Tiga Agensi Kerajaan Yang Beri Pinjaman (Pembiayaan) Perniagaan Kepada Bumiputera (2024)

Adakah anda seorang usahawan yang bercita-cita tinggi untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan? Anda telah mempunyai beberapa idea tetapi memerlukan suntikan modal tambahan untuk bermula? 

Tapi dekat mana nak cari modal? Selain bank, sebenarnya ada alternatif lain.

Jangan risau, hari ini kami nak kongsikan tiga (3) agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai kemudahan dan boleh membantu:

a)Produk Pembiayaan TEKUN

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN merupakan kaedah pinjaman terbaik yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu usahawan kecil bumiputera menjalankan atau mengembangkan perniagaan mereka. Kaedah yang diguna pakai bagi skim ini memudahkan usahawan kecil untuk mendapatkan pinjaman. Berikut adalah beberapa skim pembiayaan di bawah TEKUN:

  • Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Jumlah pembiayaan adalah RM 10,000.00 sehingga RM 50,000.00. Tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

  • Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

Jumlah pembiayaan adalah RM 50,000.00 sehingga RM 100,000.00. Tempoh pembiayaan sehingga sepuluh tahun.

  • Skim Pembayaran Kontrak-I

Jumlah pembiayaan adalah RM 1,000.00 sehingga RM 200,000.00. Tempoh pembiayaan kontrak tidak lebih daripada enam bulan.

  • Skim Pembiayaan Usahawan Kraf

Jumlah pembiayaan RM1,000 sehingga RM100,000 sahaja. Tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan atau sepuluh tahun

Boleh rujuk Portal Rasmi TEKUN untuk maklumat lanjut.

b) Majlis Amanah Rakyat

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menawarkan ekosistem keusahawanan yang lengkap merangkumi Pembangunan Usahawan, Pembangunan Perniagaan dan Kemudahan Sokongan.

Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) berperanan menyediakan pembiayaan kepada usahawan bumiputera sebagai sokongan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan di dalam pelbagai industri kecil dan sederhana. Berikut adalah beberapa skim pinjaman di bawah MARA:

  • Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)
  • Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)
  • Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
  • Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional
  • Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
  • MARA Integrated Smart Auto (MISA)
  • Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPiKE)/SPiKE GLC
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan.

c) PROSPER PUNB

Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pembiayaan perniagaan untuk membangun dan memperkasa usahawan bumiputera dan perniagaan mereka agar berdaya maju dan berdaya tahan.

Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan.

Pakej pembiayaan bersepadu ditawarkan merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan.

Jumlah pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama tujuh (7) tahun.

Unutk maklumat lanjut, rujuk Portal Rasmi PUNB.

Kesimpulanya, kerajaan Malaysia telah mengambil satu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik untuk melonjakkan penyertaan ekonomi bumiputera secara strategik, mampan dan berkesan. 

Manakala anda sebagai usahawan perlu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan anda.

Rujukan

  1. Kad Laporan. Setahun Bersama Kerjaan Madani, Pejabat Perdana Menteri
  2. https://www.malaysia.gov.my/portal
  3. https://www.kuskop.gov.my/index
  4. https://www.tekun.gov.my/
  5. https://www.mara.gov.my/ 
  6. https://www.punb.com.my/
  7. https://programs.teraju.gov.my/

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.