15 Soalan Lazim Mengenai Akaun Deposit Tetap

Akaun deposit tetap atau simpanan tetap adalah sejenis skim pelaburan yang ditawarkan oleh bank untuk membantu kita menguruskan simpanan. Perkhidmatan kewangan ini memberikan anda kadar faedah tetap terhadap simpanan dengan menerima keuntungan pada tempoh matang.

Mengapa Memilih Deposit Tetap?

  • Ia adalah pilihan pelaburan bebas risiko dan selamat.
  • Ia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan biasa dan memberi pulangan yang dijamin.
  • Deposit tetap adalah fleksibel daripada segi tempoh dan amaun untuk melabur
  • Jumlah deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000

Memandangkan masih ramai yang kurang pasti mengenai akaun deposit tetap, berikut adalah beberapa senarai soalan lazim yang sering ditanyakan mengenai akaun ini:

1. Berapakah tempoh minimum deposit tetap?

Tempoh minimum deposit tetap ialah 1 bulan.

2. Adakah terdapat jumlah minimum deposit tetap?

Jumlah minimum deposit tetap bergantung kepada tempoh yang anda pilih. Kebanyakan bank mengkehendaki anda melabur minimum RM5,000 untuk jangka masa 1 bulan dan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk tempoh 2 bulan dan lebih.

3. Bila dan bagaimana nak keluarkan sebahagian daripada deposit tetap sebelum tempoh matang?

Anda boleh pilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada akaun deposit tetap, tetapi ia akan mengakibatkan kehilangan faedah yang diperolehi ke atas simpanan.

4. Boleh buka akaun deposit tetap bersama dengan pasangan?

Ya, kebanyakan bank membolehkan kita untuk buka akaun deposit tetap secara bersama.

5. Bagaimana nak jejaki akaun deposit tetap?

Kita boleh menjejaki akaun deposit tetap melalui penyata bulanan.

6. Adakah dibenarkan untuk mengeluarkan sepenuhnya jumlah deposit tetap sebelum tempoh matang?

Kebanyakan bank membenarkan anda mengeluarkan semua jumlah deposit tetap sebelum tempoh matang.

7. Bolehkah deposit tetap menyumbang kepada pengecualian cukai?

Ya, kita boleh mendapatkan pengecualian cukai dengan bantuan deposit tetap.

8. Adakah terdapat had maksimum yang boleh kita labur melalui deposit tetap?

Had maksimum jumlah deposit tetap adalah berbeza-beza daripada satu bank ke bank yang lain.

9. Bagaimana nak terima dana sebaik sahaja kita putuskan untuk mengeluarkan jumlah pada tarikh matang deposit tetap?

Amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank kita.

10. Bolehkah kita dapatkan kadar faedah yang berbeza jika kita seorang warga emas?

Ya, kebanyakan bank yang menawarkan deposit tetap khusus untuk warga emas. Secara umumnya ia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun deposit tetap biasa.

11. Apakah mata wang selain daripada Ringgit Malaysia diterima sebagai simpanan deposit tetap?

Deposit tetap mata wang asing meliputi mata wang asing seperti Dolar Amerika Syarikat, Dolar Australia, Yen Jepun, Euro, Dolar Kanada, Swiss Franc, Yuan, Pound Sterling, Dolar Hong Kong, Dolar New Zealand, Dolar Singapura dan Thai Baht adalah merupakan di antara mata wang utama yang diterima.

12. Apakah terdapat deposit tetap korporat?

Sama seperti deposit tetap yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan, deposit tetap korporat adalah deposit tetap yang ditawarkan oleh syarikat korporat pada kadar faedah yang lebih tinggi.

13. Apakah yang dimaksud dengan e-Deposit Tetap?

e-Deposit Tetap adalah akaun deposit tetap di atas talian yang boleh dipantau melalui portal laman web bank yang menawarkannya.

14. Adakah kita akan mendapat sijil pelaburan?

Ya, kita akan dapat sijil deposit tetap sebagai rujukan.

