KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan sepenuhnya pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata peminjam ini dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) yang membantu mereka untuk menstrukturkan semula pinjaman sedia ada dan membolehkan peminjam untuk terus membayar balik pinjaman.
“Selain itu, 51 peratus daripada peserta masih aktif dan menerima bantuan daripada inisiatif ini. Tambahan pula, lima peratus daripada peserta telah menamatkan penyertaan dalam program ini memandangkan mereka telah berkemampuan untuk menyelesaikan hutang mereka tanpa bantuan AKPK,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris berkenaan usaha yang dilaksanakan Kementerian Kewangan menerusi AKPK untuk menyediakan jalan keluar kepada rakyat yang diisytiharkan bankrap.
Amir Hamzah berkata sejak penubuhan AKPK pada 2006, agensi berkenaan telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu menerusi Khidmat Nasihat Kawalselia Kewangan (KNKK) secara percuma.
Beliau berkata, bagi membantu mengurangkan kadar kebankrapan, AKPK dan institusi kewangan telah melaksanakan inisiatif dalam mengeluarkan notis kepada peminjam.
Katanya ia bertujuan mendapatkan bantuan penjadualan semula atau penstrukturan pinjaman sebelum institusi kewangan meneruskan notis kebankrapan.
“Inisiatif ini membantu peminjam untuk mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan atau AKPK, sekali gus mengurangkan kadar kebankrapan,” katanya.
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Panel pengurus dana luar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24 peratus kepada jumlah pendapatan dana persaraan itu pada 2024.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata setakat 31 Dis, 2024 sejumlah RM213.21 bilion disalurkan kepada pengurus dana luar, mewakili 17 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pencapaian ini adalah bukti kepada kecekapan, matlamat dan kerjasama dalam ekosistem pelaburan yang telah dibina antara KWSP dan pengurus dana luarnya.
“Meskipun berdepan dengan cabaran luar dan ketidaktentuan pasaran sepanjang tahun lepas, KWSP dan pengurus dana luarnya menunjukkan kecekapan dan daya tahan dalam mengurus portfolio pelaburan yang pelbagai bagi memberikan nilai jangka panjang untuk ahli kami,” katanya.
Pada 2024, KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan masing-masing sebanyak RM73.24 bilion dan RM10.19 bilion.
KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion pada 2024, manakala jumlah aset pelaburannya telah meningkat kepada RM1.25 trilion.
Mohd Zuki berkata KWSP komited terhadap inovasi dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan automasi untuk meningkatkan tahap kecekapan operasi serta membangunkan infrastruktur pelaburan yang lebih tangkas dan tersedia masa hadapan.
“Kami bekerjasama secara aktif dengan pengurus dana luar bagi memastikan mereka selari dengan tujuan kami untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif,” katanya.
Sementara itu, KWSP memberi penghormatan kepada 12 pengurus dana luar yang berprestasi tinggi mengikut mandat masing-masing dalam Majlis Makan Malam Tahunan Anugerah Pengurus Dana Luar KWSP.
Antara pemenang adalah Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Shariah) 2024, yang disampaikan kepada BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd dan Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Konvensional) 2024 dianugerahkan kepada Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd.
Kategori Pengurus Dana Bon Global Terbaik 2024 pula dimenangi oleh BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd.
— BERNAMA
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee