Miliki Mahligai Mampu Milik Lengkap Dengan Landskap

Hidup di dunia ini adalah sementara. Akhirat jualah tempat kita yang kekal abadi. Mungkin di dunia kita tak mampu nak beli macam-macam benda, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh impikan kehidupan yang selesa di syurga nanti.

Nak ke sebuah mahligai yang kita miliki, dengan harta yang melimpah ruah, dikelilingi dengan pokok tamar dan kehijauan seluas mata memandang?

Bagi siapa yang berminat dengan tawaran ini, boleh buat 4 amalan ini secara istiqomah:

1. Tunaikan solat sunat rawatib 12 rakaat sehari semalam.

Sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sahih Muslim memberi maksud mereka yang solat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari semalam akan dibina buatnya sebuah mahligai di syurga nanti.

Iaitu 2 rakaat sebelum fajar, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.

2. Ucapkan zikir (سُبْحَانَ اللّهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)

Dikhabarkan dalam sebuah hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Tirmizi, sesiapa yang membaca zikir ini, akan ditanam buatnya sepohon tamar di syurga.

3. Berzikirlah dengan (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)

Sebuah hadis dalam Sahih Muslim, Nabi S.A.W menyatakan zikir ini merupakan salah satu khazanah berharga atau harta simpanan dalam syurga.

4. Amalkan (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ)

Hadis Nabi S.A.W dalam Sunan Ibnu Majah menjelaskan bahawa setiap ucapan zikir ini akan ditanam buatnya sepohon pokok dalam syurga nanti.

Bolehlah diamalkan satu demi satu, semoga berbahagia di sana nanti, insya-Allah.

Kredit: Yayasan Pondok Sungai Durian

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nabi Enggan Solat Jenazah Ke Atas Jenazah Yang Masih Berhutang

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, pernah satu ketika, didatangkan satu jenazah kepada Nabi Muhammad SAW. Lalu para sahabat meminta Baginda Nabi menyempurnakan solat (jenazah) bagi jenazah tersebut. Kemudian Baginda bertanya para sahabat:

“Adakah dia (jenazah tersebut) ada meninggalkan sesuatu?”

Sahabat menjawab tiada. Kemudian Baginda bertanya lagi;

“Adakah dia mempunyai hutang?”

Sahabat kemudian menjawab. “Ada. Jenazah masih mempunyai hutang sebanyak tiga dinar.”

Baginda terus bersabda; “Solatlah kamu ke atas temanmu ini. (Nabi enggan solat jenazah).

Lalu Abu Qatadah berkata; Wahai Rasulullah, solatlah ke atas jenazah ini kerana aku akan menanggung (melunaskan) segala hutangnya.

Mak barulah akhirnya Nabi menyempurnakan solat jenazah tersebut.

(Hadis Muttafaqun Alaih)

Beratnya Isu Hutang

Kehidupan dalam dunia hari ini hampir mustahil seseorang itu dapat hidup tanpa membuat sebarang hutang. Ada yang  berhutang kerana keperluan yang mendesak dan ada juga yang sanggup berhutang kerana ingin memenuhi kemahuan dan kehendak.

Bagaimana pandangan Islam dalam isu hutang?

Islam memandang serius permasalahan hutang bahkan sehingga ayat Al-Quran yang paling panjang sekali menceritakan tentang hutang. Satu ayat dalam satu muka surat penuh hanya memperincikan masalah hutang. Ianya terkandung pada Surah Al-Baqarah ayat 282.

Hukum Berhutang Dan Memberi Hutang Dalam Islam

Secara asasnya, memberi hutang hukumnya sunat dan sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah. Al-Quran juga bahkan menggalakan pemberi hutang untuk memudahkan si pemiutang dengan memberi kelonggaran supaya dapat meringkan bebannya.

Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Q.S. Al-Baqarah : 280)

Manakala hukum berhutang pula pada asasnya harus. Walaubagaimanapun dalam beberapa situasi yang berbeza, hukum berhutang berubah mengikut keadaan.

Pertama: Haram jika pemiutang tahu si penghutang berhutang untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.

Kedua: Makruh sekiranya pemiutang tahu si penghutang berhutang untuk perkara yang tidak bermanfaat atau menunjuk-nunjuk, ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut.

Ketiga: Berhutang boleh jadi wajib pemiutang tahu si penghutang sangat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.

Walaubagaimanupun, di pihak penghutang, menjadi tanggungjawabnya untuk melunaskan semua hutang yang telah dipinjamnya. 

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدَّانُ دَيْنًا ، فَعَلِمَ اللَّهُ أَنَّهُ يُرِيدُ قَضَاءَهُ ، إِلاَّ أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْهُ فِي الدُّنْيَا

Maksudnya: “Tidaklah seseorang yang berhutang dan Allah mengetahui bahawa dia ingin melunaskannya, kecuali Allah akan memudahkan untuk menyelesaikannya di dunia.”

(Riwayat al-Nasa’ie, Ibn Majah dan Ahmad)

Ancaman Ke Atas Orang Yang Dengan Sengaja Enggan Membayar Hutang

1. Mati dalam keadaan berhutang, segala amal solehnya akan dijadikan sebagai ganti. Nabi pernah bersabda;

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunaskan dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (Riwayat Ibnu Majah)

Itulah keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunaskan, maka untuk membayarnya akan diambil dari pahala kebaikannya. Itulah yang terjadi ketika hari kiamat kerana di sana tidak ada lagi dinar dan dirham untuk melunaskan hutang tersebut.

Akhirnya habis segala kebaikan yang dilakukan di dunia kerana perlu diganti untuk ‘membayar hutangnya’ di akhirat kelak.

2. Bertemu dengan Allah di Akhirat sebagai pencuri jika dengan sengaja tidak mahu melunaskan hutang semasa di dunia. Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Siapa saja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Haram hukumnya apabila kita dari awal semasa meminjam lagi sudah bertekad untuk sengaja tidak membayarnya.

3. Dosa hutang tidak diampunkan walaupun mati syahid.

Pada zaman Nabi, suatu ketika para sahabat duduk bersama Rasulullah S.A.W ketika sedang menguburkan jenazah.

Baginda mengangkatkan kepala baginda ke langit kemudian menepuk dahinya dengan telapak tangan kemudian berkata, “Subhaanallah, betapa berat ancaman yang diturunkan.”

Para sahabat semua diam sahaja walaupun masing-masing tertanya dengan tindakan Nabi tersebut. Hanya pada keesokan harinya baru ada sahabat yang bertanya tentang perbuatan Nabi tersebut. Lalu Baginda menjawab.

“Demi Allah jiwaku berada di tanganNya, seandainya seorang lelaki terbunuh fi sabilillah (berjihad) kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh sementara ia punya hutang, maka ia tidak akan masuk syurga hingga selesai hutangnya.”  (Riwayat An- Nasa’i, Ahmad, Al-Hakim)

Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad pernah bersabda;

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim)

Betapa besarnya dosa tidak melunaskan hutang. Hatta orang yang mati syahid ketika berjihad di jalan Allah pun tidak dibenarkan masuk syurga kerana masih berhutang, apatah lagi kita.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah patuh syariah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!