JOHOR BAHRU — Sebanyak 5,033 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah (B40) akan dibina di Johor bermula tahun ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau berkata harga yang ditawarkan antara RM40,000 hingga RM150,000 seunit.
“Kerajaan negeri komited untuk menyiapkan pembinaan sekurang-kurangnya 5,033 unit rumah mampu milik bermula tahun ini dan tahun depan untuk golongan B40.
“Rumah yang ditawarkan ini perlu benar-benar mampu dimiliki, bermaksud harga rumah mampu milik yang ditawarkan adalah antara RM40,000 hingga RM150,000,” katanya.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga pada masa sama sedang memperhalusi perancangan perumahan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Beliau berkata satu pelan dan dasar yang lebih komprehensif akan dibentangkan kepada rakyat Johor dalam masa yang terdekat bagi memastikan rakyat di negeri dapat memiliki rumah sendiri.
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Honda Malaysia (Honda) hari ini mengumumkan langkah memanggil semula 87,490 unit kenderaannya bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.
Model yang terlibat termasuk Accord (model tahun: 2013 – 2017), BR-V (2017 – 2018), City (2014 – 2019), City (Hybrid) (2018, 2019), Civic (2017, 2018), CR-V (2018 – 2020), HR-V (2015 – 2018), Jazz (2015 – 2020), Jazz (Hybrid) (2018) dan Odyssey (2017 – 2019).
“Pam pendesak berkemungkinan mengembang selepas berendam dalam bahan api untuk tempoh yang panjang, sekali gus berpotensi menghalang kenderaan daripada dihidupkan atau menyebabkan enjin terhenti ketika memandu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Sebanyak 84,073 unit Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey terlibat dalam panggilan semula tersebut.
Manakala, sebanyak 3,417 unit Civic dan CR-V terjejas dengan isu pam bahan api tekanan tinggi, yang mungkin retak berikutan penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan, yang boleh mengakibatkan kebocoran bahan api atau menghasilkan bau petrol semasa memandu atau melahu.
Model yang terjejas dengan masalah pam bahan api tekanan tinggi ialah Civic (2023, 2024) dan CR-V (2024).
Honda berkata semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, yang turut mengandungi maklumat mengenai butiran penarikan semula produk.
Pelanggan juga boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dalam panggilan semula itu menerusi aplikasi Honda Touch.
Justeru, Honda menggesa semua pelanggan yang terjejas supaya menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temu janji selepas menerima notis pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.
“Penggantian pam bahan api yang terjejas dan pam bahan api tekanan tinggi adalah percuma dan semua kos berkaitan aktiviti penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
“Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat,” katanya.
— BERNAMA
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee