Shopee Menyimpulkan 11.11 Big Sale Menakjubkan, dengan 70 Juta Barangan Terjual

KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2019 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyimpulkan kempen Shopee Big Sale 11.11 terbesarnya. Shopee terus memacu fenomena 11.11 di rantau ini sambil mencapai rekod baru pada 11 November. Antara pencapaian penting termasuk:

  • 70 juta barangan dijual pada 11 November
  • 3 kali lebih banyak pesanan dicatat  pada jam pertama berbanding 2018

Shopee juga memenuhi janjinya untuk menawarkan pengalaman beli-belah menarik di 11.11 Big Sale. Pengguna kembali setiap hari untuk menyertai pelbagai permainan dalam aplikasi dan memenangi hadiah, termasuk permainan realiti terimbuh (AR) pertamanya, Shopee Catch. Permainan-permainan dalam aplikasi telah dimainkan lebih 150 juta kali dalam tempoh tiga minggu. Di samping itu, Shopee membawakan hiburan tanpa henti kepada pengguna dengan 65 juta tontonan di Shopee Live.

Shopee 11.11 Big Sale di Malaysia telah membawakan promosi dan hiburan tanpa henti selama tiga minggu, disokong oleh penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Jenama dan penjual di platform ini menyaksikan peningkatan dalam jualan mereka pada 11 November. Jenama berprestasi tinggi merekodkan purata peningkatan 5,659 kali dalam lawatan dan pertumbuhan 740 kali dalam pesanan, manakala aktiviti beli-belah memuncak waktu makan tengahari pada 12.10PM kerana kempen jualan tersebut jatuh pada hari bekerja. Jenama berprestasi tinggi termasuk Tefal, Skechers, dan Acer masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 kali, 2,870 kali, dan 1,743 kali dalam jumlah pesanan.

Jenama baru di Shopee, KFC merekodkan jualan baik dengan jumlah pesanan tertinggi dari kategori F&B. Jumlah set makanan KFC yang dibeli di Shopee mencukupi bagi seluruh warga Putrajaya. Jenama restoran makanan segera yang diminati di Malaysia juga dicari hampir setengah juta kali di Shopee pada 11 November.

Awal tahun ini, Shopee menyaksikan trend di mana pengguna kini lebih yakin untuk membeli barangan bernilai tinggi di platform. Keyakinan pengguna semakin meningkat pada 11.11 ini  kerana bukan sahaja mereka membeli telefon pintar kelas rendah dan pertengahan, tetapi juga membeli telefon pintar kelas perdana terbaru seperti iPhone 11 Pro Max, Huawei P30, Asus ROG Phone II, Samsung Galaxy S10 +, OPPO Reno 2, dan Honor 20 Pro yang biasanya berharga RM3,000.

Shopee terus melihat lebih ramai pengguna lelaki dan pengguna berumur membeli-belah pada 11 November. Pengguna lelaki lazimnya membeli alatan mudah alih dan peranti, dengan kata kunci seperti power bank, pembesar suara, fon telinga dan iPhone yang dicari lebih 2.9 juta kali. Di samping itu, pengguna berumur lebih dari 50 mengambil kesempatan untuk membeli barangan kesihatan seperti susu tepung Nestle Omega Plus dan monitor tekanan darah di samping mendapatkan barangan keperluan rumah seperti serbuk pencuci baju, cecair pencuci pinggan mangkuk dan pengelap lantai.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata,“Kami telah membina momentum kukuh pada musim jualan akhir tahun dengan setiap kempen mengatasi kempen sebelumnya. Walaupun 11.11 ialah pesta beli-belah global, Shopee telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana kami membuat penyesuaian mengikut kehendak dan cita rasa tempatan. Usaha kami disokong oleh penjual, jenama dan rakan-rakan yang menyertai kami sambil kami menawarkan pengalaman yang menarik dan sosial bagi pengguna. Ini bukan setakat kejayaan Shopee tetapi kejayaan yang disempurnakan oleh seluruh industri peruncitan Malaysia.”

Shopee berbakti kepada masyarakat menerusi 11.11 Big Sale di Malaysia

Pada tahun ini, platform e-dagang tersebut melancarkan kempen amal pertamanya, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Inisiatif ini bertujuan untuk meraih dana bagi rawatan pesakit kanser kurang bernasib baik. Dalam usaha sulungnya untuk mengendalikan inisiatif kebajikan pada skala ini, Shopee sukacita untuk mengumumkan kejayaannya menghimpunkan rakyat Malaysia dan rakan kerjasama seperti Sunway Medical Centre dalam usaha ini dan bersama-sama mengumpulkan RM114,170 dalam masa hanya tiga minggu.

Untuk terus meningkatkan kesedaran, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge memuncak dengan siaran langsung disiarkan di Shopee Live dan Astro Prima. Semasa persembahan tersebut, personaliti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Sarah Hildebrand, Adira Suhaimi, Fahrin Ahmad dan  Sophia Liana serta atlet gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan menunjukkan sokongan mereka dengan mengambil bahagian dalam enam cabaran yang diundi oleh rakyat Malaysia, untuk mengumpul dana. Mereka juga menyanyi, membuat persembahan dan mengambil bahagian dalam cabaran penyegerakan bibir.

Shopee mencatatkan setengah juta tontonan dalam masa dua jam apabila rakyat Malaysia menonton untuk menyokong bintang kegemaran mereka. Sumbangan terus diterima hingga tengah malam. Untuk memeriahkan lagi persembahan tersebut, ikon rock Amy Search membuat penampilan mengejutkan dan mempersembahkan salah satu lagu terkenalnya, Kerja Gila. Ia benar-benar istimewa kerana penonton dapat menyanyi dengannya, dan juga mengambil gambar dengan selebriti lain di pentas selepas persembahan. Untuk menonton pertunjukan itu sekali lagi, pergi ke http://shopee.com.my/ShopeeMAKNAShow

Ho menambah, “Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan menyokong kami dalam usaha ini. Kami rasa bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan warga Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau agama. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada semua pengguna dan rakan kami. Sambil kami menantikan penghujung tahun, kami menjemput rakyat Malaysia nantikan dan bersama-sama meraikan ulang tahun kami yang akan datang – 12.12 Birthday Sale.”

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.