Malaysia Alu-alukan Pembukaan Gedung Pengalaman Premium DJI Baharu

DJI, pemimpin global dalam pembangunan dan pembuatan dron awam dan teknologi kamera kreatif untuk kegunaan peribadi, menyambut ketibaan tahun baharu dengan pelancaran Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI terbaharunya di Pusat Beli-Belah One Utama, Petaling Jaya. Berikutan pelancaran Gedung Pengalaman Premium DJI yang pertama baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur, pusat sehenti ini menawarkan kepada pelanggan pengalaman menikmati kemudahan dan perkhidmatan DJI secara menyeluruh di bawah satu bumbung.

Terletak di pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang, Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI kini sedia menerima kunjungan pelawat dan peminat di Lot LG 343A. Kemudahan seluas 543 kaki persegi ini ialah pusat servis DJI pertama yang turut menyediakan perkhidmatan lepas jualan bagi pelanggan yang boleh membawa peranti DJI mereka untuk mendapatkan khidmat penyenggaraan, pembaikan atau penggantian alat.

Para pengunjung Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI akan dapat menikmati pengalaman langsung menggunakan produk di ruangan khas untuk mencuba produk. Dengan rangkaian dron kamera yang luas termasuk DJI Mavic series, Air series, Mini series dan DJI FPV, pelanggan boleh mencuba peralatan pemenang anugerah yang disediakan dengan tunjuk ajar pakar-pakar DJI di lokasi yang sedia melakukan demonstrasi asas serta memberi panduan dan maklumat produk.

Memandangkan semakin ramai orang yang menunjukkan bakat dan minat fotografi dalam kehidupan harian dan pertumbuhan kukuh permintaan tempatan bagi dron, kamera aksi dan penstabil telefon pintar, gedung premium baharu ini bersedia untuk berkongsi ilmu penting dengan pelanggan dalam bidang fotografi dan operasi dron dan bertekad membekalkan peralatan paling sesuai untuk memenuhi setiap keperluan mereka.

“Pembukaan Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI membuktikan usaha berterusan kami untuk mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia. Walaupun matlamat kami ialah menjadikan produk pemenang anugerah DJI jauh lebih mudah didapati, kami mahu memberikan ketenangan fikiran kepada peminat dan pelanggan yang tegar dengan menyediakan perkhidmatan lepas jualan menyeluruh kepada mereka,” kata Johnny Liao, Pengurus Besar, Azure Telecommunication Sdn Bhd.

“Menyedari tahap permintaan bagi inovasi kami, DJI komited untuk melengkapkan pengguna dengan ilmu penting bagi memastikan fungsi teras dron kami dimaksimumkan; sama ada untuk hobi atau tujuan misi penyelamat. Kami akan terus mempelopori inovasi bagi membekalkan produk bermutu tinggi dan menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk menjamin kepuasan pelanggan sambil mengukuhkan kedudukan kami sebagai jenama dron awam dan fotografi udara paling laris di negara ini,” tambah Johnny Liao.

Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran pada hari Sabtu, 15 Januari, jam 12:30PM, DJI akan menawarkan promosi berikut kepada pelanggan:

– DJI Tello: RM399 (Harga asal RM499)
– DJI OM4: RM379 (Harga asal RM459)
– DJI Mini SE: RM1,199 (Harga asal RM1,349)
– DJI FPV Combo: RM4,299 (Harga asal RM5,299)
– DJI Mavic 3 + Beg Galas: RM9,999

Di samping itu, pelanggan sedia ada boleh memanfaatkan Kempen Servis DJI. Mulai 10 Januari hingga 28 Februari, Kempen Servis menawarkan perkhidmatan pemeriksaan produk dan kemas kini perisian peralatan percuma, diskaun 10% bagi penggantian bateri dan potongan 50% bagi kipas gantian bagi model-model terpilih.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan lepas jualan Gedung Pengalaman Premium DJI di One Utama atau untuk melihat sendiri produk DJI, pelanggan boleh mengunjungi Gedung Pengalaman Premium dan Pusat Servis DJI, yang terletak di Lot LG 343A, Pusat Beli-Belah One Utama.

Previous ArticleNext Article

Indeks Faktor Kualiti Pertama Bursa Malaysia Menampilkan Syarikat Dengan Ciri Kewangan Yang Kukuh

Kuala Lumpur — Bursa Malaysia (“Bursa”) hari ini melancarkan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 (BMQ) dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama Bursa yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan.

Berbeza dengan indeks penanda aras utama yang kebanyakannya menjejaki syarikat berdasarkan permodalan pasaran, indeks BMQ dan BMQ-S menampilkan syarikat tersenarai yang menunjukkan ciri kewangan yang lebih kukuh dari segi keuntungan, struktur modal dan kualiti pendapatan. Faktor-faktor ini diukur melalui Pulangan ke atas Ekuiti (Return on Equity), Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt-to-Equity), serta Aliran Tunai Operasi berbanding Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti.

Setiap indeks merangkumi 50 syarikat daripada Pasaran UTAMA dan Pasaran ACE yang tidak termasuk dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), iaitu penanda aras utama pasaran yang menumpukan sebahagian besar permodalan pasaran dan perhatian pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata “Pelancaran Indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan inovasi indeks kami. Kami melihat kemunculan syarikat yang berdaya tahan dari segi kewangan merentasi pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi yang membentuk hampir 18% daripada kedua-dua BMQ dan BMQ-S. Indeks ini menyediakan titik rujukan yang mencerminkan landskap pertumbuhan yang lebih luas, sekali gus memastikan syarikat Malaysia dengan asas kukuh lebih jelas kelihatan dan mudah diakses oleh pelabur, di samping menyokong penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran ekuiti Malaysia.”

Kedua-dua indeks BMQ dan BMQ-S menggunakan rangka kerja pembinaan indeks yang sama, dengan BMQ-S hanya merangkumi sekuriti yang diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bagi memastikan indeks ini mencerminkan syarikat yang sesuai sebagai penanda aras dan rujukan pelaburan, syarikat terpilih perlu memenuhi keperluan minimum dari segi saiz dan aktiviti dagangan.

Indeks-indeks ini akan disemak dua kali setahun bagi memastikan ia terus mencerminkan keadaan pasaran semasa dan prestasi syarikat. Nilai indeks serta maklumat komponen akan tersedia di laman sesawang Bursa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai indeks BMQ dan BMQ-S serta metodologinya, sila layari:
https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/bursamalaysia-quality-50-index