Platform MoreRewardz Bantu Perkasakan PKS Untuk Capai Matlamat Jualan

Kuala Lumpur, 16 Februari 2023 – Aplikasi MoreRewardz menawarkan penyelesaian baharunya untuk mencapai matlamat jualan, yang mana boleh dilakukan dalam kurang  daripada 7 minit secara percuma.  

Melalui platform tersebut, pemilik perniagaan boleh menyemak, menganalisis dan membuat pelarasan dengan segera untuk menyelesaikan masalah dalam kempen mereka.  

Pengasas Platform Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Program Kesetiaan  MoreRewardz, Welson Ang berkata, berbanding dengan kempen jualan tradisional, ia menawarkan pengalaman yang memperkasakan pemilik perniagaan dan proses persediaan yang mudah diikuti dalam bentuk soal jawab.  

Katanya, selain daripada penjimatan kos dan masa yang jelas, pemilik perniagaan juga  dapat mengakses maklumat masa nyata mengenai kempen mereka terus dari telefon  mudah alih mereka.  

“Sebagai usahawan, saya tidak asing dengan titik perit menjalankan kempen jualan, justeru, saya menubuhkan MoreRewardz untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membolehkan mereka berhubung dengan pangkalan pelanggan dengan mudah. 

“Platform ini boleh digunakan hampir semua sektor, daripada premis cuci kereta ke restoran, daripada kelas tuisyen ke salon dan juga perkhidmatan pembersihan.  

“Kami berharap ini akan memberikan penyedia perkhidmatan dorongan tambahan untuk  berinteraksi lebih banyak dengan pangkalan pelanggan mereka tanpa sebarang kos tersembunyi atau tambahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurut Welson, peniaga boleh mula mengumpul urus niaga daripada pelanggan sebelum kempen jualan dimulakan, sekali gus meningkatkan aliran tunai serta-merta dan memberikan jaminan dan keselamatan yang amat diperlukan.  

MoreRewardz menawarkan 4 peringkat dalam struktur harga mereka, semuanya  memberikan pelbagai ciri dan faedah bergantung pada saiz syarikat dan kes penggunaan, dengan peningkatan tertakluk kepada keperluan.  

Peringkat pertama, dibuat percuma untuk semua orang dan akan memberi perkhidmatan  terbaik kepada usahawan dan perniagaan yang baru berkembang, manakala peringkat  tertinggi membenarkan sehingga 5,000 pangkalan data pelanggan dan 15,000 transaksi  sebulan.  

Tanpa sebarang kos, MoreRewardz ialah salah satu pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan pengembangan perniagaan dengan sedikit atau tanpa kos.  

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia Pertingkat Bantuan Pembiayaan Untuk PKS Melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan BNM

Kuala Lumpur, Malaysia – UOB Malaysia hari ini mengumumkan bantuan pembiayaan yang dipertingkatkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM). Kemudahan ini menyediakan bantuan tersasar untuk membantu perniagaan mengukuhkan aliran tunai dan mengekalkan operasi akibat ketidakpastian ekonomi yang berterusan.

SME SRF daripada BNM bertujuan menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada masanya kepada PKS yang mengalami gangguan dan tekanan kewangan, khususnya yang menghadapi tekanan luaran seperti konflik Asia Barat, yang telah menjejaskan aliran pendapatan dan kestabilan operasi bagi kebanyakan perniagaan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Dalam persekitaran semasa yang semakin tidak menentu, kami memahami cabaran sebenar yang dihadapi pelanggan. Melalui kemudahan seperti Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS daripada Bank Negara Malaysia, kami dapat menyalurkan sokongan yang praktikal dan tepat pada masanya untuk membantu perniagaan menguruskan tekanan aliran tunai, mengekalkan operasi dan kekal berdaya maju di masa hadapan. Sebagai tambahan kepada bantuan kami sebelum ini, tumpuan kami kekal untuk menyokong pelanggan di setiap langkah ketika mereka berdepan dengan keadaan pasaran yang semakin berubah.”

Di bawah SME SRF, pelanggan boleh mendapat pembiayaan sehingga RM750,000 pada kadar sehingga 3.75% setahun, termasuk fi jaminan, untuk tempoh pembiayaan sehingga lima tahun. Kemudahan ini disokong oleh perlindungan jaminan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Permohonan kini dibuka kepada PKS yang ingin memohon SME SRF daripada BNM. PKS boleh hubungi Pengurus Perhubungan UOB mereka atau hubungi bank melalui e-mel di [email protected]. Maklumat lanjut mengenai program bantuan kewangan UOB boleh didapati di uob.com.my.