Kopi Starbucks Hanya RM 1

Pengguna WeChat Pay MY dapat menikmati Caffe Americano bersaiz Grande yang lazat, untuk hanya RM1, dan hanya RM6 untuk kopi bersaiz besar lain

KUALA LUMPUR, Nov 13, 2018 /PRNewswire/ – WeChat, salah satu aplikasi komunikasi sosial terkemuka dunia yang dibangunkan oleh Tencent, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Starbucks Malaysia. Sebagai permulaan bagi kerjasama ini, pembayaran mudah alih yang inovatif di Malaysia, WeChat Pay MY, bersedia untuk berkhidmat di lebih 300 kedai Starbucks di seluruh negara. Ini memberikan pengguna-pengguna WeChat Pay MY menikmati kopi dan minuman yang terbaik dan juga menyediakan penyelesaian pembayaran mudah alih yang lancar dan selamat.

Promosi WeChat Pay Starbucks

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group berkata, “Kami sangat teruja dengan kerjasama Starbucks. Ia bukan sahaja menjadikan pembayaran lebih mudah dan ringkas untuk pengguna,malah ia juga membolehkan para peniaga melibatkan pelanggan mereka untuk mewujudkan hubungan yang kukuh melalui ekosistem WeChat. Sebagai langkah pertama dalam kerjasama kami,kami bukan sahaja menawarkan WeChat Pay MY di Starbucks tetapi kami juga berharap untuk memperkukuhkan perkongsian ini dengan memanfaatkan lagi ekosistem WeChat.Dengan ini, Starbucks dapat melibatkan pelanggan mereka dengan lebih baik  dan memenuhi keperluan pengguna tempatan sepanjang proses pembelian mereka. ”

Diskaun Khas Dan Rebat Untuk Kopi Anda

Adakah anda memerlukan rehat dari kerja atau sekolah sambil menikmati kopi, tetapi anda berfikir tentang bajet? Jangan risau kerana WeChat Pay MY menawarkan tawaran promosi eksklusif dengan Starbucks!

Dari sekarang hingga 25 November, pengguna yang membayar melalui WeChat Pay MY di Starbucks sepanjang promosi ini boleh mendapatkan dua kali rebat RM7 ke atas sebarang pembelian makanan dan minuman di lebih 300 kedai Starbucks di seluruh Malaysia[1]. Tawaran istimewa ini adalah bersamaan dengan pembelian Grande Caffe Americano di Starbucks dengan hanya RM1, dan hanya

RM6 untuk kopi Starbucks bersaiz Grande lain. Dapatkan sekarang dan nikmatilah rehat anda dengan lebih baik!

Dah gunakan kedua-dua peluang anda? Penuhi citarasa anda dengan harga yang menjimatkan! Pengguna WeChat Pay MY boleh menikmati Americano Starbucks bersaiz Grande pada harga RM8 (harga biasa ialah RM10) atau mana-mana jenis minuman Starbucks bersaiz Grande dengan harga RM13 (harga biasa ialah RM16)

WeChat Pay MY Pembayaran Pantas — Panduan Langkah Demi Langkah

Dengan menggunakan mudah alih WeChat Pay MY yang pantas dan ringkas, anda boleh dapatkan apa sahaja yang anda perlukan dalam masa yang singkat!

Di dalam aplikasinya, hubungkan bank kad tempatan anda ke akaun anda di bahagian ‘Wallet’, tambah nilai dengan ‘topping’ dompet anda, pilih ‘Bayar Pantas’ dan tunjukkan kod QR anda kepada juruwang.

Sebagai penerbit wang elektronik yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, WeChat Pay MY kini boleh didapati sepenuhnya untuk semua pengguna di Malaysia. Dengan teknologi keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa, WeChat Pay MY menjalankan pemantauan masa nyata 24/7 pada semua transaksi yang dibuat melalui sistem pemantauan transaksinya. Pengguna mesti  memasukkan kata laluan pembayaran 6 digit untuk kebenaran sebelum pembayaran. Semua maklumat yang berkaitan dengan pengguna disimpan di dalam negara dengan mematuhi Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCIDSS).Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti laman rasmi WeChat (WeChatPay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY (https://www.facebook.com/WeChatPayMY.official)

[1] Setiap Pengguna WeChat Pay MY boleh mendapatkan satu rebat setiap hari, dan dua rebat semasa tempoh promosi

Profil WeChat

Wawasan WeChat adalah menginovasi cara baru untuk orang ramai berhubung, berkomunikasi dan berkongsi melalui telefon pintar. WeChat adalah aplikasi komunikasi sosial yang mudah alih yang direka untuk pengguna telefon pintar. WeChat memperkasakan pengguna dalam cara yang lebih menyorokkan dan dinamik, dengan membawa mesej, sosial komunikasi dan permainan dalam satu aplikasi yang lebih lancar, interaktif dan komprehensif di persekitaran Privasi dan Keselamatan.

WeChat menyediakan titik pusat kawalan untuk pengguna berkongsi suara, gambar, video dan teks mesej merentasi ekosistem sosial seluruh mereka. Melalui akaun rasmi WeChat, jenama akan dapat menarik lebih pengguna melalui kandungan dan pengalaman bagi mengembangkan komuniti mereka. Aplikasi WeChat boleh dimuat turn secara percuma melalui sistem operasi Windows, Android, iOS, web versi dan Mac untuk versi desktop.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang WeChat dan dapatkan aplikasi pada wechat.com.

Layari laman Facebook WeChat Malaysia.

Sumber: WeChat Pay

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.