Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Untuk M40

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan Pemerkasa+ bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan ‘full lockdown’ yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2021.

PEMERKASA+ memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu:

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Nak tahu sektor mana dalam pasaran saham yang bakal mendapat manfaatnya, jemput baca Sektor Yang Menerima Impak Positif Daripada PEMERKASA+

Tapi malangnya, kelihatan seperti bantuan tersebut lebih menyasarkan golongan B40. Bagaimana pula nasib golongan M40 di Malaysia?

Mereka ini tidaklah kaya seperti golongan T20 dan tidak pula seteruk golongan B40, tetapi mereka ini juga perlukan bantuan.

Alhamdulillah, ada juga bantuan daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pengumuman Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Untuk M40 ini.

Jom kita lihat apakah bentuk bantuan yang diberikan?

Kalau masa PKP 1.0 tahun lepas kita semua dapat nikmati moratorium 6 bulan secara automatik, kini kita boleh pilih untuk mengambil moratorium 3 bulan atau mengurangkan instalment bulanan sebanyak 50% untuk tempoh 6 bulan.

Dengan syarat pendapatan bulanan kita berkurang dan ianya selaras dengan pengurangan pendapatan yang diterima, tak kira sama ada gaji, overtime, komisen, elaun dan sebagainya.

Ada juga bantuan dan pakej lain yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan masing-masing.

Bagi mereka yang layak, kita tengok pula apa yang perlu dilakukan.

Pertama sekali, silal hubungi bank melalui telefon, emel atau semak laman web mereka untuk butiran lanjut.

Seterusnya, kita juga boleh hubungi pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh memberikan khidmat nasihat dan bantuan bayaran alternatif.

Yang terakhir sekali, boleh hubungi BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey untuk berikan maklum balas atau membuat sebarang aduan.

Sumber Rujukan: FB Bank Negara Malaysia

Boleh juga belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA