Syarikat Startup Teknologi Logistik Pickupp Lebarkan Sayap di Malaysia dengan Hab Serantau Pertama di Pulau Pinang

Pickupp Malaysia, syarikat startup teknologi penghantaran yang mengolah semula industri logistik, mengumumkan pengembangan ke luar Lembah Klang menerusi hab serantau pertamanya di Pulau Pinang. Pickupp akan menyokong wilayah Utara dengan satu gudang, dan merancang untuk memperluas jejak pergudangannya dalam beberapa tahun akan datang, bagi memenuhi keperluan penghantaran ‘mil terakhir’, seiring lonjakan dalam e-dagang dan logistik.

Pengumuman itu menyusuli pusingan pembiayaan Siri A dan Siri A+ syarikat induknya, Pickupp Limited, yang bernilai USD15 juta baru-baru ini.

Pengembangan ini sejajar dengan visi Pickupp Malaysia untuk membawa perkhidmatan yang ekonomi lagi cekap kepada perniagaan dan pengguna di luar Lembah Klang. Menerusi hab wilayah Utara ini, Pickupp akan terus bergandingan dengan rakan-rakan strategiknya, termasuk 3PL, bagi menaik taraf ekosistem penghantaran Malaysia yang menyaksikan lonjakan permintaan susulan pertumbuhan dan kematangan e-dagang di negara serta seluruh dunia.

Kini, Pickupp mempunyai jalinan kerjasama dengan pelbagai pelanggan, daripada syarikat logistik multinasional (MNC) seperti DHL eCommerce dan Aramex, sehinggalah jenama e-dagang terkemuka seperti Lazada, FashionValet, dan sebagainya di Pulau Pinang.

Usaha pengembangan rangkaian penghantaran ‘mil terakhir’ terbaharu kami akan mendekatkan lagi pelanggan kami dengan pelanggan akhir mereka di beberapa kawasan paling padat di Pulau Pinang, yang sering menghadapi kekangan kapasiti. Malahan, dengan melebarkan sayap ke wilayah Utara, kami dapat mempercepat masa produk masuk ke pasaran untuk pelanggan kami. Ini bukan sahaja kritikal dalam persekitaran yang serba kompetitif hari ini, tetapi juga penting untuk strategi pertumbuhan jangka pendek dan jangka panjang pelanggan kami.

Navin Kandapper, Pengurus Negara Pickupp Malaysia.

Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Komuniti Tempatan Untuk Memacu Ekonomi

Pengembangan operasi Pickupp di Pulau Pinang dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk di negeri berkenaan, selain menawarkan perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan pelanggan di wilayah ini dan sekitarnya. Syarikat ini turut memberi sokongan kepada komuniti tempatan yang terpinggir menerusi Pelan Pengambilan Ejen Penghantaran, yang sehingga kini telah membantu 38,497 individu.

Logistik merupakan antara aspek paling mencabar dalam landskap e-dagang, khususnya untuk peniaga kecil. Jadi, Pickupp akan membantu mereka meningkatkan daya saing dalam ekonomi atas permintaan, berbekalkan servis penghantaran yang fleksibel dan boleh diperibadikan, serta penjimatan keseluruhan kos konvensional sebanyak kira-kira 30%. Ini dimungkinkan dengan perisian proprietari dan teknologi pengelompokan (batching) kami yang meningkatkan aliran kerja operasi untuk pengoptimuman perjalanan dan pengurusan gudang.

Navin Kandapper

Sejak memulakan operasi di Malaysia, Pickupp telah memenuhi kira-kira empat kali ganda penghantaran pada hari yang sama setiap minggu di Lembah Klang berbanding dengan era pra-pandemik. Menerusi pengembangan ke Pulau Pinang, Pickupp berazam memenuhi permintaan perniagaan tempatan dan menyokong pembangunan lanskap logistik negeri berkenaan, selari dengan komitmen syarikat untuk terus memperkasakan tenaga kerja di Malaysia dengan peluang pendapatan yang fleksibel.

Bagi meningkatkan sokongan kepada PKS, Pickupp Malaysia telah melancarkan Program Rujukan dan Rebat PKS, yang meliputi perundingan logistik pro-bono bagi membantu merancang penghantaran, menaik taraf tawaran perniagaan, serta menyokong perancangan perniagaan.

Pickupp Malaysia berhasrat memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan di Pulau Pinang bagi menyokong landskap F&B yang rancak, serta memperluas tawaran rentas sempadan untuk pelanggan dan rakan kerjasama menerusi hab serantau pertama itu, sebagai batu loncatan perkembangannya di rantau Asia Pasifik dan di luarnya.

Pangkalan pengguna Pickupp telah meningkat sebanyak 250% sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada Mac 2020, dengan penyertaan lebih 100,000 ejen penghantaran di seluruh rantau. Pickupp Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan pangkalan pengguna sebanyak 198%, sekaligus mewujudkan peluang pendapatan kepada 38,000 ejen penghantaran bebas.

Di samping itu, Pickupp Malaysia turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi logistik bagi menyokong proses penghantaran khususnya dalam tempoh lonjakan permintaan. Hasilnya, Pickupp telah menjadi sokongan ‘mil terakhir’ bagi MNC dan langkah pertama untuk syarikat-syarikat permulaan dan PKS.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.