10 Bisnes Yang Menjana Jutaan Dolar Tanpa Pekerja

Alesandr Volodarsky ialah pengasas bersama dan CEO Lemon.io, syarikat yang mengumpulkan komuniti freelancer untuk membantu bisnes pemula (start-up). Menurut Alesandr, beliau obses dengan syarikat pemilik tunggal dan menghabiskan 50 jam untuk mengkajinya. 

Berikut ialah 10 syarikat pemilik tunggal hebat yang telah menjana hasil bernilai jutaan dolar tanpa pekerja dari kajiannya:

1. Stardew Valley

Syarikat ini dibangunkan oleh Eric Barone, dan telah menjana lebih $300 juta dalam masa 6 tahun. Dengan pencapaian ini, Eric boleh dijangka menjadi pengasas pertama yang membuat jualan bernilai $1 bilion. 

Kita lihat cara Eric melakukannya: 

Pada tahun 2011, beliau menghasilkan permainan video Stardew Valley bagi meningkatkan peluang untuk mendapat kerja. Jalan permainan ini ringkas: anda mewarisi sebuah ladang yang super luas. Maka, anda perlu bercucuk tanam, membela ternakan, membina hubungan baik dengan orang kampung, dan memulakan keluarga.  

Selepas membina permainan tersebut, Eric memutuskan untuk bekerja solo secara sepenuh masa bagi menjaga kualiti kerjanya sendiri. Dia belajar semuanya – menambah grafik 3D, animasi dan muzik sepanjang bekerja untuk membina permainan tersebut. Menjelang Disember 2011, dia semakin obses dengan permainan tersebut. Bekerja 8-15 jam setiap hari, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti mencari pekerjaan.

Seterusnya, Eric membangunkan komuniti untuk permainannya itu. Dia melancarkan laman web dan subreddit bagi tujuan berkongsi kemas kini dan mendapatkan maklum balas daripada para pemain. Setakat ini, laman web itu mempunyai 20 juta pelawat per bulan dan subreddit-nya mempunyai 1.3 juta pelanggan. 

Dia memanfaatkan audiens pada kedua-dua halaman untuk mempromosikan permainan videonya, serta mendidik mereka untuk bermain Stardew Valley dan menjawab semua soalan lazim (FAQ). Komuniti ini juga membantu Eric mendapatkan pelepasan daripada Steam, iaitu platform bagi pengedaran permainan video.

Steam kebiasaanya menolak developer (pembangun) solo. Namun, apabila peminat mengundi permainan video yang dimahukan dan mencapai jumlah minimunyang diperlukan, permainan video tersebut akan diberi kelulusan oleh Steam. Menggunakan cara ini, Eric mendapatkan bantuan audiensnya bagi mendapatkan undi minimum untuk masuk ke platform itu. 

Pelancaran Rasmi

Eric berhenti dari menyempurnakan setiap aspek Stardew Valley dan terus melancarkannya pada 2015 pada harga $15. Selepas dua bulan, ia terjual sebanyak 1 juta salinan dan menjana $15 juta. Hari ini, sebanyak 20 juta salinan telah terjual dan menjana $300 juta.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan Eric ialah:

  • Harga murah yang menggalakkan penerimaan global.
  • Pada peringkat awal, Eric menggunakan firma khusus sebagai sumber luar kerja-kerja pengurusan awam, pemasaran dan penerbitan dengan perjanjian 10% saham supaya dia boleh fokus pada kerja-kerja pengekodan (coding).
  • Komuniti kuat yang mempromosikan permainannya setiap hari.
  • Permainan video itu sendiri yang menarik.

Seterusnya, Eric menerima pelbagai tawaran bernilai jutaan dolar dari Sony, Nintendo dan pelbagai syarikat gergasi permainan video tetapi dia menolaknya. Dia sibuk mengemas kini permainannya dengan ciri-ciri baharu.

Terkini, Eric membangunkan permainan lain iaitu Haunted Chocolatier.

Gambar: Eric Barone juga dikenali sebagai ConcernedApe, sumber dari KING 5

2. Built With

Built With adalah laman web yang membantu anda mengetahui teknologi dan servis yang digunakan oleh sesuatu laman web. Dalam perkataan lain, pemprofil web. Ia dibangunkan oleh Gary Brewer. Sebagai contoh, anda boleh tahu bahawa laman web The Hustle menggunakan Hot Jar bagi pengoptimuman penukaran, Google Optimize 360 untuk ujian A/B dan Zapier untuk automasi. 

Ia mempunyai 3,000 pelanggan berbayar dan Gary satu-satunya pekerja sepenuh masa (ada satu atau dua pekerja separuh masa yang membantunya dengan blog). Tidak ada pasukan jualan, pemasaran mahupun khidmat pelanggan.

Pada fasa awal, iaitu pada tahun 2007, Gary melihat pelbagai laman sesawang start-up bagi mengetahui kumpulan teknologi yang digunakan bagi membina projek yang serupa. Hasilnya, dia menjumpai banyak situasi yang sama, tetapi penyelesaiannya tidak wujud. Maka, dia membangunkan Built With.

Tarikan Awal

Gary memujuk pelbagai blog bagi mempromosikan pelancaran Built With. Dia berjaya mendapat perhatian di Digg (laman perkongsian #1 ketika itu). Dia juga meyakinkan About Us (direktori domain internet) bagi meletakkan pautan ke Built With pada setiap halaman domain. Hasilnya, trafik meningkat 10 kali ganda.

