Sinopec Capital Ramal Berakhir “Era Pembakaran” dan Masa Depan Lebih Hijau Didominasi Kenderaan Elektrik

BEIJING, 21 Januari 2019 /PRNewswire/ – China Petrochemical Corp (Sinopec Group) hari ini mengumumkan bahawa Huang Wenshang, Pengerusi bahagian Pelaburan Sinopec, menyampaikan ucaptama pada 13 Januari di Forum China EV100 2019.

Sokong teknologi baru muncul untuk ‘melangkaui era pembakaran’

Semasa ucaptama, bertajuk “Masa Depan Di Sini,” Huang menangani beberapa isu mendesak yang dihadapi industri tenaga dan menggesa “revolusi dalam penghasilan dan penggunaan tenaga” untuk menghentikan kesan pemanasan global dan ancamannya terhadap kehidupan. Huang mendesak umat manusia untuk “melangkah melepasi ‘era pembakaran’, tidak menggunakan bahan bakar fosil, menerima pakai elektrifikasi dan berusaha ke arah masa depan yang lebih hijau di mana kenderaan elektrik menguasai jalan raya di bandar-bandar.”

Untuk menangani perubahan iklim, Perjanjian Paris menyasarkan untuk mempertingkatkan suhu purata global di bawah 2 darjah celcius di atas paras pra-industri dan untuk menghadkan peningkatan kepada 1.5 darjah celcius. Untuk mencapai sasaran sedemikian, Huang berhujah, manusia perlu beralih kepada bentuk baharu penggunaan tenaga yang bersih, hijau, selamat, cekap dan mampan.

Berakhirnya enjin pembakaran dan masa depan tenaga baharu semakin hampir

“Usul saya, ‘Crossing the Burning Era’, didasarkan pada kesan yang mendalam setiap revolusi dalam pengeluaran dan penggunaan tenaga pada aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Elektrifikasi, hasil kemajuan dalam penyimpanan tenaga yang telah meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik , mempunyai potensi untuk menjadi revolusi tenaga yang seterusnya. Oleh itu, kami meramalkan bahawa penerimaan dan penggunaan elektrifikasi akan meningkat,”kata Huang.

Menekankan sifat-sifat teknologi baharu yang disruptif, Huang meramalkan bahawa kenderaan elektrik – kini merangkumi kurang daripada 1 peratus kenderaan yang sedia ada – akan menggantikan kereta yang dikuasakan gas antara 2035 dan 2045. Ramalan ini berdasarkan analisa dalaman Sinopec Capital, kata Huang, memetik bahawa enjin bahan bakar hanya mengambil masa 30 tahun untuk melenyapkan kereta kuda dalam revolusi tenaga yang terdahulu.

Teknologi + Modal iringi ke arah masa depan yang lebih hijau

Berusaha mengekalkan kepimpinan dalam persekitaran perniagaan yang pesat berubah, Sinopec, penapis terbesar dunia, membuat taruhan strategik dalam industri baru muncul melalui Sinopec Capital, sebuah syarikat pelaburan yang baru ditubuhkannya. Jentera pelaburan yang baru diwujudkan komited untuk membina pelaburan jangka panjang dalam bidang seperti tenaga baharu, produk hijau, bahan canggih dan pembuatan pintar dan mencari peluang baharu melangkaui sektor tenaga untuk menggalakkan pembangunan silang industri bagi perniagaan bukan teras untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan melalui reformasi pemilikan campuran.

Sinopec Capital Co Ltd., ialah platform pelaburan yang ditubuhkan pada Julai 2018 dan berpangkalan di zon ekonomi Xiongan di Hebei. Dengan modal berdaftar sebanyak 10 bilion yuan, misi Sinopec Capital adalah untuk membina jentera pertumbuhan baharu untuk syarikat induk Sinopec, dengan membuat pelaburan jangka panjang dalam industri baru muncul seperti tenaga baharu dan produk hijau. Dengan memanfaatkan kekuatan Sinopec merentasi keseluruhan rantaian nilai perniagaan, Sinopec Capital akan berusaha mengenal pasti dan memupuk teknologi baharu dalam sistem tenaga China untuk mengubah industri menjadi sektor hijau, bersih, dan lebih mampan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.sinopecgroup.com/group/en

Sumber: Sinopec Group
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.