BBazaar Malaysia Kini Dibuka – Laman Hentian Setempat Perkhidmatan Kewangan

BBazaar Malaysia dengan bangganya mengumumkan laman web kelolaannya (bbazaar.my) telah dilancarkan dan bersedia untuk semua jenis keperluan perkhidmatan kewangan pengguna. Para pengguna boleh memeriksa kelayakan mereka bagi pelbagai jenis produk kewangan. Melalui laman web mesra pengguna ini, pengguna akan mudah mencari produk-produk pilihan mereka dan mendapatkan tawaran yang disesuaikan dengan keperluan kewangan mereka. Hasilnya merupakan tawaran yang disesuaikan sehingga ke tahap individu dan proses  permohonan yang meletakkan pengguna sebagai penggerak.

Para pengguna sering menggunakan masa yang begitu lama di hadapan skrin komputer untuk mencari, di antara pelbagai pilihan yang disogokkan, nilai terbaik bagi keputusan kewangan mereka. Menggunakan pakar-pakar serta teknologi terbaik, BBazaar Malaysia merupakan platform di mana pengguna boleh mencari produk kewangan yang tertentu, mendapatkan tawaran yang khas, memohon dan memperoleh kelulusan, semua dalam satu masa – pengalaman yang lancar dari mula-ke-akhir, bermula daripada proses kajian dan perbandingan ke proses pemilihan, permohonan dan mendapatkan kelulusan.

BankBazaar, syarikat induk BBazaar Malaysia, telah menempa kejayaan yang besar di India, di mana mereka beroperasi. Di India, syarikat ini mempunyai lebih 300 juta pengunjung ke laman web mereka dan menguruskan lebih 1.5 juta transaksi dalam masa 12 bulan di atas platform mereka. Apa yang BankBazaar lakukan ialah memadankan produk kewangan yang sesuai kepada pelanggan yang tepat. Melalui lawan web ini, pengguna boleh mencari, mengkhususkan dan memilih produk yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan profil mereka. Ini, sekali lagi, memulangkan kuasa kepada rakyat Malaysia. Satu lagi ciri unik ialah, pengguna yang melayari BBazaar Malaysia boleh memohon secara terus di laman web tanpa perlu berurusan dengan saluran pihak ketiga. Ini bermakna mereka tidak perlu lagi memuat turun borang dan terpaksa mengisi butiran peribadi dan butiran perbankan yang merumitkan.

Para pengguna akan mendapati bahawa proses permohonan di BBazaar Malaysia sepadan dengan proses permohonan di bank. Ini memastikan pengalaman yang lancar dan tidak menyulitkan. Petugas perkhidmatan pelanggan juga akan bersedia untuk membantu para pengguna ketika proses permohonan. Pengguna dengan itu boleh menggunakannya sebagai pusat hentian setempat perkhidmatan kewangan untuk semua keperluan kewangan serta pengalaman yang teliti dan lancar ketika memohon untuk produk pilihan mereka.

Mengulas tentang operasi mereka, CEO BankBazaar International, Vipin Kalra berkata, “Kami mempunyai penawaran yang unik di Malaysia. Kami melihat terdapat pelbagai laman web perbandingan yang menawarkan maklumat dan membenarkan pengguna untuk membandingkan pelbagai produk kewangan, tetapi tiada satu pun yang menawarkan apa yang kami lakukan, di mana untuk memberikan perbandingan lengkap dari mula-ke-akhir, menyediakan untuk pelanggan tawaran terbaik berdasarkan kelayakan dan kecenderungan mereka, dan seterusnya memadankan mereka dengan produk yang tepat.”

Melalui BBazaar Malaysia, bank-bank sekarang boleh berhubung dengan pangkalan pelanggan yang lebih luas dan menawarkan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk sesuatu segmen pengguna. Bank-bank juga boleh mengekalkan pelanggan sedia ada dan lebih penting lagi menawarkan perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan. Kerjasama di antara BBazaar Malaysia dengan bank-bank merupakan contoh terbaik bagaimana untuk memacu perkhidmatan kewangan yang inklusif di dalam pasaran seperti Malaysia di mana sebahagian besar daripada penduduk masih kurang diberi perkhidmatan.

Menggunakan teknologi canggih untuk membekalkan permohonan-permohonan yang lengkap, BBazaar mampu menawarkan bank-bank kebolehan untuk memendekkan masa pemprosesan. Dengan melakukan semua proses yang dianggap berat, BBazaar Malaysia berfungsi lebih daripada sekadar pusat perkhidmatan kewangan peribadi, ianya juga merupakan rakan kongsi kepada bank-bank, memberikan mereka lebih masa dan sumber untuk difokuskan kepada usaha yang lain.

Bercakap mengenai perhubungan dengan institusi kewangan, CEO BankBazaar International, Vipin Kalra, berkata, “Kami percaya bahawa dalam dunia semasa, adalah mustahil bagi perniagaan yang sedang berkembang untuk bertahan tanpa kewujudan yang kuat di alam maya. BBazaar Malaysia memberikan bank-bank kebebasan untuk mengoptimumkan kehadiran dalam talian mereka dan menjadikan produk mereka tersedia untuk sasaran yang lebih besar tanpa perlu risau tentang integrasi teknologi dan proses. Dengan BBazaar Malaysia melakukan semua kerja-kerja dianggap berat, bank-bank hanya perlu menumpukan kepada kecekapan teras mereka dan masih menerima semua kelebihan teknologi dengan pelaburan yang berpatutan dari segi masa dan wang.”

Dengan lebih 76.9* pengguna Internet aktif, digabungkan dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk mendigitalkan ekosistem kewangan, telah terdapat penggunaan yang besar dalam teknologi kewangan untuk melengkapkan pengguna bagi perubahan ke arah transaksi digital. Melalui platform BBazaar, bank-bank boleh mendapat akses kepada pengguna yang sedang mencari keperluan kewangan mereka dan membolehkan pengguna untuk mengalami pengalaman mula-ke-akhir yang lancar daripada pencarian ke kelulusan, semuanya di bawah satu bumbung.
Pelancaran Perkhidmatan BBazaar di Malaysia diiringi dengan promosi istimewa kepada semua pengguna. Bermula hari ini sehingga 31 Julai 2018, bergantung kepada kelulusan, pengguna dapat menikmati E-Baucar Tesco RM50 dan Gelang Tangan Kesihatan Pintar bernilai RM250 apabila membuat permohonan kad kredit di bbazaar.my.

Untuk menyaksikan bagaimana BBazaar ini sesuai dan mudah, tonton video menarik ini yang dihasilkan oleh Vulcan Post tentang cara bagaimana mendapatkan kad kredit yang paling sesuai untuk anda:

BFFs Find Their Best Matched Credit Cards

You're not an adult if you don't have a credit card. And you ain't adulting properly if you don't have the right one. #adultingishard #triggeredhttps://bit.ly/1i80IJo[GIVEAWAY] Bbazaar Malaysia is giving away Tesco Online Cash Vouchers worth RM150 EACH to 4 creative winners!To join: 1. Share this video. 2. Comment on THIS post and tell us what's your favourite credit card, and how do you maximise its benefits. We'll be choosing the top 4 answers on the 13th June 2018, so they can get their early duit raya!

Posted by Vulcan Post on 5hb Jun 2018

Kami menjemput anda meneroka bbazaar.my untuk semua keperluan kewangan anda. BBazaar – Cari, Pilih, Mohon, Siap!

*Internet User Survey 2017 by MCMC

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.