Shopee: Belanjawan 2021 Memacu Inklusiviti Digital Demi Memastikan Kemampanan Masa Depan Ekonomi Malaysia

Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan usaha yang bersifat inklusif terhadap aspek digital oleh Kerajaan ketika pihak Kerajaan mengimbangkan antara menangani isu-isu kehidupan serta pendapatan rakyat dan merancakkan semula ekonomi domestik.

Kami digalakkan oleh penyambungan inisiatif seperti Shop Malaysia Online dan Kempen E-dagang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) yang bertujuan untuk memacu penggunaan dalam negara, menstabilkan aliran tunai, meningkatkan hasil serta mendorong pertumbuhan ekonomi melalui platform-platform e-dagang.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited dalam memperkasakan perniagaan tempatan, Shopee akan melengkapkan lagi inisiatif-inisiatif ini dan menggandakan usaha kami bagi membantu perniagaan menyertai ekosistem digital melalui bengkel penjual percuma kami iaitu Shopee University dan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live, dompet mudah alih ShopeePay dan banyak lagi.

Kami memandang serius terhadap mandat bagi pemain e-dagang seperti kami dan akan memperdalam komitmen dan sumbangan kami untuk memastikan kemakmuran Rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi melalui teknologi kami.

Lazimnya, kami berhasrat untuk mengikuti kejayaan yang dicapai melalui inisiatif e-dagang PENJANA. Shop Malaysia Online yang beroperasi di Shopee dari bulan Ogos hingga September menyaksikan sekitar 83,000 penjual dan jenama tempatan yang turut serta mencatatkan penjualan lebih dari setengah bilion Ringgit di platform kami. Subsidi dalam bentuk diskaun, pulangan tunai dan baucar penghantaran percuma telah memanfaatkan hampir 3 juta rakyat Malaysia, seterusnya membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Shopee secara efektif juga telah mendigitalisasikan lebih daripada 40,000 MSME Malaysia melalui Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA di mana Shopee dan pihak kerajaan telah memberikan manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500 kepada para penjual e-dagang baharu.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Projek Rimbun Kiara Oleh IJM Land Disambut Baik Oleh Pembeli Rumah Yang Inginkan Keselesaan Dan Mampu Milik

Tahun 2021 membuktikan banyak peningkatan untuk pemaju hartanah terkemuka IJM Land Berhad dimana projek pembangunan perumahan terbaharu mereka, Rimbun Kiara telah meraih minat ramai pembeli rumah. 100% daripada sasaran penjualan Fasa 1 yang dilancarkan pada 17 April 2021 telah pun tercapai. Kejayaan ini didorong oleh peningkatan permintaan daripada para pembeli rumah dan pelabur yang inginkan rumah moden, praktikal dan mampu milik.

Terletak secara strategik bersebelahan dengan Seremban 2 (sebuah perbandaran serba lengkap yang menawarkan kemudahan moden dan kemudahan bandar sambil mengekalkan ketenangan suasana sekeliling) dengan Nilai Pembangunan Kasar atau Gross Development Value (GDV) RM145.9 juta, Rimbun Kiara terletak di atas tanah seluas 21.46 ekar yang menawarkan 255 unit rumah berangkai 2 tingkat. Fasa 1 menawarkan tiga ukuran tanah, 20 ’x 75’, 20 ’x 70’ dan 20’x 65’ dengan harga bermula daripada RM498,000. Fasa 2 pula menawarkan ukuran tanah 20 ’x 70’ dan kini dibuka untuk pendaftaran.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkongsi bahawa Fasa 1 terdiri daripada 110 unit dimana ia telah ditempah sepenuhnya pada hari pertama pelancaran. Sementara itu, IJM Land kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan Fasa 2, yang merangkumi 145 unit, tidak lama lagi.

“Sekatan PKP/PKPB waktu pandemik ini telah banyak mengubah gaya hidup rakyat Malaysia. Kediaman masing-masing merupakan tempat yang paling selamat dan ia juga telah dijadikan portal utama untuk kita bekerja dan untuk anak-anak kita bersekolah dengan menghadiri kelas dalam talian. Oleh sebab itu, kami di IJM Land memahami kepentingan ruang bagi generasi pembeli rumah zaman sekarang dimana mereka memerlukan ruang bekerja dan ruang privasi. Kami percaya bahawa Fasa 2 juga akan cepat dijual kerana jelas kelihatan minat bakal pelanggan untuk membuat pembelian,” kata Dato’ Hoo.

“Dengan permintaan tinggi oleh pembeli rumah yang memerlukan fleksibiliti ruang untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa di tempat tinggal mereka, kami yakin bahawa Rimbun Kiara memiliki kelebihan untuk memenuhi keperluan ini. Segala yang diperlukan pemilik rumah boleh didapati di Rimbun Kiara.”

Pembangunan pegangan bebas yang berkepadatan rendah ini dikelilingi ruangan hijau yang tenang untuk menghasilkan persekitaran yang aman bagi penduduknya. Rimbun Kiara adalah kediaman yang menjadi impian buat keluarga yang inginkan gaya hidup yang selesa dan seimbang dengan suasana bekerja. IJM Land sentiasa memberi keutamaan untuk  gaya hidup yang sihat dan seimbang di kalangan masyarakat. Selain itu, Rimbun Kiara juga menawarkan ruang luar untuk beriadah, gim, dan taman permainan kanak-kanak.

Dengan semua kemudahan yang terbaik, penduduk dalam komuniti ini juga boleh mendapatkan keperluan asas di kedai-kedai serbaneka berdekatan, kemudahan perubatan seperti hospital dan klinik, institusi pendidikan, dan juga institusi kewangan untuk kesenangan orang ramai. Kawasan perumahan ini menawarkan satu pintu masuk sahaja untuk pemantauan sekuriti yang mudah dalam persekitaran yang selamat.

Di samping itu, Rimbun Kiara dikelilingi oleh kemudahan beriadah dan bersukan seperti S2 Club, City Park seluas 15 ekar, Hill Park di S2 Heights seluas 30 ekar, dan Kepayang Hill yang terkenal di kalangan pendaki bukit.

Bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, lokasi Rimbun Kiara ada kelebihannya. Terletak kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur, dengan kemudahan akses keluar masuk ke Lebuhraya  yang baik, penduduk boleh memanfaatkan Lebuhraya Utara-Selatan sebagai pintu utama untuk berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Seremban. Dengan jalan bebas tol yang berhubung terus ke KLIA dan KLIA2, perjalanan ke lapangan terbang dari Rimbun Kiara hanya memerlukan masa lebih kurang 45 minit.

“Di IJM Land, kami bertekad untuk menyediakan persekitaran hidup yang terbaik berdasarkan keadaan dan permintaan orang ramai. Seremban mungkin tidak terkenal dengan tempat-tempat pelancongannya, namun setelah diberikan status kota, perbandaran ini telah menyaksikan peningkatan jumlah penduduk kerana lebih ramai pembeli rumah memilih untuk berpindah ke kawasan perbandaran serba lengkap ini yang membolehkan mereka memperoleh harta tanah yang mampu dimiliki.

“Kami yakin bahawa Seremban memiliki potensi besar yang harus kami manfaatkan dengan terus memperkuatkan dan melakukan inovasi dalam pembangunan untuk membuka peluang yang luas bukan hanya untuk para pelabur dan pembeli rumah untuk memulakan kehidupan yang baru dan selesa, malah untuk mengekalkan dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia,” kata Dato’ Hoo.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rimbun Kiara, sila layari https://seremban2.ijmland.com/rimbun-kiara/.

Iklan

Majalah Labur