Shopee 11.11 Big Sale; Pesta Beli-Belah Hujung Tahun Terhebat

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2018 – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan Shopee 11.11 Big Sale, pesta beli-belah dalam talian nombor satu di rantau ini. Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang lebih besar dan menarik secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat.

Sebagai acara yang menampilkan lebih 100 jenama dan 15,000 penjual, Shopee 11.11 Big Sale kini kembali dengan tawaran lebih hebat dan menarik. Shopee juga telah berganding bahu dengan lebih 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk, lantas membolehkan pengguna menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran mereka pada Singles’ Day (Hari Bujang) dan musim beli-belah akhir tahun. Untuk memeterai kerjasama ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan enam wakil jenama di majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.

“Pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka. Shopee sedia menerajui usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, yang bakal menjadi acara 11.11 terbesar yang pernah kami anjurkan. Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale. Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini,”  kata Ho.

Satu sebab penting kejayaan Shopee di rantau ini ialah pendekatan khusus yang diambilnya untuk memenuhi keperluan dan pilihan pembeli dan penjual. Shopee 11.11 Big Sale meneruskan janji ini sambil Shopee mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal Malaysia dan membawakan produk kegemaran terus kepada mereka. Di pelancaran umum Shopee 11.11 Big Sale, Shopee bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night (Malam Pertunjukan Fesyen) untuk hadirinnya. Pertunjukan fesyen menarik ini membabitkan jenama yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat pertama kali, termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman. Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran eksklusif selanjutnya daripada Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan jenama daripada bintang-bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish and Izara Aishah.

Memandangkan aktiviti beli-belah dalam talian semakin menjadi lumrah hidup rakyat Malaysia, jenama gaya hidup kini menjalin kerjasama eksklusif sempena Shopee 11.11 Big Sale. Shopee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.

Untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee 11.11 Big Sale bakal menganjurkan semula hari bertema yang popular. Mulai 25 Oktober, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kempen harian selama tiga minggu menjanjikan ciri-ciri yang ditambah baik dan pelbagai tawaran meliputi semua kategori produk. Malah apa yang lebih menarik ialah jenama seperti Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Para pembeli juga boleh membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

“Dengan pelbagai promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale,” rumus Ho. 

Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.