Syarikat Genting Hong Kong Diisytihar Muflis Disebabkan Krisis Pandemik Yang Belum Berakhir

Semenjak krisis COVID-19 yang melanda dunia dua tahun yang lepas, keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Kita boleh lihat sendiri bagaimana virus COVID-19  ini yang sering bermutasi sehingga menyebabkan sesetengah industri terpaksa menangguhkan sektor mereka terutama yang melibatkan industri pelancongan.

Industri ini merupakan industri yang terjejas teruk disebabkan COVID-19 apabila kebanyakan negara luar mewajibkan mana-mana pelancong asing kuarantin untuk tempoh tertentu bagi memasuki negara mereka.

Industri penerbangan dan pelayaran kapal mewah turut sama terjejas teruk kesan dari krisis ini. Kedua-dua syarikat yang berkaitan dengan industri ini menghadapi kerugian yang sangat besar terutamanya industri perkapalan mewah.

Industri penerbangan juga turut terjejas tetapi kini mereka boleh melakukan perjalanan dengan syarat yang sangat ketat ke destinasi yang terpilih sahaja dengan kebenaran negara tertentu. Berlainan pula dengan perkhidmatan pelayaran mewah yang kini masih belum belayar sepenuhnya.

Keadaan ini telah menyebabkan banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelayaran mewah terjejas teruk dan antaranya adalah syarikat dari Malaysia iaitu Genting Berhad.

Genting Berhad melalui anak syarikatnya yang berpangkalan di Hong Kong mempunyai perniagaan dalam bidang kapal pelayaran mewah telah mengalami kerugian yang sangat besar kesan dari krisis ini. Kumpulan Genting Hong Kong terpaksa memberhentikan dagangan saham mereka disebabkan oleh pengisytiharan bankrap salah sebuah anak syarikat mereka iaitu MV Werften yang merupakan sebuah syarikat pembuat kapal mewah yang berasal dari Jerman.

MV Werften merupakan sebuah syarikat yang terkenal dalam menghasilkan kapal persiaran mewah yang berkualiti tinggi, berpengkalan di Wismar, utara Jerman. Syarikat itu telah menarik minat pihak Genting untuk memiliki sebahagian besar saham syarikat tersebut.

Pada tahun 2016, Genting telah membeli sebahagian besar saham syarikat MV Werften dan secara rasmi syarikat itu telah menjadi sebahagaian dari Kumpulan Genting dalam industri pelayaran mewah.

Pada tahun itu juga, syarikat tersebut telah bertanggungjawab untuk membina beberapa buah kapal termasuk berkelas World Dream. Kapal tersebut dijangka untuk siap dalam tempoh 5 tahun dari fasa permulaan tetapi rancangan tersebut tidak berjaya dilakukan pada ketika ini.

MV Werften merupakan syarikat yang diasaskan pada tahun 1946 di Werften yang dikenali sebagai Lloyd Werft Wismar. Syarikat tersebut sememangnya terkenal dalam proses pembuatan kapal yang berkapasiti besar. Disebabkan perkara tersebut, ia telah menarik minat beberapa syarikat perkapalan mewah dunia untuk memiliki syarikat itu kerana MV Werften mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan dan penjagaan kapal mewah.

Disebabkan pandemik yang berlaku, banyak syarikat perkapalan pelayaran mewah terpaksa memberhentikan operasi mereka dengan kebanyakan kapal mewah terpaksa dilupuskan di Turki bagi mengelakkan syarikat persiaran mengalami kerugian yang tinggi. Disebabkan perniagaan pelayaran mewah tidak dapat berjalan, pembinaan World Dream juga telah tertangguh kerana tiada pusingan modal untuk meneruskan pembinaan kapal tersebut walaupun sudah berada dalam fasa akhir.

Akhirnya, pada akhir tahun ini, syarikat MV Werften terpaksa diisytiharkan bankrup oleh kerajaan Jerman dan kebanyakan pekerja mereka kehilangan pekerjaan secara mengejut. Paling menyedihkan seramai 2000 orang pekerja syarikat MV Werften tidak mendapat bayaran gaji untuk bulan Disember.

Kerajaan Jerman terpaksa campur tangan dalam bail out syarikat tersebut dengan bantuan kewangan sebanyak €600 juta. Kearjaan Jerman juga turut menyalahkan Kumpulan Genting dalam krisis ini dan meminta untuk membayar pampasan sebanyak 10% untuk bailout syarikat MV Werften ini tetapi Kumpulan Genting tidak mampu untuk memenuhi tuntutan yang dikemukakan oleh Kerajaan Jerman dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.

Dengan peristiwa tersebut, maka berakhirlah sebuah syarikat pembuat kapal terkenal di Jerman yang kecundang di tangan syarikat Malaysia. Apa yang menyedihkan, wang pelaburan yang dilaburkan oleh syarikat Genting Hong Kong tersebut adalah hasil dari pinjaman tanpa cagaran yang telah diberikan oleh dua buah bank terkenal di Malaysia.   

Previous ArticleNext Article

KWSP Tolak Dakwaan Berkaitan Pelaburan MAHB


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

“Selaras dengan Polisi ‘Chinese Wall’ KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang mengendalikan pelaburan pasaran awam bagi memastikan tiada pertindihan maklumat di antara kedua-duanya.

“Pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan membuat keputusan dagangan hanya berdasarkan kepada maklumat yang tersedia secara umum,” katanya.

KWSP menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang semakan dan siasatan terhadap pelaburannya dalam MAHB serta kekal komited terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban.

— BERNAMA