5 Agensi Kerajaan Yang Beri Pinjaman Perniagaan Kepada Bumiputera (2022)

Menjadi usahawan dan pemilik perniagaan bukanlah mudah sekiranya banyak kekurangan dan kelengkapan dalam misi menaikkan perniagaan anda. Mana tidaknya, rancangan anda mungkin tergendala kerana modal kewangan tidak mencukupi, ilmu tidak digunakan dengan betul dan tersilap langkah membuat tindakan.

Di antara yang ditakuti oleh semua usahawan adalah kekurangan modal. Duitlah segala penyelesaian yang dapat menaikkan semula perniagaan, yang dapat mengurangkan beban kerja anda untuk melatih pekerja dan sebagainya.

Pendek kata, sesebuah perniagaan memerlukan wang modal untuk bermula, dengan adanya modal tambahan dan modal tetap, pastinya anda cuma menunggu hasil keuntungan sahaja selepas ini. Tetapi jika perniagaan masih bertatih, banyak perkara yang harus anda lakukan untuk mengembangkan bisnes tadi.

Salah satu penyelesaian yang disarankan adalah membuat pinjaman perniagaan Agensi Kerajaan yang ditawarkan untuk semua. Terdapat banyak pinjaman perniagaan agensi kerajaan yang boleh kita mohon.

Jom kita lihat pilihan yang ada.

#1 Skim Pembiayaan Industri Sukan

Skim pembiayaan suntikan modal pusingan / tambahan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kepada operator / pengusaha fasiliti sukan.

Nilai Pembiayaan adalah dari RM1,000 hingga RM100,000.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan Industri Sukan?

Usahawan mikro yang layak memohon harus memenuhi kriteria di bawah : ​​

  • Warganegara Malaysia Bumiputera / India.
  • Berumur 18 – 65 tahun ( Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun ).​
  • Mempunyai daftar perniagaan (SSM), lesen atau permit yang sah daripada PBT. Bagi sektor Informal pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan menjalankan perniagaan daripada Ketua Kampung / Pengerusi JKKK atau Penghulu/Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) ATAU kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.​
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Bebas daripada sebarang tindakan kebankrapan.
  • Syarikat Sdn. Bhd. dengan had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000.
  • Baki pembiayaan sedia ada dengan TEKUN Nasional tidak melebihi RM100,000.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.​

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui:

Pejabat/Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon ATAU

Lawati laman sesawang TEKUN

#2 Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dikawalselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam membantu membuat penyaluran modal kepada peniaga baru dan lama. Ia adalah khas untuk usahawan Bumiputera yang berminat sahaja dan layak dengan syarat-syaratnya.

Bermula dengan nama Yayasan TEKUN Nasional pada 1998, kini ia telah menjadi TEKUN Nasional selepas penyusunan pentadbiran dilakukan.

Had pinjaman TEKUN adalah serendah RM500.00 sehingga RM100,000.00. Selain cara bayaran baliknya yang amat mudah, caj perkhidmatan yang dikenakan juga hanya 4 % setahun berbanding ceti haram / Ah Long yang mengenakan kadar faedah tinggi dengan peminjam terdedah kepada pelbagai risiko.

TEKUN juga menjadi pilihan kerana peminjam tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

Anda boleh membayar balik dalam tempoh di antara sebulan sehingga lima tahun. Produk-produk yang ditawarkan :

Antara salah satu platform kemudahan pembiayaan mikro-kredit yang ditawarkan adalah AR RAHNU TEKUN. Ia adalah satu produk pembiayaan semula gadaian patuh Syariah jangka pendek (Tawarruq) di mana pelanggan / usahawan akan mencagar barangan emas atau barang kemas mengikut jenis emas yang diterima (rujuk senarai Emas) sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan.

Kemudahan ini adalah berlandaskan kontrak Syariah, iaitu Tawarruq, dan Rahn di bawah pengurusan Jabatan AR RAHNU TEKUN dan dipantau oleh Jabatan Syariah TEKUN Nasional.

Laman Sesawang TEKUN: www.tekun.gov.my

#3 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh MARA ini adalah khas untuk bumiputera Melayu sahaja. 

Di antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) – SPiKE ialah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres yang memberi kemudahan pembiayaan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

Anda boleh mendapatkan pinjaman serendah RM5,000.00 sehingga RM250,000.00 dengan agensi kerajaan ini.

Laman Sesawang MARA: www.mara.gov.my

#4 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Tahukah anda, PUNB adalah milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras untuk aktiviti pelaburan agensi syarikat, kerajaan dan individu Bumiputera.?

PUNB juga bertujuan membantu membangunkan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Bagusnya, PUNB membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Dii antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan adalah Prosper runcit, Prosper teras dan PKS.

Laman Sesawang PUNB: www.punb.com.my

#5 TERAJU

Peneraju Bumiputera ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menawarkan beberapa skim pinjaman perniagaan untuk usahawan bumiputera. Teraju telah berjaya membantu sehingga RM14.8 bilion bagi pelaburan swasta Bumiputera sehingga Jun 2018.

