U Mobile Dipilih Penyedia 5G Rangkaian Kedua Berdasarkan Gabungan Beberapa Faktor – MCMC


PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) — Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Faktor-faktor tersebut adalah seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, faktor lain yang turut diambil kira adalah sumbangan syarikat tersebut kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.

“Melalui pemilihan itu, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan yang telah ditetapkan dan sekiranya terdapat ketidakpatuhan maka penalti akan dikenakan,” katanya. 

Pada 1 November lepas, MCMC menerusi satu kenyataan mengumumkan pemilihan berkenaan yang bertujuan untuk memastikan manfaat penuh teknologi 5G sampai kepada orang ramai, industri serta negara.

Menurut suruhanjaya itu, sebagai penyedia rangkaian 5G kedua U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem lain, namun tertakluk kepada kelulusan MCMC.

“MCMC akan sentiasa menilai kerjasama tersebut untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, MCMC berkata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan kepada suruhanjaya berkenaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat. 

Suruhanjaya itu berkata dengan penubuhan rangkaian 5G kedua tersebut, MCMC membuka jalan bagi fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. 

“Perkembangan ini menggalakkan persaingan dan mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat Malaysia menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan,” katanya.

MCMC berkata bagi memastikan landskap telekomunikasi negara yang kukuh dan boleh dipercayai pada masa depan, suruhanjaya itu akan terus memantau standard kualiti dalam kalangan semua penyedia perkhidmatan. 

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.