Luno Bekerjasama dengan Malaysian Football League sebagai Rakan Pelaburan Kripto Rasmi

Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Malaysian Football League (MFL), sebagai Rakan Pelaburan Kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super Malaysia, liga bola sepak terulung negara, dan Piala Malaysia, kejohanan bola sepak tahunan paling berprestij. Perjanjian kerjasama selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium.

Kerjasama ini diumumkan di sebuah majlis yang dirasmikan oleh Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, dan Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League.

Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Kerjasama antara Luno dan MFL  merupakan satu detik besar bagi kami. Ini adalah kerjasama pertama kami dengan organisasi yang mengendalikan kejohanan bola sepak paling berprestij di Malaysia. Liga Malaysia mempunyai lebih 13 juta peminat, maka kerjasama ini memberikan peluang besar kepada kami untuk melibatkan diri dengan khalayak yang baru dan mengangkat profil jenama kami di kalangan rakyat Malaysia yang mungkin berminat untuk menerokai dunia kriptowang. Misi kami adalah untuk meletakkan kuasa kripto ke dalam tangan semua orang dengan cara mudah diakses dan selamat, dan kerjasama ini adalah salah satu daripada langkah ke arah mencapai matlamat ini di Malaysia. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak iaitu dalam memupuk sokongan terhadap bola sepak tempatan dan pada masa sama mewujudkan peluang untuk menerokai dan melabur dalam kriptowang.”

Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League berkongsi, “Hari ini ialah hari yang bersejarah untuk bola sepak Malaysia di mana kita mengalu-alukan kerjasama rakan era baru yang membawakan imej menarik kepada Liga Malaysia dan capaian yang ditawarkan oleh Liga Malaysia kepada jenama-jenama komersial. Saya ingin mengalu-alukan rakan MFL yang terbaru iaitu Luno, bursa aset digital yang dikawal selia pertama dan terkemuka di Malaysia yang menawarkan sebuah platform selamat untuk rakyat Malaysia mula melabur dalam kriptowang. Memandangkan dunia telah pun menerima kriptowang, kerjasama ini telah membuka masa depan yang serba baru untuk keluarga rakan MFL dengan kerjasama yang amat luar biasa ini. Terima kasih Luno atas keyakinannya terhadap bola sepak Malaysia dan mempercayai kami untuk membantu mengangkat jenamanya dan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Luno.”

Kerjasama dengan MFL ini menandakan kemasukan pertama Luno ke dalam industri sukan tempatan. Luno komited untuk menyokong arena bola sepak tempatan menerusi aktiviti interaktif di antara kelab, pemain dan komuniti bola sepak. Pada masa sama, Luno turut menyokong usaha untuk mempromosikan bola sepak Malaysia dengan harapan untuk menaikkan lagi prestij bola sepak kebangsaan.

Luno merancang untuk menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama dengan rakan tempatan selaras dengan sasaran syarikat itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia.

Tambahan pula, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk meningkatkan kesedaran mengenai kriptowang di kalangan rakyat Malaysia, mendemokrasikan akses kepada pasaran kriptowang dan menambah baik inisiatif celik kewangannya kepada khalayak yang lebih meluas. Sebagai salah satu daripada perjanjian dalam kerjasama ini, Luno akan menganjurkan sesi eksklusif yang menampilkan pakar industri di mana para peminat boleh mempelajari lebih banyak lagi mengenai celik kewangan bersama pemain bola sepak kesukaan mereka.

Luno juga akan menyediakan sesi pendidikan mengenai aset digital kepada pemain bola sepak Malaysia dan pihak MFL. Matlamat Luno adalah untuk mempromosikan sebuah persekitaran kondusif di mana rakyat Malaysia boleh melabur dalam aset digital dengan cekap dan bertanggungjawab.

Mengenai Luno

Luno adalah sebuah syarikat kriptowang global terkemuka dengan misi untuk meletakkan kuasa kripto ke dalam tangan semua orang. Dilancarkan pada 2013, Luno berpangkalan di London dan telah membina sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 700 kakitangan yang beroperasi di segenap rantau di seluruh dunia. Ini termasuklah hab-hab serantau di Singapura, Cape Town, Sydney dan banyak lagi. Luno bekerjasama dengan pengawal selia di semua pasaran di mana ia beroperasi dan menyokong peraturan progresif industri mata wang kripto. Luno ialah sebuah anak syarikat operasi bebas Digital Currency Group.

Dengan lebih sembilan juta pelanggan di lebih 40 negara, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Luno menjadikan selamat dan mudah untuk membeli, menyimpan dan mempelajari tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno adalah bursa aset digital yang dikawal selia pertama dan terkemuka di bawah Suruhanjaya Sekuriti, yang menawarkan sebuah platform yang selamat dan dilindungi untuk rakyat Malaysia mula melabur dalam mata wang kripto.

Laman sesawang: www.luno.com
Media sosial: Facebook
Aplikasi mudah alih: Android dan iOS

Mengenai Malaysian Football League

Malaysian Football League (MFL) ditubuhkan dengan matlamat untuk menswastakan liga bola sepak profesional di Malaysia. MFL sebelum ini dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP). MFL mengendalikan enam pertandingan iaitu Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Cabaran dan Piala Sumbangsih.

Dengan visi untuk menjadikan sukan bola sepak kembali menjadi kebanggaan negara, usaha MFL untuk melakukan transformasi dalam bola sepak Malaysia berteraskan kepada empat elemen utama; perlawanan kompetitif di dalam semua pertandingan, perkembangan komersial yang positif, kerjasama erat dengan pihak berkepentingan dan meningkatkan tahap profesionalisme serta integriti di dalam pasukan dan pengurusan liga.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.