5 Sikap Pelanggan Yang Ada Di Malaysia

Dalam dunia perniagaan, perlu ada pembeli dan juga penjual atau pelanggan. Semakin banyak aktiviti jual beli berlaku, semakin rancaklah ekonomi negara kita.

Ketika pandemik Covid-19, tidak dinafikan bahawa ekonomi negara terjejas teruk. Namun ianya telah disokong oleh kuasa jual beli secara online yang tinggi sehinggalah ke hari ini.

Kalau nak tahu, ada 5 sikap pelanggan yang wujud di Malaysia yang penting untuk kita tahu. Dengan mengenali pelanggan, komunikasi anda dan pelanggan akan bertambah mudah dan lancar.

1. Tanya Harga Terus Beli

Sikap pelanggan pertama ini sangat mudah dan yang paling disukai. Mereka akan bertanyakan harga dan terus membeli.

Tak banyak songeh betul, memang rezeki siapa dapat pelanggan jenis sebegini.

2. Suka Berjimat (Promosi Dan Tawaran Hebat)

Golongan yang suka berjimat ini biasanya suka membeli berdasarkan emosi mereka. Lemah iman dan biasanya tidak boleh melihat perkataan ‘promosi’, ‘tawaran hebat’, ‘diskaun’ dan sebagainya, pasti mereka akan terus beli.

Walaupun potongan harga 2% sekali pun mereka tetap tidak kisah, asalkan ada tawaran.

3. Suka Buat Kajian Terperinci

Ada juga jenis pelanggan yang telah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membeli. Biasanya mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dan tidak akan meminta potongan harga kerana sudah mengetahui harga pasaran.

Jika pelanggan ini diberikan layanan sedikit mesra, pasti mereka akan menjadi pelanggan kita.

4. Suka Harga Yang Paling Murah

Sikap pelanggan sebegini pula hanya mementingkan harga berbanding dengan kualiti. Mereka biasanya jenis suka membuat tinjauan harga dan cuba mencari harga yang paling murah di pasaran.

Dengan adanya platform atas talian pada masa kini, mudah untuk mereka buat perbandingan harga. Sekiranya produk jualan anda paling murah di pasaran, pasti anda akan diserbu oleh pelanggan yang sebegini.

5. Suka Bertanya Banyak

Akhir sekali, ada pelanggan yang memang suka bertanya dengan banyak.  Golongan ini selalunya suka bertanya mengenai perkara yang sememangnya sudah jelas dinyatakan pada keterangan produk, tetapi nak juga bertanya.

Namun, apa yang pasti golongan ini pasti akan membeli setelah semua soalan mereka dijawab dengan jelas dan mereka berpuas hati.

Sekiranya anda seorang peniaga, sabarlah melayan kesemua sikap pelanggan walaupun penat. Mudah-mudahan ada keberkatan dalam sifat sabar kita.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.