MyClaaz: Memperkasakan Pendapatan RM300,000 Dalam Masa Tiga Bulan

Pertama seumpamanya di Asia, platform digital pendidikan ini tidak hanya memberi kemudahan kepada golongan tenaga pengajar dan pelajar malah membolehkan janaan pendapatan lumayan penggunanya.

Sehingga kini, MyClaaz.com, platform di web dan aplikasi Android dan Apple mempunyai lebih daripada 15,000 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar.

Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.

Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan.

“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.

MyClaaz®️ adalah platform padanan antara pelajar-tenaga pengajar secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak lokasi serta turut menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian untuk sebarang produk pendidikan.

Menurutnya, pembangunan teknologi pendidikan ini bertujuan mempelbagaikan cara golongan pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif.

Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus seharusnya mengambil kesempatan dengan mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang pembayaran, seterusnya memanfaatkan semua kemudahan Myclaaz.com.

“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,”jelasnya.

Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.

Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.

Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.

Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar.

Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (www.mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik.

Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.

Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.

Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.  Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com,  www.mycourse.my hubungi 01158530774 atau [email protected]

Webinar Jom Saham 17 Julai 2021

Percuma untuk mereka yang daftar terawal

Sertai program hebat menggabungkan 4 orang tokoh dalam bidang saham dan kepatuhan Shariah dalam pelaburan dan pasaran Modal Islam.

Bersama Panel

1. Dr Zaharuddin Abd Rahman
Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Shariah Scholar,
Bursa Marketplace Pengasas, ShariahScreener.com & myclaaz.com

2. Coach Eza Ezamie
COO Majalah Labur

3. Chef Saham
Remisier Bertauliah, Technical Analyst (MSTA, CFTe)

4. Coach Izrul Zainal Abidin
Bursa Top Remiser Award 2018 Host Nadi Ekuiti Technical Analyst (MSTA, CFTe)

Tarikh : 17 Julai 2021 (Sabtu)
Waktu : 9 pagi -12 Tengahari

Daftar Percuma Segera Untuk Yang Terawal Di -> MyClaaz

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.