Kodak Berjaya Mendapat Pinjaman Kerajaan Untuk Penghasilan Produk Farmaseutikal

Bagi generasi digital, Kodak mungkin jenama yang asing bagi mereka tetapi syarikat ini pernah menakluk pasaran dunia lebih dari satu abad sebelum munculnya telefon pintar dan kamera digital.

Teknologi tersebut merupakan faktor utama yang menyumbangkan kemusnahan syarikat ini yang pernah menjadi syarikat blue chip di Amerika Syarikat sehinggalah syarikat tersebut diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 kerana tidak mampu untuk bersaing dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.

Boleh baca kisah Kodak di sini

Dengan penularan virus Covid-19 yang semakin merebak ke negara tersebut, ia telah memberi peluang keemasan bagi Syarikat Kodak apabila Presiden Donald Trump telah meluluskan pinjaman kewangan kepada syarikat tersebut bagi menghasilkan bahan untuk menghasilkan generic drug untuk menentang virus ini. Donald Trump yang terkenal dengan slogan pilihan raya yang popular yang menaikkan imejnya iaitu “Make America Great Again” dan telah membuktikan bahawa kata-katanya itu bukan sekadar retorik pilihan raya tetapi membuktikan melalui tindakannya.

Dia telah meluluskan pinjaman sebanyak $765 juta untuk membantu kodak dalam menghasilkan produk  generic drug untuk negara Amerika Syarikat. Di dalam perjanjian pinjaman tersebut, Kodak perlu membayar kembali wang pinjaman tersebut kepada Kerajaan Amerika Syarikat dalam tempoh  25 tahun akan datang dan ia merupakan peluang yang terbaik untuk Syarikat Kodak kembali ke persada antarabangsa selepas syarikat itu jatuh muflis pada tahun 2012.

Ini bukan kali pertama Kodak berada didalam industri farmaseutikal. Pada pertengahan tahun 1980-an,syarikat kodak telah membeli sebuah syarikat farmaseutikal yang terkenal pada ketika itu, Sterling Drug dengan nilai pembelian sebanyak $5.1 billion.

Syarikat tersebut kemudianya bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dari Perancis, Sanofi Aventis untuk menghasilkan aspirin pada era 1990-an. Oleh kerana perniagaan farmaseutikal ini tidak menguntungkan perniagaan Kodak, mereka telah menjual perniagaan tersebut kepada Syarikat Hafslund Nycomed dengan harga $450 juta dan selebihnya  kepada syarikat gergasi farmaseutikal dari United Kingdom, GlaxoSmithKline plc pada tahun 1994 dengan nilai penjualan sebanyak $2.9 billion.

Kodak tidak mengambil serius untuk memfokuskan di dalam bidang farmaseutikal kerana bidang fotografi merupakan bidang yang menjana pendapatan yang sangat lumayan bagi syarikat tersebut pada era itu.

Dengan penguguman yang dilakukan oleh presiden Donald Trump terhadap pinjaman yang diluluskan oleh Defense Production Act kepada Kodak, harga saham syarikat kodak naik dengan begitu drastik sekali iaitu dengan kenaikan sebanyak 318% pada kedudukan paling tinggi dalam tempoh sehari yang mana harga meningkat kepada $25.26 dan kembali pada kedudukan yang lebih stabil iaitu $15.

Langkah yang dibuat oleh Donald Trump itu bertepatan dengan situasi yang berlaku sekarang kepada negara tersebut yang mana sebelum ini, hampir 50% produk farmaseutikal negara tersebut bergantung kepada penghasilan produk farmaseutikal dari Negara India dan juga China.

Dengan langkah yang dilakukan oleh Donald Trump, ia akan mengurangkan kebergantungan negara tersebut kepada kedua negara terutamanya Negara China yang mana merupakan negara pesaing utama untuk Amerika Syarikat.

Dengan hubungan yang semakin keruh di antara kedua negara yang mengalami fasa baru didalam perang perdagangan, langkah yang diambil oleh Donald Trump ini merupakan satu langkah yang bijak.

Sumber Rujukan: https://www.bbc.com/news/business-53563601

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA