Tutorial: Cara Bayar Zakat Online Melalui M2U

Menunaikan zakat adalah merupakan Rukun Islam keempat.  Allah telah mewajibkan zakat ke atas setiap orang Muslim yang telah mencapai nisab dalam hartanya dengan syarat-syarat tertentu.

Terdapat dua jenis kategori zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Manakala Zakat Harta merupakan zakat yang dikenakan keatas harta pemilik. Contohnya:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas/Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Penternakan

Setiap jenis Zakat memiliki cara pengiraan yang berbeza. Anda boleh rujuk laman PPZ MAIWP  bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan anda.

Boleh rujuk sini untuk Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh.

“Sah ke bang bayar zakat secara online ni? Takde akad, tak perlu salam tangan amil? “

Sah. Akad tu hukumnya Harus.

Bagi tujuan tutorial kali ini, contoh bayaran adalah untuk jenis Zakat Wang Simpanan.

# 1 Log in ke akaun Maybank2u

# 2 Pilih Bill Payment di ruangan atas kanan

# 3 Klik make a one-off payment

# 4 Pilih zakat & charity

# 5 Pilih pusat zakat mana yang anda mahu salurkan

# 6 Masukkan amaun bayaran zakat berdasarkan jumlah pengiraan yang telah dilakukan. Pilih jenis zakat dan masukkan nombor telefon anda kemudian klik continue.

# 7 Klik ‘request for TAC’ kemudian sistem Maybank akan menghantar 6 digit kod TAC ke no telefon anda. Seterusnya klik confirm.

Semudah 7 Langkah Sahaja!

Cepat, selamat dan sangat mudah. Semoga anda beroleh manfaat dengan perkongsian ini.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Indeks Faktor Kualiti Pertama Bursa Malaysia Menampilkan Syarikat Dengan Ciri Kewangan Yang Kukuh

Kuala Lumpur — Bursa Malaysia (“Bursa”) hari ini melancarkan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 (BMQ) dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama Bursa yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan.

Berbeza dengan indeks penanda aras utama yang kebanyakannya menjejaki syarikat berdasarkan permodalan pasaran, indeks BMQ dan BMQ-S menampilkan syarikat tersenarai yang menunjukkan ciri kewangan yang lebih kukuh dari segi keuntungan, struktur modal dan kualiti pendapatan. Faktor-faktor ini diukur melalui Pulangan ke atas Ekuiti (Return on Equity), Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt-to-Equity), serta Aliran Tunai Operasi berbanding Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti.

Setiap indeks merangkumi 50 syarikat daripada Pasaran UTAMA dan Pasaran ACE yang tidak termasuk dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), iaitu penanda aras utama pasaran yang menumpukan sebahagian besar permodalan pasaran dan perhatian pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata “Pelancaran Indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan inovasi indeks kami. Kami melihat kemunculan syarikat yang berdaya tahan dari segi kewangan merentasi pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi yang membentuk hampir 18% daripada kedua-dua BMQ dan BMQ-S. Indeks ini menyediakan titik rujukan yang mencerminkan landskap pertumbuhan yang lebih luas, sekali gus memastikan syarikat Malaysia dengan asas kukuh lebih jelas kelihatan dan mudah diakses oleh pelabur, di samping menyokong penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran ekuiti Malaysia.”

Kedua-dua indeks BMQ dan BMQ-S menggunakan rangka kerja pembinaan indeks yang sama, dengan BMQ-S hanya merangkumi sekuriti yang diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bagi memastikan indeks ini mencerminkan syarikat yang sesuai sebagai penanda aras dan rujukan pelaburan, syarikat terpilih perlu memenuhi keperluan minimum dari segi saiz dan aktiviti dagangan.

Indeks-indeks ini akan disemak dua kali setahun bagi memastikan ia terus mencerminkan keadaan pasaran semasa dan prestasi syarikat. Nilai indeks serta maklumat komponen akan tersedia di laman sesawang Bursa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai indeks BMQ dan BMQ-S serta metodologinya, sila layari:
https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/bursamalaysia-quality-50-index