Seterusnya, Gary mendapat banyak permintaan daripada pemilik produk bagi membina lebih banyak fitur dan mengecaj mereka, ketika bisnes online meningkat. Dia mencipta sistem langganan (yuran dari $295-$995/bulan) bagi membenarkan pengguna mencari teknologi/kata kunci dan pelanggan berpotensi. Berikut adalah lima cara Built With digunakan oleh pelanggannya:

a. Lead Generation: Sebagai contoh: jika anda pesaing Zoom, anda boleh dapatkan setiap penggunanya dan mengirim e-mel kepada mereka semua. Anda boleh beritahu kelebihan produk atau servis yang ada dan sebab mereka perlu beralih kepada anda.

b. Customer Analytics / Analisis Pelanggan: Anda boleh mencari orang yang menggunakan produk anda tetapi menghabiskan belanja yang besar untuk penggunaan teknologi lain pada laman web mereka. Jika anda menjual produk yang sama, minta mereka kemas kini pelan berbayar sedia ada, atau bina fitur yang serupa.

c. Business Intelligence / Nilai Kecerdasan Bisnes: Dana Hedge menggunakan Built With bagi mencari trend teknologi berdasarkan laman sesawang yang menggunakannya. Jika ramai yang menggunakannya, mereka boleh melabur dalam syarikat tersebut. 

d. Relationship Between Websites / Hubungan antara laman web: Anda boleh membandingkan dua laman sesawang bagi mencari jurang keselamatan (security gap).

e. Senarai Berdasarkan Kata Kunci / Keyword-based List: Built With mengindeks kata kunci yang ditemukan dalam laman utama bagi 637 juta laman sesawang. Contohnya, anda boleh mencari laman web dengan kata kunci “kesihatan” dan kemudian boleh menapis (filter) lebih dalam mengikut kriteria seperti teknologi, lokasi, perbelanjaan dan kedudukan. Anda boleh gunakan data ini untuk pemasaran.

Bagaimana Gary menjalankan Built With tanpa pekerja?

Tanpa ada pekerja atau pasukan, Gary menguruskan jualan dan khidmat pelanggan. Dia bekerja 1-2 jam setiap hari untuk menjawab pertanyaan pengguna, 95% daripadanya datang dari pemasaran mulut ke mulut; trafik organik. Dia menjawab banyak soalan dalam masa 10 saat, dengan memautkannya kepada maklumat umum Built With.

Sekiranya ada situasi atau persoalan baharu, Gary akan menulis artikel atau merakam video bagi menunjukkan langkah yang betul. Satu lagi rahsia Gary ialah dengan memudahkan proses menghentikan langganan (unsubscribe).

Ini bermakna dia tidak perlu melakukan banyak perkara. Dengan waktu yang berjaya dijimatkan, Gary gunakannya bagi membangunkan fitur baharu berdasarkan maklum balas pengguna. Dengan cara ini, proses automasi dapat berlaku lebih cepat.

Gambar: Gary Brewer

3. Viral Nova

Viral Nova ialah laman pengumpulan kandungan yang viral di Internet (seperti Buzzfeed). Ia dibangunkan oleh Scott Delong. Pada kemuncaknya, laman ini menjana $5-$10 juta per tahun dan mempunyai 100 juta pembaca setiap bulan, tanpa sebarang kos dan pekerja.

Gambar:Scott Delong

4. Photopea

Photopea ialah laman suntingan gambar dan grafik percuma. Ia dicipta oleh Ivan Kutskir dan menjana 10 juta pelawat setiap bulan dan sekitar $1.5 juta per tahun. Pengguna menghabiskan 1.5 juta jam sebulan bagi menggunakan Photopea.

5. Digital Inspiration

Laman ini membangunkan plug-in untuk Google Docs, Sheets, Slides dan banyak lagi. Ia dibangunkan oleh Amit Agarwal dan mendapat 5 juta pelawat setiap bulan, menjana $10 juta per tahun. Seramai lebih 40 juta pengguna sudah memuat turun plugin ini. 

6. Aplikasi Rego

Tiga daripada aplikasi Rego (5-0 Police Scanner, Remote for Tesla dan Police Scanner+) adalah yang paling banyak dimuat turun dalam kategori masing-masing. Aplikasi ini dibangunkan oleh Allen Wong dan beliau telah menjana lebih daripada $100 juta daripada aplikasi tersebut.

7. Justin Welsh

Justin Welsh telah membina beberapa bisnes yang menjana lebih $3 juta (dengan margin 94%). Dia memperoleh jumlah itu melalui khidmat konsultasi, kursus, komuniti berbayar, penajaan newsletter, dan banyak lagi.

8. Brumate

Brumate adalah laman yang menjual minuman untuk dewasa (bir, wain) dalam tin yang boleh disimpan sejuk lebih daripada 24 jam. Ia dibangunkan oleh Dylan Jacob dan telah menjana $20 juta tanpa pekerja. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 2.5 juta pelanggan dari seluruh dunia.

Setelah itu, baru Dylan mula membina pasukan kecil untuk mengembangkan bisnesnya lagi.

9. Portfolio Dalam Pelbagai Bisnes 

Peter Lievel mempunyai pelbagai bisnes: pasar kerja jarak jauh, fotografi AI, komuniti nomad, dan lain-lain yang kesemuanya menjana lebih daripada $3 juta.

10. Carrd

Carrd ialah laman ringkas yang percuma, responsif untuk apa-apa sahaja yang perlu dan sesuai. Pembina laman web satu halaman ini dibangunkan oleh AJ.

Laman ini telah menjana $1 juta dan terdapat lebih daripada 4 juta laman yang telah dibina menggunakan Carrd.

Rujukan: https://twitter.com/volodarik/status/1601964069023531011?t=1iafBl8Nhu8xLXlvzcS_AQ&s=19


Majoriti bisnes solopreneur dan cyberpreneur ini menggunakan Search Engine Optimization sebagai cara untuk mendapatkan pelanggan secara organik di Google. 

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.