ZTE perkenal rangkaian penuh produk komersial 5G di MWC2019

SHENZHEN, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa, hari ini memperkenalkan rangkaian penuh produk komersial 5G di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 di Barcelona. Produk-produk komersial 5G ZTE, berdasarkan jalur asas generasi ketiga direka sendiri & cipset RF, bersedia menyokong permintaan penggunaan jalur-penuh dan senario penuh, seraya membantu pengendali-pengendali membina rangkaian 5G dengan liputan luas, berkapasiti tinggi, dengan penggunaan pesat dan berkesan kos.

BBU berbilang mod bina rangkaian berprestasi tinggi

BBU generasi baharu, disokong dengan platform virtualisasi dan bertahun-tahun usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ujian lapangan, merupakan BBU 2U NG yang utama dalam industri dengan kapasiti luas, serasi dengan 2G, 3G, 4G dan 5G. Ia berupaya memproses sel 30*100MHz NR bagi setiap rak dengan kapasiti pemprosesan maksimum dalam industri. Semasa menyepadukan kelebihan virtualisasi dan platform IT, ia merealisasikan kapasiti elastik rangkaian tanpa wayar dan Antara Mukaterbuka, justeru membolehkan penyetempatan perniagaan yang inovatif serta menyokong C-RAN, D-RAN dan perangkaian anjal.

AAU bersiri untuk capai liputan makro 

Siri 5G AAU ZTE, dengan sokongan bilangan saluran daripada 64TR, 32TR, 16TR hingga 4TR dapat memenuhi keperluan liputan dan kapasiti di kawasan bandar yang padat, kawasan bandar umum, perkampungan dan senario-senario lain sambil mengambil kira ciri-ciri setiap senario menurut keadaan tempatan, demi mencapai pulangan pelaburan yang terbaik. Antaranya, 64TR-200M AAU sesuai untuk senario liputan kawasan bandar yang padat dan bandar umum serta digunakan dalam beberapa percubaan komersial selain merupakan pilihan terbaik untuk fasa pertama penggunaan 5G.

Untuk senario pinggir bandar dan luar bandar, terdapat penyelesaian 32TR dan 16TR yang lebih menjimatkan, dengan produk 32TR dwijalur berkuasa yang menyokong 2.6GHz dan 3.5GHz. Di samping itu, 64TR-400m AAU, yang digunakan untuk senario titik frekuensi diskret pada jalur N78, mempunyai keupayaan sokongan lebar jalur maksimum dalam industri.

Pad 5G sokong senario kawasan terlindung atau kawasan khas

Produk-produk PAD bersiri ZTE termasuk Pad RRU, Pad BBU, Pad power dan sesuai untuk kawasan terlindung atau kawasan khas seperti lorong jalan sempit, terowong jambatan, tempat kecil, lokasi pelancong dan libur. Dengan reka bentuk yang kompak dan antena bersepadu, Pad 5G memberikan pengesanan tapak yang pantas dan pemasangan yang mudah.

Qcell 5G perluas liputan dalaman

Untuk liputan dalaman, ZTE melancarkan produk-produk Qcell berbilang mod 4G & 5G dengan kapasiti ultra luas. Ia boleh dipasang dengan mudah dan pantas dalam senario berkepadatan tinggi dalaman dan liputan luas, seperti pusat membeli belah, gimnasium, bangunan pejabat serta lapangan terbang, ia diurus dengan cara visual untuk operasi dan penyelenggaraan yang seragam.

Dengan kelebihan teknologi hujung-ke-hujung, ZTE komited untuk mencipta rangkaian tanpa wayar dengan pengalaman utama, kesederhanaan dan kecerdasan tertinggi untuk pengendali-pengendali dalam era 5G. Setakat ini, ZTE bekerjasama dengan 30 pengendali dalam 5G di seluruh dunia dan melancarkan produk-produk komersial hujung-ke-hujung 5G, bagi memenuhi sepenuhnya keperluan gelombang pertama penggunaan rangkaian 5G.

Pada masa depan, ZTE akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi mempromosi ujian 5G dan mempercepatkan pengkomersialan 5G di seluruh dunia, agar dapat menyediakan pengguna global dengan pelbagai pengalaman 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Sumber: ZTE Corporation

Pautan Berkaitan:

Saham Berkaitan: HongKong:0763OTC-PINK:ZTCOYShenzhen:000063

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.