KOPETRO Travel Tawar Pakej Penginapan Bagi Penerima Lengkap Vaksin

Dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai kelonggaran bersyarat bagi penerima vaksin dos lengkap, KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd, anak syarikat penuh milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), telah melancarkan kempen “Book Now Travel Later” yang menawarkan pakej percutian dengan harga berpatutan bagi mereka yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin. 

Kempen ini menawarkan pakej penginapan 3 hari 2 malam di hotel-hotel terpilih dengan harga permulaan serendah RM95. Antara hotel yang ditawarkan ialah Berjaya Times Square Hotel, The Pines Melaka, Royal Chulan Kuala Lumpur, Singgah Kertih, Singgah Pengerang, dan beberapa buah lokasi Felda Residence seperti di Tekam, Sahabat Hot Spring dan Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, selaras dengan keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada mereka yang sudah lengkap menerima 2 dos vaksin, KOPETRO mengambil peluang ini untuk menjana semula pendapatan syarikat mereka yang melibatkan sektor pelancongan. 

“Pakej yang kami tawarkan ini sememangnya bertepatan dengan keperluan rakyat Malaysia. Selepas lebih 3 bulan berkurung di rumah sejak perintah berkurung penuh dikuatkuasakan pada bulai Mei yang lalu, tibalah masanya untuk masyarakat mula merancang percutian hujung tahun nanti sempena meraikan kelonggaran bersyarat yang mula dibenarkan secara berperingkat bermula 10 Ogos yang lalu.”

– Ahmad Syakir bin Ahmad Ubaidah

Beliau turut menyeru masyarakat untuk merebut peluang memiliki pakej percutian yang ditawarkan ini sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan tempatan yang teruk terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan hampir dua tahun ini menyebabkan banyak pengusaha pusat pelancongan dan perhotelan terpaksa gulung tikar untuk semua perniagaan mereka.

Biarpun KOPETRO Travel & Tours turut dihimpit masalah demi mengekalkan kelangsungan perniagaan, namun langkah berani telah diambil untuk melancarkan kempen “Book Now Travel Later” bukan sahaja untuk menjana pendapatan syarikat namun juga demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara khususnya bagi industri perhotelan dan pelancongan. 

Untuk membuat tempahan segera bagi pakej penginapan dari KOPETRO Hotel, anda boleh layari laman web www.kopetrotravel.com.my. Dapatkan butiran lanjut mengenai kempen “Book Now Travel Later” dan pelbagai promosi hebat dari KOPETRO Travel & Tours di laman media sosial berikut: 

Akaun Media Sosial 
Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel 
Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel 

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.