Zurich Malaysia Sumbang Peralatan Perubatan Penting Kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM

Zurich Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan 17 unit peralatan perubatan kepada Hospital Canselor Tuanku
Muhriz (HCTM) UKM untuk membantu meningkatkan keupayaan hospital menyediakan rawatan perubatan yang lebih baik.

Peralatan-peralatan yang bernilai RM281,525 ini memenuhi spesifikasi hospital bagi menambah kapasiti semasa hospital untuk merawat pesakit dalam masa yang mencabar ini. Sumbangan tersebut akan digunakan di
Jabatan Kemalangan & Kecemasan, Klinik & Wad serta di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Jabatan Radiologi yang merangkumi:

  • Enam troli/katil untuk mengangkut pesakit berhidraulik dengan sistem stereng teknologi roda kelima
  • Lima troli untuk mengangkut pesakit secara manual
  • Lima pembersih udara dengan pelbagai aplikasi kawalan jangkitan untuk kemudahan penjagaan kesihatan dan komersial. Ia boleh digunakan secara mudah alih untuk pergerakan dari bilik ke bilik atas troli kastor yang stabil dan mudah dialihkan. Jika perlu, ia boleh dikeluarkan daripada trolinya untuk operasi sebagai peranti tetap
  • Satu sistem diagnostik ultrasound pelbagai guna

Wang yang digunakan diperolehi daripada pengumpulan dana Zurich Malaysia di kalangan pekerja, ejen, pengantara dan rakan kongsi. Pengumpulan dana telah dijalankan semasa Minggu Komuniti Zurich 2021 dari 13 September hingga 1 Oktober 2021.

Selain itu, RM8,443 diperolehi daripada lebihan perniagaan takaful am Zurich Malaysia – Zurich General Takaful Malaysia Berhad. Ini adalah sebahagian daripada proses syarikat untuk menyumbang lebihan Dana Tabarru’ bagi pihak pelanggan untuk tujuan dermawan atau menyelamatkan nyawa.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan HCTM UKM, kami amat menghargai usaha dan inisiatif Zurich Malaysia, lebih-lebih lagi pada awal tahun baharu ini. Pastinya sumbangan ini menjadi lebih bermakna,” menurut
Prof Dato Dr Razman Jarmin, Pengarah HCTM UKM.

Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, “Kami komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia, tidak kira sama ada pada masa yang baik atau mencabar. Memandangkan permintaan terhadap penyedia penjagaan
kesihatan semakin meningkat, kami ingin menyokong usaha hospital untuk memberi khidmat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan. Sumbangan ini adalah tanda penghargaan kami atas semua
kerja keras mereka, hari demi hari, tanpa jemu.”

“Saya amat berterima kasih kepada kakitangan Zurich dan rakan kongsi kami yang mengambil bahagian dalam Minggu Komuniti Zurich, dan kepada Yayasan Z Zurich kerana memadankan dan menggandakan jumlah
sumbangan kami sebanyak RM136,541. Kami percaya bahawa apabila individu dan syarikat korporat bergabung tenaga, kita boleh membantu meringankan beban penjagaan kesihatan dan kesejahteraan awam untuk mencipta masa depan yang lebih cerah bersama. Bak kata pepatah, ‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’,” tambahnya.

Zurich Malaysia adalah istilah rujukan kolektif bagi anak-anak syarikat Zurich Insurance Group (Zurich) yang beroperasi di Malaysia: Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful
Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad. Zurich Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif; membantu individu dan juga pemilik perniagaan memahami dan melindungi diri, perniagaan dan juga asset mereka daripada risiko.

Zurich Malaysia mempunyai rangkaian cawangan bersepadu di bandar-bandar utama di seluruh negara dan juga agensi dan saluran pengedaran yang berdedikasi di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Malaysia, layari www.zurich.com.my.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.