Kinesis Lancar Kinesis Mint – Emas dan Perak Fizikal pada Rantaian Blok

LONDON, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ — Hari ini, Kinesis Money mengumumkan pelancaran platform berasaskan rantaian blok canggihnya, Kinesis Mint. Kinesis Mint, yang akan mengukuhkan kedudukan Kinesis dalam pasaran sebagai pengusaha teknologi kewangan global yang mengagumkan, merupakan platform yang membolehkan pengguna mencipta mata wang digital Kinesis, mewujudkan KAU (1 gm emas) & KAG (1 auns perak).

Kinesis Money ialah satu sistem monetari berevolusi yang menggunakan hartanah emas dan perak sebagai asas untuk mata wang digital. Mata wang ini menyediakan peruntukan bulion fizikal 1:1, dengan bayaran transaksi terkumpul setiap kali mata wang dihantar, dibelanjakan atau didagangkan, kemudiannya diagihkan semula secara berkadar kepada pemegang mata wang dan token Kinesis, sebagai penggunaan yang memberi insentif hasil berasaskan halaju.

“Penempaan” ialah proses mencipta mata wang Kinesis dengan mendepositkan wang fiat bagi membeli bulion atau mendepositkan bulion sedia ada kepada Kinesis Mint. Logam fizikal kemudian dipancarkan pada ‘fork’ buatan khas mereka pada rantaian blok stellar dan dipaparkan pada eDompet pengguna; memudahkan pengiriman wang melalui rantaian blok stellar, yang membolehkan transaksi global dibuat melibatkan lebih 3000 transaksi sesaat dengan masa penyelesaian selama 3-5 saat pada kadar rata 0.45%.

Menerusi perkembangan terkini yang menimbulkan persoalan tentang kebolehlaksanaan USD dan syiling stabil berasaskan tunai, mungkin inilah masa yang ideal untuk menerima syiling stabil berasaskan emas. Syiling yang dikendalikan oleh sebuah syarikat institusi dan bertanggungjawab secara komersial.

Kinesis merevolusikan industri logam berharga dengan menyingkirkan bayaran untuk penyimpanan bulion emas dan perak fizikal, selain menyediakan pemegang dengan model hasil perkongsian bayaran berbilang fungsi yang memberi lebih nilai kepada pemegang emas dan perak melalui hasil ini.

Thomas Coughlin, Ketua Pegawai Eksekutif Kinesis Money, mengulas: “Ia merupakan detik yang amat penting buat kami; Kinesis Mint ialah langkah pertama yang bersejarah bagi pelancaran sistem monetari rintis kami. Peralihan global ke arah mata wang digital terpencar semakin pantas berlaku dan Kinesis Money menjadi pendahulu dalam bidang logam berharga. Walaupun berlakunya ketidakpastian dan mata wang yang tidak menentu, mata wang Kinesis baharu memberikan platform kewangan yang stabil dan boleh dipercayai yang dicari-cari oleh pengguna moden.” 

Menerusi penelitian dalam pasaran mata wang kripto, turun naik harga yang teruk, syiling stabil seperti Kinesis memberikan kegunaan dunia sebenar untuk menangani kebimbangan utama dalam mata wang digital.

Kinesis telah memilih untuk membuka tawaran token mereka bagi memberikan orang ramai dengan masa sebanyak mungkin untuk memaksimumkan penyertaan mereka sebelum ditutup pada 30 Jun. Telahpun terjual sebanyak lebih 65,000 daripada Token Halaju Kinesis (KVT) idamannya, sejak Februari 2018, KVT menjadi semakin popular memandangkan ia mengganjari peserta-peserta dengan kadar bahagian yang bermurah hati sebanyak 20% daripada bayaran transaksi yang diperoleh.

Kinesis berkata ia teruja untuk meneruskan dengan pelancaran produk berbilang fasa, yang mana menjelang suku keempat tahun 2019 ia bakal menyaksikan dua lagi pelancaran teknologi.

Thomas menyambung: “Menjelang pelancaran Kinesis Exchange yang telah lama dinanti-nantikan dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja, Kinesis Mint akan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha utama dalam pasaran simpanan bulion dan logam berharga untuk membawa logam mereka ke dalam ekosistem Kinesis, dengan harapan untuk memperoleh aliran pendapatan berpotensi tambahan pada pemegangan mereka. Kinesis Mint merupakan langkah penting ke arah pelancaran penuh Sistem Monetari Kinesis termasuk kad debit VISA kami dan kami tidak sabar-sabar untuk memperkenalkan produk-produk masa depan merentas kawasan-kawasan tambahan.”

Pelancaran teknologi seterusnya, Kinesis Exchange, dijadualkan pada Julai 2019, membolehkan peserta-peserta mendagangkan pelbagai mata wang kripto dan mata wang fiat terhadap KAU dan KAG; menjana halaju dan hasil kepada penempa wang dan pemegang logam dengan Kinesis.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.kinesis.money

Sumber: Kinesis Money

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.