MYDIN Pergiat Bantu Komuniti Daftar Vaksin Covid-19

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen MyVaksin bagi memberi kesedaran pentingnya mengambil vaksin Covid-19 dan bantu orang ramai yang tercicir untuk segera mendaftar vaksin tersebut. Kempen yang mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini merupakan inisiatif sosial bagi membantu mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) agar negara segera mencapai tahap imuniti kelompok.

Program pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera ini akan bermula pada 21 Jun sehingga 20 Julai 2021 pada setiap hari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di kaunter khidmat pelanggan cawangan terlibat. Kempen yang berlangsung selama sebulan ini akan melibatkan 47 cawangan MYDIN yang telah dikenal pasti bersesuaian.

Bagi menggalakkan pendaftaran vaksin ini, MYDIN turut menawarkan kad keahlian Meriah yang bernilai RM12 secara percuma. Pelanggan boleh menikmati tawaran harga istimewa ahli dan mengumpul mata ganjaran. Selain itu, ahli Meriah juga berpeluang mendapat ganjaran menarik serta kelebihan tawaran rakan niaga.

Selain itu, kempen ini turut mendapat kerjasama syarikat e-dompet tempatan Boost. Bagi 20 ribu pendaftar vaksin terawal, pengguna Boost dapat menikmati pulangan tunai bernilai RM5 di sub e-dompet MYDIN hanya dengan perbelanjaan minimum RM50 melalui e-dompet Boost. Pulangan tunai akan diberikan melalui kod penebusan, yang akan diberikan di cawangan MYDIN yang terlibat.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat kita bagi membantu kerajaan dan negara untuk segera mencapai imuniti kelompok. Tiada apa yang perlu dirisaukan untuk semua rakyat mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19. Saya sendiri telah menerima dos vaksin yang pertama dan saya berasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai masyarakat yang prihatin. Semua kakitangan MYDIN sendiri dipastikan agar segera mendaftar kerana kami merupakan barisan hadapan ekonomi yang berdepan pelbagai risiko setiap hari” ujar Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan MYDIN.

Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pengarah Eksekutif Boost pula berkata,” Kami amat berbesar hati dapat turut menjalin kerjasama strategik dalam menjayakan kempen yang cukup murni bagi memastikan negara kita dapat mancapai tahap imuniti kelompok dan seterusnya melandaikan lengkung rantaian pandemik Covid-19 ini. Dengan demografik MYDIN yang dikunjungi berjuta pelanggan menjadikan meraka merupakan lokasi yang cukup sesuai sebagai platform memberi kesedaran dan memberi pengetahuan tentang pentingnya mendapat perlindungan vaksinasi yang diluluskan pakar kesihatan kerajaan. Kami turut menyarankan agar orang ramai segera mendaftar dan mengambil vaksinasi agar wabak Covid-19 dapat diputuskan segera. Lindungi diri, lindungi semua.”

MYDIN menerima kunjungan lebih daripada 60 juta pengunjung setahun yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya B-40. Selain menjadi sebagai medium komunikasi, kami percaya pelanggan kami adalah golongan sasaran yang perlu diberi perhatian bagi menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat dan seterusnya mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19. Kami berharap usaha kecil ini mampu memberi impak dan sumbangan besar kepada usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Pendaftaran boleh dibuat disemua kaunter khidmat pelanggan cawangan yang terlibat. Program pendaftaran ini mengikut pematuhan Operasi Prosedur Standard (SOP) ketat.

Pelanggan dan orang ramai boleh merujuk laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program MyVaksin.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.