
Photo by Greg Raines on Unsplash
Ramai yang berjaya kumpul aset senang cair seperti emas, dinar, dan boleh bercuti ke luar negara. Ada yang mempunyai akaun unit amanah, tabung haji dan akaun CDS, namun bila nak buat pembiayaan bank untuk beli rumah…
“Awak terlalu muda, tak layak buat pinjaman, kalau nak juga perlu ada guarantor”
“Kosong langsung CCRIS awak, macam susah juga nak lulus pinjaman sebab macam baby, takde rekod kewangan pinjaman langsung”
“Bersih sangat akaun ni, tak pernah buat pinjaman langsung walaupun sudah 30-an, tak ramai macam ini kecuali orang tua dulu-dulu yang suka berurusan secara tunai. Adoiiii. Haha”
Ianya mungkin boleh terjadi kerana kita bekerja sendiri atau terlalu muda.
Usah risau, boleh ikut tips berikut:
1. Daftar dekat SSM syarikat atau enterprise
2. Buat akaun semasa syarikat di mana-mana bank
3. Buka akaun KWSP
4. Buka akaun cukai pendapatan (LHDN)
5. Bayar gaji setiap bulan siap tolak KWSP (11%+12%), cukai (kalau nak, tak nak pun ok). Minimum gaji RM2,834 perlu bayar cukai. Kalau tak nak, kurangkan lagi gaji sendiri
6. Buat offer letter dari syarikat sendiri
7. Pastikan bisnes ada duit keluar masuk yang kerap dalam akaun semasa syarikat
8. Konsisten pembayaran gaji selama 6 bulan dan jangan lupa bayaran ke KWSP
9. Cuba mohon satu kad kredit
10. Pakai kad kredit dan cepat-cepat bayar jadi rekod CCRIS nampak cantik, selepas setahun cuba mohon pembiayaan perumahan
11. Bila sudah bersedia, bank akan minta slip gaji, penyata KWSP, borang BE (kalau ada), slip bayar cukai, atau simpanan di tempat lain seperti deposit tetap, ASB, Tabung Haji, unit amanah dan Saham
Kalau sudah rezeki, InsyaAllah lulus!

Paling penting deposit pun perlu ada juga untuk beli rumah. Dalam 15% juga modal daripada harga rumah untuk beli property subsale. Kalau nak murah, boleh beli rumah baru yang dalam pembinaan. Deposit serendah RM1,000 pun ada.
Jika beli kereta sebenarnya lebih mudah, ada yang boleh buat pinjaman dari kedai tapi hanya tertakluk kepada kereta terpakai sahaja.
Atau paling berani beli guna kad kredit yang menawarkan 0% interest atau kumpul cash back atau point, tetapi dengan syarat kena setel semua outstanding untuk supaya rekod nampak cantik. Bagi umat Islam, pastikan kad kredit patuh syariah ya.
Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu
Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo