Apa Yang Kami Belajar Semasa di AGM DNeX

Ini merupakan kali pertama kami menghadiri Annual General Meeting (AGM) bagi Dagang Nexchange Bhd (DNeX) sejak menjadi pemegang saham mereka hanya beberapa bulan yang lalu. Nampak yang datang ramainya kelibat uncle dan auntie, yang muda mudi remaja macam kami memang kurang sangat.

DNeX sekarang terbahagi kepada 2 sektor bisnes utama iaitu sektor tenaga dan perkhidmatan IT (e-services). Kira antara seteru kepada MyEG Services Berhad.

1. DNeX mencatatkan angka pendapatan yang kukuh pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, dengan pendapatan RM204 juta, meningkat sebanyak 14% berbanding tahun lepas iaitu RM 178 juta.

2. DNeX mensasarkan untuk meningkatkan pendapatannya sebanyak 30% dan meningkatkan keuntungan bersihnya sebanyak 20% dalam tempoh dua tahun akan datang.

3. Keuntungan bersih dalam tahun 2017 jatuh 53.5% kepada RM56.6 juta, berikutan disebabkan ‘negative goodwill’ sebanyak RM88.9 semasa pengambilalihan Ping Petroleum Ltd pada tahun 2016.

4. Kadar dividen bagi tahun 2017 hanya RM0.50, lebih rendah berbanding tahun lalu.

5. Market cap meningkat 2 kali ganda: 2017 : RM 851.4 juta berbanding 2016: RM 441.9 juta.

6. Impak syarikat terhadap peralihan kerajaan baharu? Kerajaan baharu akan lebih telus, tender-tender baru akan lebih terbuka dan kontrak akan diberikan kepada yang layak berdasarkan merit. DNeX tidak bergantung kepada projek kerajaan semata-mata, jadi perubahan kerajaan yang lebih baik adalah bagus untuk syarikat. Syarikat tidak bimbang kerana mereka dilihat sebagai syarikat yang berpotensi.

7. Dalam konteks kerajaan baharu hari ini, syarikat berharap lebih banyak (projek) servis e-goverment ditawarkan kepada syarikat lain seperti DNeX. MyEG dan DNeX adalah dua syarikat yang berbeza. MyEG terlibat dalam proses ‘government-to-customer (G2C)’  manakala DNeX terlibat dalam proses ‘goverment-to-business (G2B)’ berkaitan kastam. Jadi, kedua-dua syarikat menawarkan solusi yang berbeza.

8. DNeX juga terlibat dalam projek RFID bersama Touch N Go.

9. Projek terbaru mereka termasuklah sistem RFID untuk projek ‘Entry Project (VEP)‘ dan sistem Road Charge (RC) di sempadan Malaysia-Thailand.

10. Hala tuju bisnes?

  • Start-up baru – DNeX Telco. Masih sangat baru dan sedang berusaha untuk dapatkan projek pertama
  • Bisnes lain seperti Go Halal. Mempunyai potensi besar dalam industri halal
  • Syarikat tidak mahu terlalu bergantung kepada projek-projek kerajaan
  • Syarikat telah dapat kontrak RFID di Johor & Singapura, dan sekarang sedang berusaha untuk medapatkan kontrak kedua
  • Syarikat mahu dapatkan projek yang lebih kurang sama dengan lebih banyak lagi
  • Syarikat akan menambah usahasama dengan syarikat antarabangsa

11. Sebagai penghargaan kepada pemegang saham yang hadir, dapatlah kami bawa balik beberapa door gift.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Macam Mana Nak Tahu Untung atau Tidak Selepas Bonus Issue?

Apa Itu Bonus Issue?

Bonus Issue atau Terbitan Bonus memberikan pemegang saham sedia ada saham tambahan secara percuma, berdasarkan jumlah saham yang mereka miliki. Ini meningkatkan jumlah keseluruhan saham, jadi nilai setiap saham perlu disesuaikan sewajarnya, tetapi jumlah nilai pelaburan anda tetap sama.

Kenapa Syarikat Nak Beri Bonus Issue?

Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk menurunkan harga saham agar ianya lebih murah. Adakalanya harga sesebuah saham akan naik terlalu tinggi sehingga ke satu paras yang pelabur telah tidak berminat untuk membelinya kerana harganya yang mahal.

Untuk mengembalikan minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut, mereka boleh membuat satu Corporate Exercise yang dinamakan sebagai ‘Bonus Issue”.

Secara psikologinya, lebih ramai orang mampu nak beli saham tersebut kerana harganya yang menarik. Maka ia pun menjadi saham rebutan orang ramai orang selepas bonus issue dilakukan.

Contoh Bonus Issue: Tanco Holdings Berhad

Sumber: malaysiastock.biz

Pada 20 Mac 2025, Tanco mengumumkan pemberian Bonus Issue sebanyak tujuh unit saham bagi setiap lima unit saham yang dipegang para pemegang saham setakat 5 petang 3 April 2025.

  • Nisbah Bonus: 7 saham bonus untuk setiap 5 saham sedia ada
  • Jadi, untuk setiap 5 saham yang anda miliki, kini anda mempunyai 12 saham (5 sedia ada + 7 bonus)

Apa Jadi Pada Harga Sebelum & Harga Selepasnya?

Harga sebelum Bonus Issue ialah RM2.06
Harga selepas: RM0.86

Contoh Pengiraan

  • Tujuh saham bonus bagi setiap lima saham semasa
  • Jumlah saham selepas Bonus Issue: 7 + 5 = 12 saham
  • Faktor adjustment (pelarasan): 5 / 12 
  • Harga adjustment (pelarasan): 
    • = RM2.06 x 512  = 10.3012  = RM0.8583 = RM0.86

Apakah Maksudnya?

  • Sebelum: Anda mempunyai lima saham dengan harga seunit RM2.06 = RM10.30 jumlah nilai
  • Selepas: Kini anda mempunyai 12 saham dengan harga seunit RM0.8583 = RM10.30 jumlah nilai

Jadi, tiada perubahan dalam jumlah nilai, cuma lebih banyak saham pada harga yang lebih rendah setiap satu.

Kenapa Harga Perlu Diselaraskan (Adjusted)?

Memandangkan anda kini menerima lebih banyak saham, nilai setiap saham mesti berkurang supaya jumlah nilai pelaburan anda kekal sama.

Bayangkan seperti memotong sekeping pizza kepada lebih banyak bahagian; pizza yang sama, cuma lebih banyak kepingan.

Macam Mana Nak Tahu Untung Atau Tidak?

Daripada pengiraan di atas, kita tahu yang selepas harga diselaraskan, harga Tanco adalah RM0.86 seunit. Sekiranya harga saham Tanco dibuka lebih tinggi selepas hari ex-date tersebut maka harga saham tersebut telah menaik dan anda sedang menjana keuntungan dari saham tersebut.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee