Pendaftaran Untuk Kejohanan Esukan Laluan Sutera Dibuka, Honor Of Kings Sebagai Tema Persaingan Utama

SHANGHAI, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ — FEG mengumumkan pelancaran rasmi Kejohanan Esukan Laluan Sutera (Silk Road Esports Tournament), sebuah acara antarabangsa bertema Honor of Kings, yang disokong oleh Persatuan Industri Budaya & Hiburan China dan bersama-sama dianjurkan oleh Tencent dan FEG. 
SRET KV

Kejohanan Esukan Laluan Sutera, diadakan mulai 1 hingga 16 Jun, menumpu secara rasminya pada Honor of Kings dan menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak 50,000 CNY. Acara ini meliputi 14 negeri dan pemain-pemain dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Laos, Kemboja, Filipina, Brunei, Bangladesh, Sri Lanka, India, Pakistan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu digalakkan untuk mendaftar. Kejohanan Esukan Laluan Sutera dibahagikan kepada segmen-segmen seperti pusingan kelayakan, peringkat penyingkiran dan peringkat akhir. Pusingan kelayakan dengan 16 pasukan akan dihoskan secara dalam talian.

Selanjutnya, 8 pasukan akan mara ke peringkat penyingkiran dan 2 pasukan akan mara ke peringkat akhir, yang akan dihoskan di Kuala Lumpur, Malaysia. Juara bagi Kejohanan Esukan Laluan Sutera akan bersaing dengan pasukan KRKPL (Korea King Pro League) untuk pusingan kelayakan Honor of Kings World Champion Cup. Selain itu, pasukan tersebut akan berpeluang memenangi jumlah hadiah sebanyak 16 juta CNY. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: match.fegsports.com.

Honor of Kings ialah permainan mudah alih yang paling popular di Chinadan liga esukan rasmi-KPL (King Pro League) turut merangsang pasaran esukan. Pada tahun 2018, KPL meluaskan liga luar negaranya-KRKPL (Korea King Pro League). KRKPL sulung melibatkan penyertaan daripada 8 pasukan profesional Korea. Tahun ini, Musim Bunga KRKPL 2019 telah dinaik taraf kepada liga yang lebih bersifat antarabangsa dengan menarik 10 pasukan dari Korea, Hong Kong, Macau, Eropah dan juga AS.

Kejohanan Esukan Laluan Sutera akan bermula pada 1 Jun. Pendaftaran kini dibuka melalui pautan berikut: match.fegsports.com.

Latar Belakang FEG (Fighting Esports Group):

Pada bulan Julai 2018, Fighting eSports Group (FEG) ditubuhkan oleh golongan profesional Cina dan Korea yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam eSukan. FEG ialah sebuah perbadanan yang menyediakan perkhidmatan dalam hos acara eSukan dan latihan pemain profesional. FEG dikhususkan untuk mempromosikan globalisasi eSukan mudah alih dan membangunkan liga eSukan yang menarik.

Pautan: www.fegsports.com

Sumber: FEG

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.