Lebih Daripada 100,000 MSME Didigitalkan Dan Jualan Kira-Kira RM1 Bilion Dijana Melalui Perkongsian Sektor Awam

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2021 – Lebih daripada 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan (MSME) telah didigitalkan sejak PKP yang pertama pada bulan Mac 2020, melalui kerjasama antara Shopee dengan pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Persatuan serta Kerajaan Negeri.

Kerjasama strategik ini dijalinkan berdasarkan matlamat untuk membantu pemulihan komuniti perniagaan, terutamanya MSME tempatan dan peniaga-peniaga kecil, setelah mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

Selain menghulurkan bantuan khas kepada para penjual baru untuk memulakan perjalanan digitalisasi mereka, kempen tambahan dan faedah dalam bentuk diskaun serta baucar pulangan tunai, kredit pengiklanan dan lain-lain juga dikurasi untuk merangsang jualan MSME tempatan di atas platform, terutamanya mereka yang terjejas disebabkan kehilangan sumber pendapatan dan mengalami masalah aliran tunai.

Antara kolaborasi-kolaborasi yang terdapat dalam portal dalam aplikasi Buy Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang di laman utama Shopee termasuklah Kempen Beli Barangan Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA dan Inisiatif Shop Malaysia Online PENJANA melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jana Niaga dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), eFAMAPLACE dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), FELDA E-Mall dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan banyak lagi.

Beberapa Kerajaan Negeri juga memantapkan usaha mereka dengan kempen seperti Johor e-Marketplace, Penang e-Mall, Selangor e-Bazar Raya dan S.M.A.R.T Niaga @ Perak bagi membantu para peniaga tempatan di negeri masing-masing.

Baucar dan bantuan daripada kolaborasi-kolaborasi ini telah membantu memacu ekonomi Malaysia ke hadapan dan secara kolektifnya telah menjana  jumlah jualan hampir RM1 bilion.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Hasil kolaborasi-kolaborasi yang bermanfaat ini menunjukkan kerjasama antara sektor awam dengan entiti swasta seperti Shopee boleh membawakan kesan dan impak yang ketara kepada ekonomi digital Malaysia. Dengan menggabungkan maklumat yang relevan dan dana untuk penjual dari rakan kongsi kami, disertakan dengan rangkaian perkhidmatan dan ciri bersepadu seperti logistik, pembayaran, aliran Shopee Live dan kursus percuma Shopee University, kami dapat membantu MSME tempatan menjana pendapatan alternatif demi menyokong kehidupan mereka.”

“Namun, usaha-usaha ini harus diteruskan untuk membawa impak yang lebih hebat. Walaupun wabak Covid-19 telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital, sumbangan transaksi atas talian di Malaysia dianggarkan berjumlah hanya 7% daripada jumlah jualan runcit negara pada tahun 2020.

Jumlah ini dianggap kecil apabila dibandingkan dengan peratus anggaran antarabangsa iaitu 16%, manakala negara seperti China hampir mencecah 40%. Kami perhatikan digitalisasi bagi sektor runcit masih berada di tahap awal tetapi kami bertekad dalam merealisasikan potensi ekonomi Malaysia dengan infrastruktur yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang kondusif. Kami berharap boleh membina lagi di atas momentum semasa dan kejayaan kerjasama kami dengan sektor awam, bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi digital Malaysia, tetapi juga membantu merancakkan semula sektor ekonomi negara secara menyeluruh,,” tambah Ho.

Kerjasama-kerjasama strategik seperti ini telah mengorak langkah untuk lebih banyak penjual atas talian baru untuk memahami pasaran digital dan mengatasi batasan disebabkan oleh wabak Covid-19. Dengan pelaksanaan PKP 3.0 di Malaysia untuk mengekang kenaikan jumlah kes Covid-19, kini para penjual lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang berkait.

Untuk menarik perhatian pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian ke kedai mereka, para penjual dan jenama-jenama bekerjasama dengan Shopee bagi menawarkan para pengguna penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM6, diskaun 66% serta baucar harian dan banyak lagi semasa 6.6 Jualan Hebat yang akan bermula pada 25 Mei.

Dengan sejumlah 16 juta Syiling Shopee untuk dimenangi, para pengguna boleh mengumpul lebih banyak Syiling Shopee bagi menikmati lebih penjimatan, melalui permainan seperti Shopee Farm, Shopee Spin & Win dan Shopee Shake – Battle Mode. Selain itu, Shopee Vote & Win akan menghiburkan para pengguna dengan peluang mengundi untuk hadiah kegemaran mereka seperti Sony PS5 atau pembersih vakum Dyson, dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Pada Jualan Hari Gaji (25 Mei) dan 6.6 Jualan Hebat (6 Jun), pengguna Shopee boleh menantikan Limited Time Vouchers, slot tambahan Jualan Kilat Shocking Sale, Super Brands Spotlight serta diskaun yang lebih menarik.

Pada 6 Jun, para pengguna boleh menyaksikan Shopee 6.6 Awesome Show dari jam 9 malam di  Shopee Live, TV3 atau Tonton. Rancangan ini akan menampilkan pelbagai tawaran menarik 6.6 dari jenama-jenama kegemaran, baucar eksklusif semasa sesi 6.6 Awesome Voucher Drop, 6 juta Syiling Shopee untuk dimenangi serta banyak lagi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Shopee 6.6 Jualan Hebat dan bagaimana anda boleh menyokong para penjual serta jenama-jenama ini, layari https://shopee.com.my/m/6-6.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.