada.

Orang ramai berpeluang memenangi baucar dalam talian dengan menyertai cabutan bertuah dan kuiz pop kami yang akan diadakan sepanjang acara 3 hari tersebut.

Sekali lagi kami bakal menawarkan sesi kaunseling secara percuma mengenai pengurusan kewangan peribadi di bawah program #FinPlan4u. Sesi ini akan diadakan secara dalam talian dari 4 – 10 Oktober 2021. Sila tempah slot untuk #FinPlan4u dengan mendaftarkan diri anda di Acara Maya ISF 2021. Pendaftaran bagi #FinPlan4U akan dibuka pada 22 September 2021. Memandangkan permintaan yang tinggi dan ruang yang terhad, adalah digalakkan untuk mendaftar minat di 

Bersempena dengan Acara Maya ISF 2021, kami juga akan menganjurkan “Pencarian Harta Karun ScamBuster Secara Maya 2021”, dimana ia akan diadakan pada 10 Oktober 2021. Tarikh akhir pendaftaran untuk pertandingan pencarian harta karun ini adalah 3 Oktober 2021.

Pendaftaran untuk Acara Maya InvestSmart® Fest 2021 adalah PERCUMA! Daftar sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai InvestSmart® Fest 2021, sila layari  atau Facebook.com/InvestSmartSC.

Previous ArticleNext Article

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA