Bila Tiada Internet Di Seluruh Dunia, Ini Yang Akan Berlaku

Hari ini, kita terlalu bergantung kepada internet untuk menjalani kehidupan seharian. Internet secara umumnya digunakan sebagai medium yang pantas untuk berhubung dengan orang lain selain digunakan sebagai rujukan.

Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya tiada internet di seluruh dunia? Sudah tentu akan ada sektor yang akan lumpuh kerana bergantung kepada sistem internet ini.

Jom kita lihat di antara kesan-kesan ini sekiranya tiada internet di seluruh dunia.

1. Urusan Akan Bermasalah

Tanpa internet, segala urusan akan bermasalah kerana semuanya menggunakan internet. Mungkin ia akan melambatkan segala urusan dan kita semua terpaksa menguruskan semuanya seperti pada zaman sebelum adanya internet.

Terpaksa buat kerja manual dan perlahan. Kini perlu kepada pen dan kertas dan sememangnya agak leceh.

2. Telekomunikasi Dan Lalu Lintas Terganggu

Dengan tiadanya internet, boleh dikatakan kira-kira 80% daripada perkhidmatan telekomunikasi akan terganggu. Televisyen, telefon pintar dan komputer pasti tidak mempunyai fungsi lagi.

Lalu lintas juga akan terkesan kerana lampu menyala di komputer dan komputer tidak dapat mendapat kemaskini data tanpa adanya internet. Selain itu, online bank-in juga tidak dapat digunakan lagi. Pasti ramai yang terpaksa beratur menunggu giliran di bank sekiranya internet banking tidak dapat diakses.

3. Pasaran Saham Akan Terganggu

Pasaran saham berkemungkinan akan ditutup sekiranya tiada internet. Ini kerana hampir semua transaksi di pasaran saham global menggunakan internet dan juga robot untuk jual beli saham.

Maka, kejatuhan pasti saham pasti akan terjadi dan dirasai oleh semua pihak. Kemungkinan ia akan menimbulkan rasa panik dan berlakunya rusuhan.

4. Perniagaan Terjejas Teruk

Secara umumnya, hampir semua perniagaan kini menggunakan internet untuk beroperasi daripada segi sumber manusia, operasi dan lain-lain lagi. 

Transaksi urusniaga tak dapat berjalan dan urusan pekerjaan akan terjejas teruk. Sebagai contoh, segala urusan penghantaran, pembayaran, pesanan yang diterima dan segala urusan yang berkaitan perniagaan tidak dapat berjalan dengan lancar.

5. Pembekalan Makanan Akan Terjejas

Ketiadaan internet juga akan mengakibatkan proses pembekalan makanan turut terjejas dan kejadian panic buyer akan terjadi. Sebagai contoh, ramai yang berasa tidak selamat sekiranya tidak mengetahui hal yang berlaku di luar atau di dalam negara.

Maka berpusu-pusulah orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan dan duduk di rumah menunggu keadaan kembali pulih.

Akhir kata, ketiadaan internet di seluruh dunia akan mencetuskan huru-hara kepada ekonomi dan juga perhubungan sosial sesama manusia.

Jangan letakkan kebergantungan kehidupan kita kepada internet 100% kerana ia memberikan kesan yang negatif kepada kita. Tetapi teruskan mengguna internet dengan baik dan secara berhemah.

Sumber Rujukan: Thrillist

Previous ArticleNext Article

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Pengarah Urusannya, Datuk Kapten Izham Ismail berkata MASwings bukanlah sebuah syarikat yang menjana keuntungan tetapi organisasi kewajipan perkhidmatan awam.

“Bagi kami ia adalah “zero-sum game”. Pada tahap tertentu, pengambilalihan ini menyelesaikan cabaran MAG untuk menguruskan MASwings dan merupakan langkah ke hadapan,” katanya semasa taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2024 hari ini.

Zero sum game bermaksud keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

MAG menandatangani perjanjian jual beli dengan kerajaan Sarawak untuk memuktamdkan pemindahan hak milik MASwings pada 12 Februari, 2025.

Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjenamakan semula MASwings sebagai AirBorneo dan mengendalikannya sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan negeri.

Izham berkata walaupun syarikat penerbangan itu tidak menjana keuntungan, ia menerima insentif tahunan kerajaan.

“Apa yang kami peroleh daripada MASwings hanyalah dalam bentuk insentif sahaja dengan nilai kira-kira RM10 juta setahun. Secara bulanan atau harian, ia adalah bersifat ‘zero-sum game’. Kami tidak mengalami kerugian, pada masa sama tidak meraih keuntungan,” katanya.

Izham berkata MASwings beroperasi untuk memastikan hubungan luar bandar (pengangkutan udara) di bawah kewajipan perkhidmatan awam diberi mandat oleh kerajaan.

“Justeru, tiada kesan kepada P&L. Ia adalah zero-sum game. Anda mungkin bertanya mengapa kami menggunakan MASwings selama ini. Ini kerana kewajipan perkhidmatan awam Perkhidmatan Udara Luar Bandar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa MASwings telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan negara, ia adalah tanggungjawab MAG untuk memastikan bandar dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kekal terhubung.

— BERNAMA