Di antara skim pembiayaan yang Teraju tawarkan adalah Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka. SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan.

Skim ini menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 kepada usahawan dan syarikat yang baru ingin bermula di Malaysia. 

Skim lain seperti Skim Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) pula membantu syarikat Bumiputera yang telah stabil untuk berkembang ke pasaran luar negara.

Laman Sesawang Terajuwww.teraju.gov.my

Akhir kata, perniagaan yang anda lakukan haruslah lengkap untuk berkembang dengan lebih besar lagi. Pohonlah pinjaman perniagaan kerajaan yang sesuai dengan perniagaan anda untuk memudahkan segala proses dilakukan.

Sumber Rujukan:  Usahawan , iMoney

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Manfaat Cashback Kad Kredit Dan Cara Kumpul Cashback

Kad kredit sering dikatakan membawa beban tetapi tanpa sedar, ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Manfaat yang diperolehi daripada kad kredit adalah cashback kad kredit yang memberi nilai dan lebih menjimatkan di mana kita bayar kurang dari yang kita gunakan. Menarik sungguh!

Cashback atau pulangan tunai adalah satu keadaan di mana kita menerima pulangan tunai apabila melakukan apa jua jenis transaksi yang ditawarkan cashback. Maka, kita akan mendapat cashback tersebut. Biasanya cashback akan diperoleh ketika membeli belah, membayar bil dan sebagainya.

Bagi anda yang belum mengetahui manfaat cashback kad kredit dan cara kumpul cashback, kami akan kongsikan dalam entri kali ini.

Manfaat Cashback Kad Kredit

Seperti yang dikatakan tadi, cashback adalah insentif yang dapat memberikan anda peluang untuk menerima pulangan daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang dibelanjakan akan dikembalikan mengikut peratusan tertentu oleh pihak peniaga atau syarikat jualan. Oleh itu, cashback ini amat menarik bukan?

Anda boleh lihat terdapat banyak platform jual beli di internet dan kad kredit yang menawarkan pulangan menarik untuk pelanggan membeli. Jumlah cashback biasanya tidaklah banyak jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan tetapi ia sangat bermanfaat kepada kita. Berikut adalah manfaat cashback kad kredit yang anda perlu tahu.

1. Tanpa Menggunakan Wang Tunai

Program cashback ini wujud untuk menggalakkan pengguna membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai di semua tempat yang terpilih. Untuk pengetahuan anda, lebih banyak transaksi tanpa tunai dibuat, maka anda akan mendapat lebih banyak pulangan cashback.

2. Peroleh Penjimatan Ketika Berbelanja

Selain itu, manfaat cashback kad kredit juga dapat memberi sedikit penjimatan ketika berbelanja kerana membeli-belah sememangnya disukai ramai. Pada masa kini, kebanyakan syarikat e-dagang juga turut memberikan rebate cashback dengan penggunaan kad kredit pada masa kini. Oleh itu, makin banyak anda berbelanja, makin banyaklah penjimatan yang diperolehi.

3. Memudahkan Masa Dan Proses Yang Pantas

Kebanyakan syarikat yang menawarkan cashback ini tidak meletakkan banyak syarat untuk melayakkan anda menerima reward cashback tersebut. Cukuplah anda hanya perlu membuat pembelian melalui syarikat mereka. Dari segi pendaftaran pula, ia sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Cara Kumpul Cashback

Cara mendapatkan cashback biasanya bergantung kepada jenis kad kredit yang anda miliki dan program yang ditawarkan oleh syarikat jualan tersebut. Jom lihat antara beberapa cara untuk kumpul cashback kad kredit dengan lebih banyak.

1. Melalui Penyata Kad Kredit

Tahukah anda, cashback juga boleh didapati melalui penyata kad kredit. Dari penyata kad kredit ini, anda boleh mengumpul dan menebusnya sekiranya sudah mencapai pengeluaran minimum.

2. Melalui Resit / Cek Pembelian

Dengan resit atau cek pembelian juga, anda boleh mendapatkan cashback kad kredit. Biasanya pengeluar akan memberi anda resit atau cek pembelian anda untuk mendapatkan ganjaran cashback selepas membuat pembelian.

3. Melalui Mata Ganjaran

Cashback melalui mata ganjaran sering terkenal dalam kalangan para kaki shopping. Biasanya mata ganjaran ini akan dipindahkan secara elektronik ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada kad kredit anda.

Bagi mendapatkan mata ganjaran cashback ini, anda mungkin memerlukan akaun bank yang mendaftarkan kad kredit tersebut untuk menggunakan pilihan ini.

Kesimpulannya, setiap pakej tawaran daripada kad kredit menawarkan peratusan cashback yang berbeza. Jadi, anda perlu berfikir secara bijak dalam memilih pakej kad kredit yang ditawarkan kerana terdapat beberapa pengeluar kad kredit akan mengenakan cas tambahan yang tersembunyi.

Semoga entri ini bermanfaat buat anda, selamat mendapatkan pulangan tunai kad kredit.

Baca juga: