Jet Pejuang, Industri Penerbangan Yang Mendapat Permintaan Tinggi Walaupun Berdepan Pandemik

Industri penerbangan dunia masih lagi berada dalam keadaan yang tidak menentu apabila keadaan pandemik ini masih lagi tidak reda. Syarikat penerbangan dan pengeluar kapal terbang telah memberhentikan ramai pekerja mereka akibat perniagaan yang terjejas teruk.

Walaupun industri penerbangan terjejas teruk ketika permulaan krisis pandemik ini, industri pertahanan aeroangkasa kelihatan tidak terjejas seperti industri penerbangan penumpan dan komersial.

Industri pertahanan terutamanya yang melibatkan jet pejuang masih lagi dapat bertahan kerana permintaan terhadap industri ini masih lagi berjalan seperti biasa walaupun bajet pertahanan negara dikurangkan.

Negara utama yang menjadi pengeluar pesawat pejuang adalah Amerika Syarikat, Rusia dan juga Perancis. Disebabkan industri ini masih lagi mendapat permintaan dari kebanyakan negara di dunia, proses pembuatan jet pejuang masih lagi berjalan seperti biasa.

Kredit Gambar: FT

Ini disebabkan industri yang melibatkan pertahanan disifatkan sebagai penting bagi negara-negara dunia walaupun berdepan dengan krisis pandemik.

Amerika Syarikat adalah negara pengeluar utama jet pejuang dengan syarikat Boeing dan Lockheed Martin. Pendapatan Boeing terjejas teruk kerana syarikat tersebut merupakan salah satu pengeluar kapal terbang komersil terbesar di dunia ini selain daripada AirBus.

Boeing dapat bertahan ketika musim pandemik ini dengan kontrak pertahanan yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikatdalam membangunakan jet pejuang generasi baru.

Rusia dan Perancis juga merupakan pengeluar penting di dalam industri pembuatan jet pejuang dunia. Kedua negara ini menjadi pesaing rapat kepada Amerika Syarikat di dalam merebut pasaran jet pejuang dunia.

Kredit Gambar: DW

Ketika ini, ketegangan di antara India dan China semakin memuncak akibat krisis garisan sempadan mereka di kawasan Himalaya. India memesan sebanyak 36 buah jet pejuang buatan Perancis bagi mengimbangi kekuatan ketenteraan China dan jet pejuang Dassault Rafale itu dijangka akan diperolehi pada tahun hadapan.

Perancis pula telah meluluskan pembelian pesawat pejuang oleh Greece apabila hubungan negara ini sedang tegang dengan Turki. Perancis membekalkan jet pejuang kepada Kerajaan Greece disebabkan hubungan yang baik di antara kedua-dua negara tersebut.

Pembuatan jet pejuang ini merupakan industri yang sangat kompleks dan hanya negara yang mempunyai kemahiran teknologi yang tinggi saja mampu menghasilkannya. Ia juga memerlukan kos yang sangat tinggi untuk beroperasi.

Pembelian jet pejuang oleh mana-mana negara tidak berakhir di situ memandangkan kos penyelenggaraannya juga memerlukan kepakaran yang tinggi. Negara yang menjual jet pejuang ini akan memperolehi kontrak alat ganti serta baikpulih yang berterusan selagi jet pejuang tersebut masih digunakan.

Syarikat pengeluar jet pejuang juga bertanggungjawab dalam melatih mana-mana juruterbang jet pejuang yang menggunakan teknologi mereka. Di sinilah pengeluar jet pejuang akan mendapat kontrak yang berterusan dari para pelanggan mereka.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, pasaran untuk jet pejuang ini dipercayai akan bernilai sebanyak USD18.3 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.