
Kredit Gambar: Cyberscoop
Sub Topik
Dunia kini berada di hujung jari yang memudahkan manusia mendapat ilmu pengetahuan atau berhubung di antara satu sama lain dengan pantas.
Walaupun teknologi maklumat ini dapat memudahkan urusan harian kita, ia juga membawa masalah lain kepada pengguna terutamanya yang melibatkan isu keselamatan pengguna.
Antara isu keselamatan yang sering melibatkan syarikat teknologi maklumat ini adalah isu berkenaan dengan data peribadi pengguna mereka.
Selain daripada itu, pengguna juga terdedah kepada penggodam atau pengintipan dari pihak ketiga bagi tujuan yang tertentu yang boleh mengancam keselamatan diri mereka.
Antara syarikat yang terkenal di dunia yang menggunakan teknologi pengintipan terutamanya melibatkan media sosial adalah sebuah syarikat dari Israel.
NSO Group merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Herzliya, Israel. Syarikat ini banyak terlibat di dalam menyediakan teknologi kepada pelanggan untuk membuat kegiatan jenayah terhadap pengguna internet yang menggunakan media sosial.
Disebabkan perkara tersebut boleh menjejaskan pengguna internet, beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat mula bergabung dan mengemukakan saman terhadap NSO Group kerana didakawa menceroboh sistem mereka secara haram.
Antara syarikat yang terlibat di dalam mengemukakan saman kepada NSO Group adalah Facebook, Google, Cisco, Dell dan Microsoft.
Kesemua syarikat ini telah membuka kertas saman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat untuk membawa NSO Group ke muka pengadilan.
Siapa NSO Group?

NSO Group adalah sebuah syarikat teknologi yang diasaskan pada tahun 2010 oleh tiga orang bekas ejen perisik Israel iaitu Niv Carmi, Omri Lavie, Shalev Hulio. Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak berkuasa memerangi pengganas di peringkat antarabangsa.
Selain itu juga, ia bertujuan untuk membantu wartawan di negara yang tidak mengamalkan hak asasi manusia dengan sempurna supaya mereka boleh bersuara di dalam dunia maya tanpa sebarang sekatan.
Polisi syarikat ini juga tidak membenarkan mana-mana syarikat persendirian untuk memiliki perisian ini kerana dikhuatiri akan disalahguna demi kepentingan peribadi.
Apa yang berlaku terhadap syarikat ini adalah sebaliknya. Syarikat ini telah menjual perisian pepijat mereka kepada kerajaan yang kebanyakannya melanggar hak asasi manusia.
Antara perisian yang paling terkenal yang dihasilkan oleh NSO Group adalah Pegasus. Pepijat ini dikatakan mampu untuk mengambil data peribadi seseorang tanpa mereka sedar ketika mangsa menggunakan internet.
Mangsa NSO Group
Menurut lapaoran oleh firma keselamatan yang berpangkalan di Kanada iaitu Citizen Lab, mereka mendakwa syarikat ini telah banyak menggodam telefon pintar milik wartawan yang melaporkan berita di kawasan Timur Tengah. Dan ramai di antaranya adalah wartawan Al Jazeera yang sering melaporkan berita tentang kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.
NSO Group dilaporkan telah menggodam sebanyak 37 biji telefon pintar miliki wartawan agensi berita terbabit. Syarikat ini juga dikatakan bertanggungjawab dalam mendedahkan maklumat peribadi wartawan kontroversi Arab Saudi Jamal Khashoggi, sehingga mengakibatkan pembunuhannya yang dipercayai dilakukan oleh ejen Arab Saudi.

Kebanyakan peranti popular yang sering digodam oleh NSO Group adalah iPhone dan juga Android, di mana kedua-dua telefon pintar ini diguna ramai.
Manakala plikasi media sosial yang terkenal seperti iMessage, WhatsApp, Gmail, Viber, Facebook, Skype turut menjadi pilihan syarikat ini.
Kesan Kepada Syarikat Media Sosial

Akibat daripada pencerobohan yang dilakukan oleh NSI Group ini, ia telah menyebabkan syarikat media sosial Amerika Syarikat mendapat imej yang buruk di kalangan pengguna mereka.
Oleh yang demikian, mereka sebulat suara mengemukakan saman terhadap syarikat Israel ini bagi menghalang perkara yang sama berlaku di masa hadapan.
Sumber Rujukan: Fortune
Dengan tindakan ini, pastinya ramai orang akan lebih yakin untuk menggunakan telefon pintar selepas ini. Tapi tahukah anda bahawa Facebook, Google, Cisco, Dell dan Microsoft disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat?
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya.
Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.
Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.
Cuma kena lah ingat High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.
Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.
Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor
Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom
Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.
Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.