15. Jika kita memilih untuk tidak mengeluarkan wang daripada deposit tetap pada tempoh matang dan memutuskan untuk memperbaharuinya, bolehkah kita mengubah terma tersebut?

Ya, pada tempoh kematangan deposit tetap dan kita memilih untuk memperbaharuinya, boleh semak semula terma yang berkaitan dengan deposit tetap yang baru.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Himpunkan Pemimpin Industri Di POC2026 Ketika Landskap Pasaran Berubah

Kuala Lumpur, 10 Februari 2026 — Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia” atau “Bursa”) memulakan edisi ke-37 Persidangan & Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik (“POC2026”) dengan sambutan yang menggalakkan, menarik penyertaan kukuh daripada pemain industri dari seluruh dunia.

Diiktiraf sebagai acara utama dalam sektor minyak boleh dimakan global, persidangan ini menjadi platform pertemuan perspektif pasaran antarabangsa dengan realiti industri di lapangan, apabila pakar-pakar berkumpul untuk membincangkan trend baharu, cabaran dan peluang dalam sektor minyak sawit dan laurik.

POC2026 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, telah menarik kira-kira 2,000 delegasi dari lebih 50 negara, termasuk pengeluar, pengguna, pedagang, pembuat dasar dan pelabur. Antara fokus utama perbincangan ialah dinamik penawaran dan permintaan, perubahan geopolitik, serta trend struktur yang mempengaruhi harga dan aliran perdagangan, selain peranan biofuel, oleokimia dan inovasi teknologi yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Dato’ Fad’l Mohamed berkata, “Peranan Malaysia sebagai antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia bermakna perubahan dalam hasil pengeluaran, amalan kemampanan dan keadaan operasi di negara ini memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga global. POC2026 menyediakan platform untuk perbincangan ini, berasaskan pengalaman sebenar pasaran. Ia menyokong usaha berterusan Bursa untuk memperkukuh infrastruktur pasaran dan membangunkan penyelesaian yang relevan dengan evolusi industri.”

Beliau menambah, “Edisi ke-37 ini amat signifikan kerana ia berlangsung bersempena ulang tahun ke-50 Bursa Malaysia, menandakan peranan lama Bursa sebagai pasaran komoditi global yang dipercayai serta platform dialog yang berinformasi.”

Mengulas trend pasaran, Pengarah Pasaran Derivatif & Karbon, Mohd Saleem Kader Bakas berkata, “Dalam keadaan turun naik harga dan perkembangan dasar yang terus mempengaruhi pasaran minyak sawit, semakin ramai peserta beralih kepada instrumen berasaskan bursa untuk mengurus risiko. Ini jelas apabila pasaran derivatif kami mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sepanjang masa sebanyak 23.30 juta kontrak pada 2025, sekali gus mengukuhkan peranan kami sebagai pasaran yang telus, cekap dan dipercayai untuk penemuan harga global.”

Program tiga hari yang berlangsung dari 9 hingga 11 Februari 2026 itu turut menampilkan acara rangkaian dan pendidikan pada 9 Februari seperti bengkel Opsyen Minyak Sawit Mentah (OCPO), kejohanan golf serta lawatan ke Palm Oil Experience Centre (POEC) di Carey Island yang dianjurkan oleh SD Guthrie Berhad. Persidangan utama pula diadakan selama dua hari berikutnya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Antara sorotan utama POC2026 ialah kemunculan semula Dr James Fry di pentas POC selepas beberapa tahun tidak tampil berucap secara terbuka. Dalam sesi beliau pada 11 Februari, beliau akan membincangkan perubahan dasar utama kebelakangan ini dan kesannya terhadap pengeluar, pedagang serta pengguna akhir dalam rantaian nilai minyak sawit.

Tokoh industri lain yang turut serta termasuk Dorab Mistry dari Godrej International Limited, Thomas Mielke dari ISTA Mielke GmbH, Datuk Helmy Othman Basha, Dato’ Carl Bek-Nielsen, Emily French dari Global AG Protein, serta M.R. Chandran dari IRGA Sdn Bhd dan RSPO.